Wednesday 8 August 2012

belum ambil PMR tak halang perkahwinan

assalamualaikum...

mengekek aku baca pasal budak 16 tahun ngan 14 tahun tu kawen. tak baik la nak gelak. jodoh. kan! tapi yang lakinya tak ambik SPM lagi, yang bininya tak ambik PMR lagi. well.. ramai je yang komen kat youtube tu aku tengok siap post ayat-ayat quran, dalil dalil, hadis bagai. ada la komen kata Nabi Muhammad SAW kawen dengan Aisyah masa Aisyah umur 6 tahun.
oh! begitu. keperibadian Nabi jarang nak ikut. tapi bab bekawen, yang tak cukup solat pun pandai beno cakapnya.

well, masing masing ada lah pandangan masing masing. ada yang kata gatai, merela, getik.. pandangan orang lah tu. ada jugak yang setuju. katanya jodoh tu milik Allah. tapi, bukan ke syarat kawen dalam islam tu katanya BERKEMAMPUAN. kalau SPM pun tak mandang lagi, macam mana nak dikatakan mampu nak bagi sang isteri tercinta nafkah zahir? batin toksah cerita lah.. haruslah mampu.

baguslah bagi pasangan sejoli yang kawen ni. dapat elakkan maksiat. tak gitu? tapi kalau difikirkan, masa depan dalam pelajaran tu still jauh. memang lah ada suara suara yang akan kata kawen tak menghalang belajar. tapi, kalau dalam umur 14 tahun, kalau termengandung, dah kena tangguh belajar pulak. nak nak kalau mabuk, muntah muntah. larat lah plastik beli buah nak sangkut tepi meja kat sekolah.

tapi mari lah kita tengok dari positif side nya. kawen tu dapat lah nak elakkan dari benda benda tak elok jadi. dah kawen tu, semangat nak teruskan pejuangan dalam pelajaran tu mungkin makin membuak buak. pegi sekolah ada isteri siapkan sarapan, balik sekolah suami pulak tunggu isteri penuh pasrah di birai pintu. mungkin dua merpati sejoli ni akan dapat kejayaan dunia akhirat sama-sama. insyaallah.

well, ada positif dan negatif nya disebalik semua ni. nak jadikan benda tu baik ke buruk diri kita sendiri. contoh, kalau ada tanah kat blakang rumah. tanah tu jadi tanah terbiar yang sia sia kalau tak diusahakan. jadi semak, silap silap mati kena patuk tedung yang dah berkampung dalam semak tu. tapi kalau tanah tu ditanam barang sepokok dua pokok buah buahan macam ciku ke, apple ke, kiwi ke, kan dapat untung dan bawak kebaikan untuk jiran tetangga yang boleh jolok buah buah yang ada dari rumah masing masing. jadi, kesimpulannya, pandai pandai lah dua orang ni jaga rumah tangga tu sama sama so that tak jadi benda sia sia yang pernah dibuat dalam hidup. semoga bebahagia adik adik. =)



Saturday 4 August 2012

Tenggelam timbul

assalamualaikum

kata orang untung sabut timbul untung batu tenggelam. so, tenggelam timbul nya diri ini dalam dunia blogging (ececehhh) diharapnya dapatlah untung sabut. kadang-kadang memang nak aktif menulis tapi bizi sangat sangat. 

sedar tak sedar dah 16 hari pun berpuasa. pesal skema sangat nih.. pejam celik pejam celik dah 2 minggu. wahwah wah chan. terawih dapat sehari je. =(
selalu terterap di atas lantai dalam keadaan muka tersembam kebawah lepas bebuka. koje, penat. insyaallah akan ditingkatkan tahap kualiti berpuasa tahun ni. bersama dengan tersayang.

dua hari lepas aku ronda ronda kotaraya jitra usha usha baju raya. ye lah, nak raya ni bukan boleh main hentam keromo je nak beli baju. kena survey dulu sebab selalu dah jadi baju design yang sama tapi 'rege' lain lain. pegi tempat ni, katanya harga runtuh lah, harga potong habis lah, harga kona baring lah. pegi tempat lain, harga super duper lagi murah. so, nak beli dan blah nak raya ni kalau ada kerajinan dan sedikit tenaga dalaman, baik jalan jalan survey dulu.

dan tips nak shopping nak raya kalau baju kurung, baju kebarung, kebaya moden, kebaya nyonya, baju melayu ke, baik cari kat bazar dari butik. sebab? baju kat bazar pun cun cun dah sekarang ni. baju perempuan bermanik manik yang boleh butakan mata okay. baju melayu pun bukan kain kosong dah sekarang. ada jalur jalur gemilang, ada bintang bintang. dan yang syoknya shopping kat bazar, boleh tawar menawar. kan manis tak baik untuk kesihatan. so, kita tawar lah 'rege' sampai turun 30% paling kurang. kehkehkeh.

tapi yang tak syoknya beli kat bazar, takde fitting room. untuk kaum perempuan tu, mesti nak terai terai dulu baju. nak terai depan cermin besar, pusing badan dua tiga kali sambil tangan letak kat pinggang.. terai catwalk dulu, baru decide nak beli ke tak. tu pun dah lepas puas terai, dah catwalk sampai lenjun baju tu, tak jadi jugak ambik. kalau lelaki senang je. kadang tak cuba cuba kat badan pun. agak agak warna dah ngam, sangkut atas bahu, pegi kat kaunter, bayar. settle. 

so, good luck melayu melayu sekalian dalam bershopping baju raya. elak lah shopping di malam raya yang kononnya nak tunggu harga murah. takut menangis air mata darah tak berbaju baru je. selamat berpuasa. =)