Friday 18 November 2011

jom kritik filem : ABUYA

salam....

heyy.. aku baru lepas tengok filem busit melayu yang ke... ntah berapa. actually dah 4,5 hari tengok but lepas tengok tak terus hapdet sebab terus kena serang muntah popcorn tanpa henti.
anyone dah tengok filem abuya ni? masa aku tengok, ada la lebih kurang another 10 pathetic malay film supporters jugak dalam panggung tu. aku mula-mula nak tengok cite shark night (alasan terbaik cover pesal tengok filem melayu sampah), tapi takde pulak sebab dah pukul 10 mlm masa tu. cite yang tinggal abuya, 7 aam arivu (no thanks), tower heist (dah tengok), cite kartun tintin tu (kawan-kawan dan si dia tak layan kartun)

jadi..apa yang tinggal, meh kita sapu ramai-ramai. ABUYA! say yes to ABUYA. aku fine fine je la nak tengok sebab nak jugak tau macam mana haramjadu nya ajaran sesat yang dibawak abuya ni. katenya filem ni pasal si abu zakaria a.k.a abuyahhh yang ada super power dah ajak orang kampung (haruslah orang kampung je kena peralat kan) sembah dia sebab dia ni khalifah gitu. hokay.. sekarang ni..

sepanjang filem aku tak nampak ada ritual yang menyesatkan selain kena korban sorang perempuan gemuk untuk dirogol ramai-ramai, syarat nak jadi kabilah abuya. other than that, ada adegan jue aziz gersang sampai bukak seluar dalam sendiri guna kaki, ada adegan bini kedua or ketiga, tak pasti, dari mula cite sampai habis muka stim manjang, ada adegan jue aziz belai-belai,gentel-gentel manja pemenang program pilih kasih tu, pastu si pemenang tu pegang-pegang bahagian anu dia sendiri. (nama pemenang tu aku tak tau sebab kurang femes.sori.) ini sebahagian yang aku ingat.

well, aku tak pasti abuya sesat ke pengarah filem ni yang sesat. part yang paling xtreme bila yang kassim bantai orang kampung kat warung. xtreme habis. 2nd xtreme part bila pengikut abuya minum air kaki dia, super duper xtreme! jalan cerita.. hamaigadd. berterabur habis! tibe tengah stim, tibe kang gadoh, tibe tengah lap senjata, cakap nak cerai tapi tak cerai-cerai, tiga kali kena tembak jarak dekat tak mati-mati. oii pengarah! buta hati ke buta perut?

kalau aku boleh pegi high tea dengan pengarah filem ni aku nak tanya beberapa soalan kat dia.
1) sekolah mana dulu?
2) kenapa scene tutup tingkap pun nak tunjuk satu per satu n slow sangat?
3) katanya filem ni pasal kisah tahun 1997,1998 gitu lah. tapi WTH polis datang naik waja? waja bukan keluar tahun 2000 ke? PHAILED!
4) okay. again! cite kesah tahun 97,98.. japgi jue aziz nak buat nasik kangkang nyanyi lagu kris dayanti 'aku wanita biasa'. sangatlah 90-an! lagu tu baru setahun dua ni kot femes.
5) apa peranan pompuan turki dalam filem tu? setakat tunjuk scene dia dok mengeja
 M-A-D-U je ke? terer BM la dia?
6) apa peranan YUS RAJALAWAK? pi mari pi mari dengan songkok senget dia, last sekali takde pape tindakan pun dari pihak jabatan agama. yus tu sedara kau ke?
7) kejadahnya pegawai polis dalam tu macam zombi? kot ye pun undercover, cari la yang elok sikit. ni dah rupe hidup segan mati tak mau je. die sedara kau jugak ke? saje nak bagi job.
8) motip ending filem faizal hussein and the gang bebaris ramai-ramai macam video klip k-pop? bukan k-pop la.. M-POP! tu.. MAX 24/7 tu. dengar cite ada anggota dah keluar. okay, yang kassim, faizal hussein, wanita turki dan rakan-rakan tengah free takde job. cube terai tanya deme. ganti masuk yang dah keluar tu.
9) babak gaduh masa nak ending, sumpah sedih! kau curi idea gaduh tu dari komik anak kau ye? bodohnye lah. polis tengah menghentak ahli kumpulan ajaran sesat ni, membe2 si sesat ni ada keliling tu, boleh pegang senjata macam "eh..nak masuk taknak..nak masuk taknak..tengok je lah.best jugak."
10) sape sebenarnya yang paksa kau jadi pengarah?

