Friday 18 November 2011

jom kritik filem : ABUYA

salam....

heyy.. aku baru lepas tengok filem busit melayu yang ke... ntah berapa. actually dah 4,5 hari tengok but lepas tengok tak terus hapdet sebab terus kena serang muntah popcorn tanpa henti.
anyone dah tengok filem abuya ni? masa aku tengok, ada la lebih kurang another 10 pathetic malay film supporters jugak dalam panggung tu. aku mula-mula nak tengok cite shark night (alasan terbaik cover pesal tengok filem melayu sampah), tapi takde pulak sebab dah pukul 10 mlm masa tu. cite yang tinggal abuya, 7 aam arivu (no thanks), tower heist (dah tengok), cite kartun tintin tu (kawan-kawan dan si dia tak layan kartun)

jadi..apa yang tinggal, meh kita sapu ramai-ramai. ABUYA! say yes to ABUYA. aku fine fine je la nak tengok sebab nak jugak tau macam mana haramjadu nya ajaran sesat yang dibawak abuya ni. katenya filem ni pasal si abu zakaria a.k.a abuyahhh yang ada super power dah ajak orang kampung (haruslah orang kampung je kena peralat kan) sembah dia sebab dia ni khalifah gitu. hokay.. sekarang ni..

sepanjang filem aku tak nampak ada ritual yang menyesatkan selain kena korban sorang perempuan gemuk untuk dirogol ramai-ramai, syarat nak jadi kabilah abuya. other than that, ada adegan jue aziz gersang sampai bukak seluar dalam sendiri guna kaki, ada adegan bini kedua or ketiga, tak pasti, dari mula cite sampai habis muka stim manjang, ada adegan jue aziz belai-belai,gentel-gentel manja pemenang program pilih kasih tu, pastu si pemenang tu pegang-pegang bahagian anu dia sendiri. (nama pemenang tu aku tak tau sebab kurang femes.sori.) ini sebahagian yang aku ingat.

well, aku tak pasti abuya sesat ke pengarah filem ni yang sesat. part yang paling xtreme bila yang kassim bantai orang kampung kat warung. xtreme habis. 2nd xtreme part bila pengikut abuya minum air kaki dia, super duper xtreme! jalan cerita.. hamaigadd. berterabur habis! tibe tengah stim, tibe kang gadoh, tibe tengah lap senjata, cakap nak cerai tapi tak cerai-cerai, tiga kali kena tembak jarak dekat tak mati-mati. oii pengarah! buta hati ke buta perut?

kalau aku boleh pegi high tea dengan pengarah filem ni aku nak tanya beberapa soalan kat dia.
1) sekolah mana dulu?
2) kenapa scene tutup tingkap pun nak tunjuk satu per satu n slow sangat?
3) katanya filem ni pasal kisah tahun 1997,1998 gitu lah. tapi WTH polis datang naik waja? waja bukan keluar tahun 2000 ke? PHAILED!
4) okay. again! cite kesah tahun 97,98.. japgi jue aziz nak buat nasik kangkang nyanyi lagu kris dayanti 'aku wanita biasa'. sangatlah 90-an! lagu tu baru setahun dua ni kot femes.
5) apa peranan pompuan turki dalam filem tu? setakat tunjuk scene dia dok mengeja
 M-A-D-U je ke? terer BM la dia?
6) apa peranan YUS RAJALAWAK? pi mari pi mari dengan songkok senget dia, last sekali takde pape tindakan pun dari pihak jabatan agama. yus tu sedara kau ke?
7) kejadahnya pegawai polis dalam tu macam zombi? kot ye pun undercover, cari la yang elok sikit. ni dah rupe hidup segan mati tak mau je. die sedara kau jugak ke? saje nak bagi job.
8) motip ending filem faizal hussein and the gang bebaris ramai-ramai macam video klip k-pop? bukan k-pop la.. M-POP! tu.. MAX 24/7 tu. dengar cite ada anggota dah keluar. okay, yang kassim, faizal hussein, wanita turki dan rakan-rakan tengah free takde job. cube terai tanya deme. ganti masuk yang dah keluar tu.
9) babak gaduh masa nak ending, sumpah sedih! kau curi idea gaduh tu dari komik anak kau ye? bodohnye lah. polis tengah menghentak ahli kumpulan ajaran sesat ni, membe2 si sesat ni ada keliling tu, boleh pegang senjata macam "eh..nak masuk taknak..nak masuk taknak..tengok je lah.best jugak."
10) sape sebenarnya yang paksa kau jadi pengarah?

aku bukan nak bias kat filem melayu. aku tak kata yang orang kita buat tak bagus.. tapi! dah memang tak best, tak bagus, tak layan. tak boleh ke nak buat filem tu buat kajian sikit, membaca sikit, mentelaah sikit. sampai bila filem kita nak tarik penonton dengan lawak-lawak bodoh, dialog-dialog lucah, scene scene horny? kemon lah. kalau dah tak boleh mengarah, jangan pulun boleh? sekian.
filem tercomplicated abad ini : ABUAYA

No comments:

Post a Comment