Wednesday, 2 November 2011

kawan & lover. apa pilihan korang?

salam...

woofwoof. <--- kata dasar perkataan wootwoot yang tengah meningkat naik skarang.
well sape takde makwe pakwe zaman sekarang? nipu beno kome ye. aku tarah ubun-ubun tu karang.




selalu tak korang dengar ayat member lagi penting dari pakwe/makwe. kawan sampai MATI. awek kalau dah clash, hilang gitu je. sape nak lap air hidung korang masa korang clash? membe jugak kan? selalu tak korang kena bambu dengan membe yang tacing sebab ajak mandi sungai korang taknak ikut sebab nak teman awek beli bulu mata pelesu? selalu tak kena perli dengan membe yang ayatnya berbunyi.. "yer la. orang dah ade awek. mane ingat membe." masa cakap muka pandang ke lain, sambil kunyah pencungkil gigi. 


sejujurnya kawan ngan lover korang pilih yang mana ye? kalau aku, urmm.. urmm..
jujur kan? lover. takde talian hayat punya jawapan ni. 


well jawapan aku ada alasan yang konkrit. kalau korang keluar dengan lover korang, korang akan dilayan sweet sweet je betul? jalan pegang tangan, takut tetinggal kat mana-mana, kena tampal poster pulak nak cari balik. pegi sama, balik pun sama. tak kisah lah naik LRT ke, bas ke, beca ke. tapi ngan membe penah tak korang kena tinggal bila dia jumpa kawan dia yang lain yang korang tak kenal? "weh..kau balik dulu la. aku balik lewat sket. kau tu nanti mak kau marah." padahal janji pegi balik sama sama naik teksi. dah kena bayar teksi sorang sorang.


kalau dengan lover, dia dapat duit gaji keje part time, mesti dia akan cakap, beby..esok i belanja makan okay. kita makan mahal-mahal. makan ayam toge jom. lover aku macam ni, kalau yang korang punya asal dapat gaji je lesap, too bad lah. nasihat aku, dumb kan saja dia. tapi membe? dapat gaji, dia belanja awek/balak dia makan. korang yang konon kawan dunia akhirat? dapat like gambar kawan korang dinner je la kat facebook.


bila korang sedih.. kucing kesayangan mati. call lover korang pukul 2 pagi. dia dah tido pun aku bet dia akan angkat unless lover korang dah mula curang atau tido mati. mesti dia akan dengar rintihan korang even masa korang nanges korang pun tak faham mende yang korang cakap. maybe masa korang dok mengobak tu dia kat sana terlena kejap sebab ngantuk, tapi.. the point is dia angkat. kalau korang ngan membe, nak ngadu kucing mati? nampak nama korang naik kat henpon pukul 2 pagi, kemungkinan besar dia akan silent lah phone itu lalu menyambung mimpi. ya kan ya kan?


berapa ramai membe korang akan post kat FB wall cakap rindu? rindu dan rindu. rindu nak bersama katanya. tapi bila balik, haram. jangan kata jumpa, call pun tak. tapi dengan lover, seminggu tak jumpa, apa jadi dengan korang? yang jantannya kumis pun dah tak bercukur. yang betinanya kening dah bersambung. sorang KL sorang ipoh pun sanggup drive balik hari nak jumpa. lover bila cakap rindu, ikhtiar sampai pengsan pengsan nak jumpa. kawan cakap rindu rumah tak sampai 5km pun payah nak menjenguk.


well.. betul ke ada kawan sampai mati? dalam senarai kawan korang ada berapa orang yang dari sekolah rendah sampai sekarang dah tua bangka still rapat n memang ambik tau hal each other? yang betul betul care? aku? maybe takde. kawan dari sekolah rendah tapi sekarang semakin jauh. kawan sampai mati? i dont think so. tapi aku tak kisah. coz bila aku tanya pada mereka mereka.. apa yang akan dorang pilih. jawapan mulut, kawan la. sapelah aku tanpa kawan kawan aku. jawapan dalam hati, bangang nya soalan. dah tentu aku siang malam dengan lover aku. jadah nak pilih kau? bodoh.


aku berani bet semua orang yang ada lover pernah tipu kawan dorang untuk kepentingan lover. kawan nak pinjam duit, ada duit. tapi dah plan nak beli jam rolex sebijik kat awek, so tipu membe cakap sekupang pun takde. membe ajak kluar jalan jalan tengok bunga, tipu cakap tak sihat. padahal dah janji dengan awek nak tengok filem razak mohaideen. 


back to the way it should be.. lover memang sentiasa mengatasi membe. plizz people jangan tipu membe korang lagi. lover memang penting dan sentiasa berada di atas puncak hierarki manusia dalam hidup korang. unless korang baru couple 3 minggu or 4 hari or 8 jam lepas. membe penting tapi sebenarnya akuilah ianya tak sepenting lover korang. fren, i love you but gefren i love you more. 




p/s : kawan kawan ada kepentingan dengan caranya sendiri. post ini tidak langsung mengatakan kawan tak penting tapi just nak hilight kan realiti donia ini. yeaahhh

No comments:

Post a Comment