Monday, 26 December 2011

review filem: ombak rindu

salam....

hey semua manusia yang frust menonggeng nonggeng sebab tiket ombak rindu selalu habis. se rock-rock kapak bradah bertatoo pun layan ombak rindu yaw. nape tiket asyik full house je. aku rasa sebab:
  • yang menonton tu semua yang baca novel dia dah masa zaman sekolah menengah dulu. yang gagah gagah pun baca novel tau. macam bradah ni. MR.K .hehe.
  • pelakon yang mantop habes. aaron ajiz yang memang prempuan dari segala ceruk kampung, bandar, setinggan akan bematian nak tengok beliau ni. bukan prempuan je, yang jejantan pun tak kureng berlumba nak tengok. lisa surihani n maya karin, dah tentu jejantan semua sanggup tipu gf masing masing sebab nak feeling lebih masa menonton.
  • lagu OST yang boleh boleh lah. lagu tu sedap tapi aku ada masalah dgn suara adira yang agak garau. kadang kadang aku kompius hafiz ke adira yang tengah nyanyi.
  • propaganda jenis band wagon digunakan. semua orang sibuk pegi tengok, so why not me? jadi, cepat cepat pegi jitra mall cinema takut ketinggalan. 

okay.. sudah merapu itu. apa pandangan aku mengenai filem ni? boleh la. jauh lagi menghiburkan dari lagenda budak setan. jauh lagi tacing, jauh lagi best, jauh lagi puas hati dari filem setan tu. tapi kalau nak compare filem ni dengan filem SEPI, aku pilih sepi.

filem ni agak mengikut apa yang novel cerita. tak macam setan, skip here and there. buat aku macam... what the! filem ni sape tak baca novel pun paham. so, applause to the director. bijak susun scene and plot. 

kalau aku nak bagi bintang kat pelakon, aku bagi kat maya kering. sebab watak dia aku rasa memang agak bejaya buat penonton terseret ke dalam movie ni. even ada yang komplen rambut dia perang, slank tak berapa melayu dia.. tapi bagi aku berkesan nak nak lagi masa beliau kejar kereta abang hariz nya sampai terjatuh atas jalan. rasa nak sambut je. ecehhh. abang hariz pun watak not bad. ada lawak lawak sikit. lisa? bagi aku phailed! watak dia tak berapa menjadi. antagonis dia tu aku tak rasa. nak nak bila dia menjerit jerit dalam english dengan slank 'R' dia yang kiut tu, susah aku nak paham apa dia cakap. pastu dia suka buat sejenis muka. macam memanjangkan dagu kedepan. tiap kali dia buat, aku rasa nak gelak.

okay, overall aku kata filem ni best la jugak. tak mengecewakan. bro yang duduk sebelah aku pun nak asyik main henpon je bila part sedih sedih. takut ternangis le tu. 

apa yang kureng? haha. aku memang suka nak cerita pasal kekurangan. haha. gelak jahat!
  • first sekali kekurangan yang aku nampak kat perut julia zigler. gila babeng. lu pakai porchbag dalam baju ke kak? agak agak dah buncit tu demand la nak pakai baju tak ikut shape badan sangat. halah halah..
  • scene tengah enak berpeluk mesra tiba ada prempuan baru naik mandi manda kat pantai lalu kat blakang. phailed! potong tahap romantik yang tengah naik 110km/j tu. memang la tu bukan private island. tapi.... ntah! nampak cacat.
  • masa hariz eksiden, terbabas dengan lori, tibe ada ramai gila orang kampung datang serbu. walhal jalan tu macam takde ciri-ciri perkampungan pun ada kat tepi tepi tu. siap ada makcik bawak anak nak tengok eksiden tu. ke, lori yang terbabas tu tak bawak pasir tapi bawak orang? mungkin....
sementara ni, ni je yang dapat aku ingat. yang nampak terang sangat cacat cela nya. yang lain okay okay je la. dengan duration 2 jam, cerita ni tak buat aku rasa tertunggu tunggu bila nak habis. flow pun cantik. part yang aksi aksi ranjang, wa no komen lah. nak komplen pasal filem ni.. klip 3gp camne pulak? abuya bangang tu takde pulak nak bising. lagi maca  haghamjadah lucahnya. so, aku rasa sebab filem ni dapat berjuta, scene ranjang tu orang fokus lebih la. memang scene tu melampau, tapi apa nak buat. tak ranjang tak jual ye dak.

