Tuesday, 31 May 2011

langkawi BEST! tapi....

salam....

dari 28-30 haribulan haritu aku ngan roomate aku dan lagi 2 orang hamba Allah ni pegi melepak dan membuang duit kat langkawi. memang SERONOT. sangat!

langkawi lokasi okay je la kalau nak pegi bercuti. but ada beberapa benda yang tak okay. bagi aku lah. bukan bagi semua orang sebab lain orang lain rasa. aku tak suka ayam penyet tapi ramai orang suka n kata sedap. macam tu lah perbandingan dia..

1- masalah cuaca. langkawi memang tempat yang maha panas. nauzubillah lah panasnye. kalau rasa2 memang dah bosan ngan warna kulit yang agak cerah, pegi la langkawi. sejam berjemur, kalau korang tweety bird, dah masak dah. sangat panas sampai otak aku tak buleh berfikir waras. around 12pm-5pm tu memang time yang tak seswai atau lebih senang cakap time hanya orang-orang tak tinggi IQ je nak turun laut.



2- masalah attitude. yelah, tak semua orang macam tu. tapi kebanyakkan orang yang aku berurusan pasal island hopping, nak sewa hotel, kedai buku dan kedai makan ada masalah attitude. tapi kredit patut aku bagi kat orang yang sewakan kereta kat langkawi. aku dapat iswara ngan harga RM70 je sehari. memang lah tak murah tapi aku pegi masa peak season. cuti sekolah + cuti sabtu ahad. so RM 70 sehari untuk iswara memang dah berbaloi-baloi. orang yang uruskan kereta sewa tu pun baik sangat2. bersabar ngan aku sebab minyak kereta habis kat pekan kuah. almaklumlah..bajet kan. minyak tak isi sebab dah nak pulangkan kereta. hihi..

yang lain, semua nak kerek aje. kakak yang uruskan island hopping aku call cakap kerek gile. salam tak begi terus letak fon. ciss! pemandu bot island hopping pulak diam je atas bot. takde la nak terangkan pasal pulau ke, nak sembang2 ke. muka taknak ketat pulak?? sombong bangat. orang kedai buku lagi best. aku usha2 buku kot ada buku yang aku berkenan. membe aku duduk kat kerusi dalam kedai tu. dah takde buku yang aku cari aku nak blah la. membe aku bangun tak sorongkan balik kerusi ke tempat asal. dia cakap macam ni.

" dah duduk tu tak reti nak sorong balik ke." muka macam binatang.

hello!! kau tu pekerja. buat cara nak kerja. keje kat kedai buku terpakai, jangan otak kau pun nak guna otak terpakai. dah la masa aku sibuk cari buku dia tak tanya langsung nak cari buku apa. duk sibuk main laptop. elok aku ambik laptop dia humban dalam pantai cenang tu je. peniaga2 kat langkawi yang aku jumpa rata2 sangat tak mesra rakyat, alam dan lain2.

3- masalah toilet. lepas pukul 9 malam camtu la, kalau nak melepak kat pantai cenang, tolonglah buang apa yang patut dulu. jadi macam kes aku, aku nak membuang, toilet takde. yang ada dah tutup. jengjengjeng.. muka dah biru, peluh seram dah keluar. toilet takde. sepatutnya tempat pelancongan gitu toilet awam kena ada lah. jangan la tutup awai pulak. ingat perut n pundi kencing ada timing ke nak melepas.. kalau maybe ada pun toilet, aku tak jumpa pun. tak nampak pun signboard tandas awam.. takkan tersorok toiletnya. nak pegi toilet kena main  hide and seek dulu ke?

4- masalah harga barang. sebenarnya ni bukan masalah sejagat pon. ni masalah aku sorang je. standard lah. student pegi bercuti mesti nak segala yang bajet2 je. kalau tak bajet memang bermastautin la kat langkawi tu nak balik pun tak berduit. aku makan lunch hari 1st sampai tu nasik secoet, (sikit sangat, 5x suap dah habis) ngan daging 4,5 ketul yang dihiris nipis nak mampus n telur mata kerbau. RM7-8 beb! woww. agaknya daging tu daging rusa, telur tu telur penyu, nasik tu beras taj mahal. makanan memang mahal. mee sup pun RM6. urm, mewah perut aku kat langkawi. 