aku bukan nak bias kat filem melayu. aku tak kata yang orang kita buat tak bagus.. tapi! dah memang tak best, tak bagus, tak layan. tak boleh ke nak buat filem tu buat kajian sikit, membaca sikit, mentelaah sikit. sampai bila filem kita nak tarik penonton dengan lawak-lawak bodoh, dialog-dialog lucah, scene scene horny? kemon lah. kalau dah tak boleh mengarah, jangan pulun boleh? sekian.
filem tercomplicated abad ini : ABUAYA

Wednesday 2 November 2011

kawan & lover. apa pilihan korang?

salam...

woofwoof. <--- kata dasar perkataan wootwoot yang tengah meningkat naik skarang.
well sape takde makwe pakwe zaman sekarang? nipu beno kome ye. aku tarah ubun-ubun tu karang.




selalu tak korang dengar ayat member lagi penting dari pakwe/makwe. kawan sampai MATI. awek kalau dah clash, hilang gitu je. sape nak lap air hidung korang masa korang clash? membe jugak kan? selalu tak korang kena bambu dengan membe yang tacing sebab ajak mandi sungai korang taknak ikut sebab nak teman awek beli bulu mata pelesu? selalu tak kena perli dengan membe yang ayatnya berbunyi.. "yer la. orang dah ade awek. mane ingat membe." masa cakap muka pandang ke lain, sambil kunyah pencungkil gigi. 


sejujurnya kawan ngan lover korang pilih yang mana ye? kalau aku, urmm.. urmm..
jujur kan? lover. takde talian hayat punya jawapan ni. 


well jawapan aku ada alasan yang konkrit. kalau korang keluar dengan lover korang, korang akan dilayan sweet sweet je betul? jalan pegang tangan, takut tetinggal kat mana-mana, kena tampal poster pulak nak cari balik. pegi sama, balik pun sama. tak kisah lah naik LRT ke, bas ke, beca ke. tapi ngan membe penah tak korang kena tinggal bila dia jumpa kawan dia yang lain yang korang tak kenal? "weh..kau balik dulu la. aku balik lewat sket. kau tu nanti mak kau marah." padahal janji pegi balik sama sama naik teksi. dah kena bayar teksi sorang sorang.


kalau dengan lover, dia dapat duit gaji keje part time, mesti dia akan cakap, beby..esok i belanja makan okay. kita makan mahal-mahal. makan ayam toge jom. lover aku macam ni, kalau yang korang punya asal dapat gaji je lesap, too bad lah. nasihat aku, dumb kan saja dia. tapi membe? dapat gaji, dia belanja awek/balak dia makan. korang yang konon kawan dunia akhirat? dapat like gambar kawan korang dinner je la kat facebook.


bila korang sedih.. kucing kesayangan mati. call lover korang pukul 2 pagi. dia dah tido pun aku bet dia akan angkat unless lover korang dah mula curang atau tido mati. mesti dia akan dengar rintihan korang even masa korang nanges korang pun tak faham mende yang korang cakap. maybe masa korang dok mengobak tu dia kat sana terlena kejap sebab ngantuk, tapi.. the point is dia angkat. kalau korang ngan membe, nak ngadu kucing mati? nampak nama korang naik kat henpon pukul 2 pagi, kemungkinan besar dia akan silent lah phone itu lalu menyambung mimpi. ya kan ya kan?


berapa ramai membe korang akan post kat FB wall cakap rindu? rindu dan rindu. rindu nak bersama katanya. tapi bila balik, haram. jangan kata jumpa, call pun tak. tapi dengan lover, seminggu tak jumpa, apa jadi dengan korang? yang jantannya kumis pun dah tak bercukur. yang betinanya kening dah bersambung. sorang KL sorang ipoh pun sanggup drive balik hari nak jumpa. lover bila cakap rindu, ikhtiar sampai pengsan pengsan nak jumpa. kawan cakap rindu rumah tak sampai 5km pun payah nak menjenguk.


well.. betul ke ada kawan sampai mati? dalam senarai kawan korang ada berapa orang yang dari sekolah rendah sampai sekarang dah tua bangka still rapat n memang ambik tau hal each other? yang betul betul care? aku? maybe takde. kawan dari sekolah rendah tapi sekarang semakin jauh. kawan sampai mati? i dont think so. tapi aku tak kisah. coz bila aku tanya pada mereka mereka.. apa yang akan dorang pilih. jawapan mulut, kawan la. sapelah aku tanpa kawan kawan aku. jawapan dalam hati, bangang nya soalan. dah tentu aku siang malam dengan lover aku. jadah nak pilih kau? bodoh.