 mampu kau nak berpeluk kat pantai dengan anak cekup menutup keseluruhan dahi?

kejadian fun fair

salam....

whoahh. lama gila tak hapdet siot. halah halah.. bizi gila. nak jadi orang keparat  koperat lah kata kan. dalam bizi gila tu curi la jugak masa pegi fun fair dengan membe-membe. si dia juga ada. heyy. bukan fun fair cina cap hayam tu, ni yang stok ada benda pusing 360 darjah tahu. kepala ke bawah kaki kangkang ke atas. *ada akak tu pakai baju kurung naik.

fun fair, tak macam library sekolah. mesti ramai gila punya manusia. tapi dua tiga ekoq beruk ada jugak kat situ. dah ramai orang tu macam-macam pe'el la. macam macam rupa manusia nampak pun. yang pakai rantai naga naik benda pusing-pusing turun berair mata pun ada. ketaq ke abang. abang macam gagah je. macam asyik nak bantai orang je. kena pusing pening ye. halah halah. kiut abang.

aku memang surrender gila nak naik benda kaki kangkang ke atas tu. aku tak takut. tapi benda tu macam boring sangat la. so, tak naik la. naik macam kuda pusing n turun naik ke atas ke bawah tu baru jiwa aku. pusing pelan-pelan, turun naik, aku melambai-lambai ke arah orang ramai. baru prince william!

*nampak je loser. try la naik.

so nak dijadikan kes, aku yang berani ni kan tak main menatang yang ada kat fun fair tu. maka aku pegi lah main benda-benda yang mencabar jiwa jantan aku. main target belon. pakai dart tu, hah.. campak ke belon samapi pecah. pecah semua dapat hadiah. gila thrill game tu. bepeluh-peluh aku. aku macam peserta anda ada 60 saat nabil tu dengan semua penonton sorak kat aku, mak ayah aku tengah letak harapan, si dia pun macam nak nangis tengok aku bejuang, kawan kawan semua bagi semangat. tapi belon pecah 5 je dari 6. bukan salah aku. salah dart tu mata tumpul.

biasa lah kat tempat orang bertungkus lumus nak dapatkan 1 key chain yang beli kat kedai 90sen je tu mesti lah ramai. tolak tolak, kepit kepit. ada sorang ni aku nak baling dart sebok dok tolak tolak aku. aku dah nak seligi muka dia. tapi sebab perempuan kan, aku seligi kang berpusing gigi kapak dia tu ke belakang kepala turun pulak harga hantaran dia yang dah tak seberapa tu. so, aku chill je. ha! sebab dia la 1 belon aku tak pecah. sundel bolong!

tengah aku dok layan belon belon tu, ada sorang pakcik tua yang jauh lagi pendek dari aku berdiri depan aku. pegang henpon. henpon tu tak masuk langsung dengan muka dia. muka macam pecacai je, guna henpon macam nokia x5 tu. gila! muka tak seberapa pakai henpon macam budak skate. langsi kan mulut aku? sat lagi hangpa tau la kenapa lahanat bena mulut ni. aku usha la henpon dia. dia tengok aku pastu sorok-sorok henpon. ingat aku nak ek pakcik? aku pun malas nak layan orang tua tak center macam dia, aku blah.

jap lagi membe aku menggelabah cakap ada sorang pakcik dok rapat rapat belakang dia. aku usha usha, pakcik tu memang pegi kat semua perempuan yang tengah kusyuk layan baling baling benda. yang perempuan layan baling dart la, bola la, yang pakcik tu baik punya layan sondoi menatang dia kat punggung pompuan. bunyi macam lucah kan? sumpah memang lucah. celaka pakcik! yang tua berdiri depan aku dengan henpon x5 tadi tukang ambik gambar ponggong pompuan yang kena tu. patut bila aku usha henpon dia, dia macam takut takut. aku ingat dia baru beli, takut aku nak tibai henpon dia.