5- masalah hotel. hari 1st tu kiteorg tidur kat ulu melaka. homestay pak ad nama dia. 1 malam RM60. okay la. takde aircon tapi tahap kebersihan 5 bintang. aku ingat malam kedua nak lanyak situ je tapi masa otw pegi langkawi, kat jeti ada manusia2 tak baik cakap ulu melaka tu jauh la, hutan banat la. untuk orang2 itu, KEPALA HOTAK HANGPA!! ulu melaka lagi dekat ngan semua tempat yang kiteorg nak pegi. ngan cenang pun tak jauh mana. ngan cable car, makam mahsuri, buffalo park.. Kuah yang jauh ngan semua tempat2 menarik itu ye. so, jangan lah percaya ngan agen2 yang ada kat jeti sebab dieorang sangat mencekik darah, potong kepala dan tak baik punya orang. kat langkawi island hopping RM 25 je. ngan agen2 lahanat ni RM 35 kiteorg dapat. tu pun dia kata bagi harga budak2. kalau tak RM40. F*cK lah. silap kiteorg sebab terlampau gopoh. =)

bilik hotel malam kedua : busuk! masuk bilik bau jamban orang baru lepas berak. bantal punya cover kotor dan buruk. tahap kebersihan 1 bintang. kelajuan air tandas lebih perlahan dari air mata erra fazira dalam filem pasrah. aku beli penyembur wangi GLADE sebotol pun bau toilet + bilik yang busuk tak hilang. semut hitam banyak. sampai merayap atas katil. terbaik lah untuk RM80 1 malam. ni semua salah agen penipu tu. tak jujur. aku cari korang kat padang mahsyar. (*terlampau marah)

yang lain-lain okay je. aku nak pegi lagi langkawi sebab nak mandi kat tasik dayang bunting. hehe.. seronok! terapung je ala-ala laut mati gitu. (*life jacket)
cable car pun seronok even mula-mula aku gayat sangat. pendek cerita langkawi best jugak la. =)

p/s: kumpul duit pegi bandung pulak. hihi..

Friday, 27 May 2011

sikapmu biadap

salam....

petang tadi lepas pulangkan kunci bilik (sobsob..sruttt...) ----> bunyi air hidung meleleh akibat sedih yang teramat.. aku pegi area jitra 2. plan nak makan KEPSI. sampai depan kepsi, perut aku bisik.. dah muak makan ayam. so, aku pegi ke kedai sebelah kepsi.. resipi rahsia. secret recipe.

aku makan la kek je.. sebab perut pun tak lapa. nak makan yang ringan2 je.. (ringan tak ringan membolat jugak perot). masa aku masuk je pintu S.R tuh worker dia aku nampak duk soksek2 mulut tu sambil mata semua pandang ke arah aku ngan membe aku..

FINE!! kau nak mintak tandatangan artis baru harapan ni mintak je lah. tak payah nak soksek kat tepi kaunter. tapi takpe lah sebab situasi macam ni memang selalu kena kat aku. aku pi mana pun ada je mata nak pandang lain macam, soksek2, tunjuk2, last skali gelak ramai2. ada jugak suara2 jahat nak cakap.. " abang..burger bang."(walhal memang tau aku pompuan.) kau jual burger, tapi mulut taknak macam HARRRR pulak? memang tak lah aku nak menjamah burger kau.

dah crita pasal burger kan. okay. worker S.R tadi. aku dah makan sampai perut aku berbentuk sfera, aku nak lah bayar kan? takkan makan nak free walaupun aku ni artis jemputan kat S.R cawangan jitra tu kan. (*muntah dan pengsan)

aku pergi la kat kaunter.. plappluplapplup. (bunyi selipar)

"saya nak bayar." muka senyum..

"err.. saya dah kira sekali 1 table tu." muka dan nada kerek.

"ha...kenapa kira sekali?" muka heran. atas kepala ada 45 tanda soal..

"nape tak cakap awal-awal nak kira asing." suara agak keras dan muka separa senyum yang menyindir.

"eh..kan saya masuk lambat tadi. takkan kira sekali. nape tak tanya dulu. takpelah. roughly apa yang saya makan tadii berapa?" muka dah separa muka hantu kak limah.

"err...berapa ek?" tanya kat kawan dia yang tak berapa nak berguna kat sebelah kaunter.

"alahhhh...bayar la sekali.dapat bil nanti kira la balik ngan kawan tu." muka pandang cashier tapi ayat tak menahan tu nak tuju kat aku kan???