aku berani bet semua orang yang ada lover pernah tipu kawan dorang untuk kepentingan lover. kawan nak pinjam duit, ada duit. tapi dah plan nak beli jam rolex sebijik kat awek, so tipu membe cakap sekupang pun takde. membe ajak kluar jalan jalan tengok bunga, tipu cakap tak sihat. padahal dah janji dengan awek nak tengok filem razak mohaideen. 


back to the way it should be.. lover memang sentiasa mengatasi membe. plizz people jangan tipu membe korang lagi. lover memang penting dan sentiasa berada di atas puncak hierarki manusia dalam hidup korang. unless korang baru couple 3 minggu or 4 hari or 8 jam lepas. membe penting tapi sebenarnya akuilah ianya tak sepenting lover korang. fren, i love you but gefren i love you more. 




p/s : kawan kawan ada kepentingan dengan caranya sendiri. post ini tidak langsung mengatakan kawan tak penting tapi just nak hilight kan realiti donia ini. yeaahhh

pandai tak boleh diikut

salam...


korang boleh tak bagitau pesal budak kat atas yang tulis status ni kelam, menggelabah, bajet alim, dan sebagainya. pahotak kau bercinta dengan manusia neraka menanti.


kau lahir kat donia ni hasil percintaan antara dua orang manusia kan? takkan menatang kot.. konon kau tulis status gini kau ingat orang nak komen gini la..


"cerdiknya anda ni. kenapa kami tak nampak keburukan bercinta dengan manusia."
or
"kata-kata saudari menyedarkan saya. saya harus segera putus tunang dengan bakal isteri saya kerana beliau seorang manusia. nanti ke neraka lah gamaknya saya."
or
"laa..cerdiknya hang. aku tak penah mengaji hai berkaitan cinta sesama manusia bawok pi neraka. nahoiiii."


mungkin lah apa yang cuba makhluk tuhan ni sampaikan ber'couple' itu harom. tapi bila dia keluarkan status bercinta dengan manusia neraka menanti, aku rasa buduhnya sang pemilik status ni. dah lumrah dunia kita manusia ni ada rasa cinta, sayang pada sesuatu. (todia mai dah pakar rotibasi.)


komen kat bawah tu ada kata "bercinta kerana Allah tak salah". yupp. i totally agree lah with u bro. bercinta ke jalan Allah. mula-mula kenal, pastu jatuh cinta, pastu cepat-cepat kawen. gitewww. kawen dapat anak. kan menambah zuriat tu satu perjuangan ke jalan yang diredhai. tapi nak dapak anok gu ane kalo cinte pon dok. 


zaman sekarang ni nak bina mesjid mestila kenal dulu, cinta sikit dulu. aku cabar penulis status ni kawen samberono je. jalan kat pekan pendang, jumpa mana-mana mamat yang nampak macam the loner ajak kawen malam tu jugak jugak. mampu? *apehal ntah aku emo sangat dengan status bodoh macam ni.


op cos aku emo! sebab dia salah. semua manusia bercinta dengan manusia. steve irwin yang sayang binatang pun bercinta ngan manusia ape. takde pun bini die beruk. mak kau manusia kan? bercinta ngan bapak kau kuda ke? mesti manusia jugak kan. pastu baru dapat kau. ya kan ya kan?


ha.. mak bapak kau menuju neraka ke? kalau dengan bercinta jadikan orang tu lebih baik camne? sebelum bercinta dia hisap dadah. lepas bercinta dah dibimbing dia jadi baik. terus bukak rehab untuk mat mat pit lain. pastu dalam masa bercinta tu dia ubah hidup dia dari gelap hitam dan kelam ke arah yang lebih bercahaya. ala-ala pokok toge nak tumbuh. mencari arah matahari untuk hidup. amacam? neraka?


tak payah lah 5 minit sekali kau nak hapdet status pasal hadis, sunnah segala kalau kau sendiri tak paham dan menyebabkan orang mengeji kau macam aku tengah keji dengan kejahilan tak berkesudahan kau ni. yang penting kau amalkan sunnah dan apa yang disebut dalam hadis. bukan dengan kopi pes je segala natang jadah dalam google gi kat status kau. pastu salah dan nampak bodoh pulak tu. grrrr. <----- gaya orang alam maya marah skarang. tengah market oooo. 


p/s : motippp kau tibe nak mention pasal zina tetibe? cinta = zina? kepala = hotakkau. =)