aku ngan membe aku pun follow pakcik dua ekoq ni, ambik gambar perbuatan lahanat dorang tu, pegi balai report. apa jadi dengan dua ekoq kerbau pendek tu aku tak tau. mintak mintak tak kena tangkap tapi dah mati kena langgar dengan bumper car. nak je aku sound pakcik tu. hoi pakcik, lu balik pi buat kat anak betina lu lah. mai sini sondoi orang, karang dart tu aku target kat mata kau. belon tak pecah mata kau yang bersepai. tapi.. kalau pakcik tu bantai aku, sape nak tolong? sebelum buat report kiteorg dah mintak tolong kat 2,3 bradah yang nampak tough je, macam hari-hari layan gym je.. tapi sekoq pun tak tolong. boleh suruh sabar je tengok pakcik tu menyondoi girang.

tapi dari kejadian malam tu aku dapat beberapa intipati. cewahh. inti keripap takde. intpati katenye!
  • takde apa yang baik datang dari tempat yang tak baik. funfair memang tempat tak baik. come on lah. akui lah. fun fair memang tempat yang melalaikan.
  • keluar malam memang tak elok. tu lah mak ayah bising bila anak anak keluar malam. ada hikmah nya. terbayang muka mak ayah bila benda gitu jadi. ='(
  • orang malaysia memang susah nak menolong antara satu dengan lain. dah nampak depan mata, nak suruh pegi sound sebagai jantan pun payah. tersengih sengih macam kerang busuk je mampu.
  • keseronokan menutup segala kejahatan. dalam tempat gitu, semua nak seronok je. lupa pasal keselamatan diri. ada awek ni bila kiteorg bagitau, dia mampu cakap 'oh yeke' je. pastu sambung lambung bola. woi, kau sedar tak bahagian belakang kau dah dinodai? kau boleh buat relaks je. jahil!
huh.. jadi. mari lah bersama kita sedor diri. jangan dekat dengan tempat tempat yang tak datangkan paedah. kalau kena rumble dalam tu nak buat report pun malu. kalau jatuh patah kaki, jiran datang melawat tanya kenapa, nak jawab jatuh kat funfair masa naik menatang pusing 360 darjah pun malu. burok beno bunyinya. jadi, apa yang mak ayah larang, agama tak bagi, memang ada sebab musabab nye. =)


Saturday, 3 December 2011

curiosity melayu kita

salam....

saje takde keje.. takde idea apa nak merapu. (banyak sebenarnya tapi malas menaip.)

keje banyak gila babeng. semua nak dalam masa terdekat. moral, jangan tangguh keje even dateline lambat lagi. sebab? pejam celik sebenarnya kejap je dateline dah sampai. pastu, mula nak menggelabah n salahkan orang lain. salah lecturer bagi keje susah, salah intenet tak dapat connect, salah kedai fotostat mesin rosak. semua orang salah kecuali kita sendiri. haha. semua orang gini ape.

saje main-main kat google tadi. n discover INI.


haha. sama ada aku je yang bodoh still tak tau ketinggian eifel tower tu, atau semua orang memang rasa ketinggian retis-retis ni lebih penting untuk di find out.

aku saje nak cari ketinggian burj khalifa berapa, ketinggian eifel tower berapa.. sebab nak compare mana lagi tinggi. (bajet tak aku? ilmiah la sangat kononnnye ni.)

tapi bila keluar perkataan ketinggian, terbukti.. curiosity orang kita lebih kepada berapa tingginya aaaaron ajiz dari ketinggian KLCC. pastu curiosity orang kita terarah ke lisa sughihani pulak. haha.. untunglah jadi retis. apa dalam beg, dalam krete smua orang nak ambik tau. brapa tinggi pun nak google. UNTUNGLAHHH kata orang sekarang.