Thursday, 30 June 2011

cakap terima kasih pliss

salam...

terima kasih, thank you. simple kan? cuba korang cakap. ada tak makan masa 10 minit atau satu hari satu malam? tak kan? so, peeps. what makes you oll payah nak cakap terima kasih kat orang yang dah berjasa sikit kat korang?

aku tak tau tapi aku ada lah beberapa pengalaman yang sepatutnya orang cakap thanks kat aku tapi manusia tersebut tak buat gitu. aku tak lah marah. tapi... rasa macam nak tanya je. kau bisu ke?

THIS IS MY STORY  
SATU.
satu pagi yang dingin.. ayah aku suruh aku pegi kedai surat khabar. hari minggu. aku suka surat khabar hari minggu. ada bi*pop oii. gosip hangat dunia hiburan. suka nak baca pasal artis kena tangkap khalwat, kantoi dadah, cerai. hee. gurau kasar.
ayah aku bagi 5 hengget. paper hari minggu 2 hengget. ada lebih 3 ringgit lagi. boleh topup.yess! tapi bila aku dah beli paper tu, makcik kedai tu pulangkan balik baki 4 hengget. maknanya harga paper aku beli tu seringgit je. kaki aku dah nak start moto ni. aku pegi balik kedai makcik buta maths tu nak pulangkan balik seringgit dia. 
tapi.. alangkah tersentap nya aku bila aku pulangkan balik baki tu muka dia masam gila, jeling aku dan rampas duit tu dari tangan aku. aku cool je la. sebab kau makcik. kau dah tua. kalau aku sound japgi barah otak pulak kau.

hilang respect aku kat orang tua buta maths tu. terima kasih takde. senyum pun tak. makcik. kau ingat aku masuk kedai kau pastu curi seringgit, pastu rasa bersalah nak pulangkan balik la seringgit tu? makcik ni.. dah tua pun bebal. ini lah kes nya kenapa setengah budak muda tak hormat dengan orang tua. sebab yang tua pun kadang-kadang ada yang kurang...kurang asam!

pesanan untuk makcik tua itu : makcik. agaknya kalau saya tumbuk muka makcik, makcik nak cakap tak terima kasih? belajar lah berterima kasih ye makcik tua yang bodoh sombong.

DUA.
sebelum aku masuk belajar balik, lepas stpm, aku keje kat sebuah kedai makan ni. sebuah kau. sangat simpolan bahasa gitu. kedai makan ni kat area ipoh memang femes. sebab pepagi buta dia jual lontong. cina, india pun suka makan. 1 malaysia katanya.

aku ni balaci buat lontong customer2 ni lah. ada yang nak nasik lemak. apa dieorang nak aku kena buat la. kadang-kadang order lain, dah dapat apa yang diorder tadi dan2 kata aku silap ambik order. okay. customer is always right kata tuan kedai. fine.fine! buat lain! pastu kena marah dengan tuan kedai. terima kasih.

tapi majoriti orang yang aku serve, tak sampai 10 orang dalam satu hari akan cakap terima kasih bila makanan dieorang sampai. aku syak dieorang terlampau kebulor sebab bini-bini metropolitan dieorang tak masak brekfes. nampak makanan, macam ayam la. apa pun tak pikir dah. nak metekedarah je. 

hello. aku tau lah aku balaci korang. tapi apa lah salahnya bila aku buatkan order korang, hantarkan.. cakap lah terima kasih or at least senyum, sengal! kadang tu gaya macam lecturer datang makan, eksen bebenor. tapi.. gaji kau tiap-tiap bulan pun sama banyak dengan aku je. tak kisah lah status tu hape. tapi adab ada tak? 

so, sampai sekarang kalau aku makan mana-mana, aku akan cakap terima kasih bila makanan or minuman aku sampai. sebab aku tak rasa pun emas dalam mulut aku ni nak berterabur kalau aku cakap thanks kat sape-sape. adab lah weii. 

pesanan untuk customer eksen dan tak beradab : kalau aku curah lontong atas kepala korang, korang cakap thanks tak? tak rugi pun nak cakap dua perkataan tu je. tak kurang isipadu air liur korang okay!

TIGA.
aku rasa pengalaman ni majoriti yang bawak kereta penah rasa. kes ni banyak kali aku kena dah. rasa dia enak berkrim disukai ramai tau. kalau korang tak pernah rasa, korang try lah buat. sure korang suka.

korang beratur panjang-panjang kat tol or kat mana-mana yang perlukan korang bersesak macam ada pesta thaipusam gitu. tibe ada satu kereta ni berhajat nak potong line korang. sebab kesian, korang bagi even korang dah lama bersesak kat situ. ada tak orang yang korang bagi jalan tu nak angkat tangan tanda terima kasih?

yelah. nak berterima kasih ni bukan kena cakap pakai mulut je. angkat tangan pun salah satu cara nak say thanks lah tu. selalu jadi kes aku bagi jalan kat kereta lain tak kira lah kau jaguar ke datsun ke.. tapi pandang aku pun tak, angkat tangan jauh sekali la. pesal? susah nak angkat tangan? ke majoriti driver kat malaysia kudung?

pesanan untuk orang-orang yang bagi jalan tak reti angkat tangan : kalau aku hentam pungkok kereta korang nak tak cakap terima kasih? angkat lah tangan sikit dah orang bagi kau jalan. BUKAN KENA BAYAR PUN. *iklan.


p/s : bukan susah sangat nak cakap terima kasih kat orang. tak kira lah apa status korang, cakap terima kasih takde nye gaji bulanan nak kena potong sikit. nak orang respect kita, try la belajar respect orang dulu okay. jangan sampai kepala dah kena tampaq baru nak tersedar kau tu agak biadap. =)

No comments:

Post a Comment