"urm.. lebih kurang RM7.55 satu kek. darab la ngan dua." muka cool.. ahli kumpulan kool muka tak cool macam kau!

aku terus blah. aku bagi membe aku RM15.

aku tak kesah lah kau nak mengata aku ngan worker lain. sebab kau memang dibayar kerja kat secret recipe tu untuk mengumpat cuntomer yang datang. kalau tak ngumpat gaji kena potong. tu aku paham.

tapi yang aku bengang, pesal aku nak bayar makanan aku kau nak kerek sangat? selama ni aku makan kat S.R lain, tak penah pun bil kira sekali kecuali lepas dah bertanya ada la insan2 yang agak berat dompetnya nak belanja, baru kira satu bil. then, aku dah tanya berapa makanan aku pun ada masalah jugak nak bagitau. muka taknak kerek habis pulak?

INILAH PERANGAI SEGELINTIR PEKERJA MELAYU!!

muka nak masam aje. ayat nak kerek aje. aku customer sengal. aku ada hak nak tau berapa harga makanan yang aku makan. lain kali, kalau jadi lagi macam ni, aku cadang nak suruh dia je bayar. potong gaji bulanan. padan muka kau kakak!

* awas kau pekerja secret recipe!
* lagi sekali kau buat hal, buat kerek...berbuih muka kau aku tembak
ngan pistol mainan ni.

p/s : secret recipe tu terletak kat blakang kedai slim badan dR.Rozmey a.k.a abang kaya raya 40 juta malaysia.haruslah angin dia yang merasuk jiwa kakak-kakak secret recipe tuh.

Wednesday, 25 May 2011

kenapa bukan form 6?

salam...

kenapa ramai orang taknak masuk form 6? perasan tak especially orang melayu sanggup masuk kolej yang tak diiktiraf semata-mata taknak pegi form 6. berlambak kawan-kawan aku jugak yang masuk kolej yang tak diiktiraf pastu tak dapat kerja. takkan dah ada diploma nak kerja promoter je. bukan la takleh nak kerja promoter, tapi belajar tinggi sebab nak kerja yang bayaran setimpal ngan kelulusan kan..

ramai orang-orang melayu taknak masuk form 6. pesal?

- kena pakai baju sekolah balik. gila! membe2 tengok tak rock la kan. habes je SPM baju sekolah dah bako. tak bako, mesti suruh kawan2 sain kat baju. penoh macam2 kaler ada. konon meraikan la lepas SPM dah tak payah pakai baju sekolah. sekali tak dapat kemana nak pakai balik baju sekolah memang tak lah kan? kalo baju sekolah tu buleh gelak, dia dah gelak dah. "tu lah. haritu eksen." katanya.

- mentaliti orang melayu, masuk form 6 ni orang2 tak cemerlang SPM. sape kantoi SPM je masuk form 6. perasan tak kalau orang bertanya camni. "milah..kau buek apo skang. takkan dok rumah yo? ke nolong apak kau gi noreh gotah? hikhikhik..."
jawab milah.. "poie tingkatan 6 AJO." *muka ketat.
kenapa kalo orang yang pegi form 6 kena ada perkataan JE kat blakang ayat. macam remeh sangat plak form 6 ni. timkaiyaa???

- mentaliti jugak kata form 6 ni susah. deyyy. mula-mula remeh2kan form 6. tapi ramai yang taknak masuk sebab kata form 6 susah tahap cipan. pengalaman aku sendiri.

"kamu buat apa olyn skarang ni." sambil mengupas kuaci..

"sambung blajar kat form 6." sambil buat muka hebat tiada batasan.

"FORM 6? kamu gile ke? nak pecah otak kamu? berani gile ambik form 6." kuaci yang tadinya digigit-gigit dah tersembur ke lantai.

"kenapa?" muka pelik gile sambil kutip kuaci.

"sape nak masuk form 6. susah gile. pastu dah kantoi, sangkut tak kemana." sambil sambung makan kuaci yang dikutip. ada sampah-sampah lain yang terlekat sekali.

"susah ke?kamu dulu masuk form 6 ye?" mencekak pinggang buat muka nak tau sangat.

"aah. tapi pegi 2 hari je masa orientasi. pastu tak pegi dah." sambil buat muka tak besalah.

tengok! see! lihatlah dunia! kau pegi form 6 pun masa hari pendaftaran, ikot celah mana kau tau form 6 tu susah sampai tahap pecah kepala? dushhh.

seriously form 6 memang best. kenapa kena masuk form 6?

- cikgu tak treat budak form 6 macam budak skolah menengah dah. takde marah2. takde jerit2. takde baling pemadam papan hitam bila besembang ngan kawan sebelah. cikgu aku siap cerita pasal makeup dia, baju dia beli katne. siap bebincang pasal isu semasa dunia fashion walhal dia mengajar pengajian statistik. puan JOT MAO TAN nama beliau.

- form 6 ni budak2 pandai je masuk. yelah. kata form 6 susah tahap pecah kepala. mesti lah budak2 pandai je survive kat form 6. so, nak terasa diri pandai join lah form 6 okay.

- sijil STPM tu setaraf dengan sijil A-Level yang dikeluarkan oleh cambridge. means, kalau pegi mana-mana seluruh dunia ni nak mintak keje, sijil STPM laku! walaupon kat england sekali pun. bukan nak kutuk matrik. tapi.... kalau sijil matrik dibawak mintak keje, tak laku apa ceq oiii. sebab budak matrik tak mungkin akan ada sijil matrik je sebab dorang akan sambung terus ke ijazah. kalau ada sijil matrik je takde ijazahnya, means kau kantoi kat matrik. hikhik.. tingkat gaji pemegang STPM pun lain dari pemegang SPM saje.

so, dari melepak kat rumah dan kononnya pegi form 6 tak hebat, tukaq lah mentaliti tu. try tengok dulu. aku blaja memang tak rajin, skolah selalu ponteng siap tido rumah roomate aku masa semua membe sebok blaja kat kelas, siap kautim ngan cikgu masa ambik report card. tapi ALHAMDULILAH la. aku tolak tepi malu, tolak tepi perkataan susah. skang aku dah lepas dari nightmare form 6. yabedabeduu...



FORM 6 ROX! ITS REALLY REALLY ROX!
perempuan paling kiri - tawaran nursing.
lelaki sebelah perempuan - sambung asasi kat universiti tempatan.
lelaki paling kanan - dapat M.A mohon kat SPA.
lelaki lagi satu - dapat diploma kat politeknik kos kimpalan.
ini lah pandangan member2 yang aku terima dulu. =)

p/s : tapi ada juga insan yang amat supportive masa aku down belajar kat form 6. ayah, umi, terima kasih.
dan jugak bestie aku, aiman nadira. hari2 dia akan ulang ayat yang sama. takpe. lepas form terus gi    ijazah.terima kasih sahabat. dia best student mascom. aumm. congratz babe. lagi satu. farah nuraishah. sentiasa mengejutkan pagi aku untuk gi sekolah.dan sampai ke harini dia lah orang yang mengejutkan aku hari2 untuk ke kuliah. roomate aku. ily olls. =)

Ketika Ini

salam...

sorang demi sorang dah blah dari hostel aku sekarang. sunyi gile. malam esok malam last aku tido dalam bilik ni. lepas ni raya ke 10 nanti pulak aku balik sini balik.

serius terasa sunyi tu. terasa kosong tu. sape tak penah ada feel stay satu tempat macam rumah sendiri pastu kena blah dari tempat tu kan. feel tu susah nak cakap. sedih sebenarnya. haihh..

bilik aku boleh dikatakan tak macam bilik orang lain. tak nampak macam bilik hostel sangat. bukan aku cakap. tapi kalau ada member datang bilik aku mesti dorang akan cakap. "wah, macam bilik kat rumah." heee. maka kembang lah hidungku.

bilik aku ada tikar getah penuh satu bilik. bilik orang lain takde tikar. kalau ada pun half room je. muat2 letak ponggong nak makan atas lantai je. bilik aku ada katil king size. hee. sebab aku gabung ngan roomate aku. sebab roomate aku soulmate aku. u're the best roomate! bilik aku ada gambar kat dinding. ada 1 gambar aku, 1 gambar roomate aku dan 1 gambar kami bedua yang diambil candid. we're holding hands. sweet. (feeling sorang2)

kat dinding kepala katil aku jugak ada satu gambar besar black and white budak kecik dua orang tgh kissing. kalau bapak aku masuk lah bilik aku ni tengok gambar tu, memang dia kata aku dah sesat la ni. dinding bilik aku pun tak kosong sebab selain gambar ada jugak corak2 kreatif hasil tangan kiteorang. corak bunga ada, corak music note ada. kalau pengetua masuk, memang dia kata bilik aku selalu buat party buih laaa...

bukan la nak perasan, tapi memang aku rasa homey sangat bila aku dok bilik ni. aku ngan roomate aku dok suap2 makan, dok tengok movie, bergaduh, bermesra, study pecah kepala. kenangan yang dah dua tahun. and just akan ada lagi setahun je untuk nak cipta kenangan lagi. (muntah dengan ayat tidak menahan sendiri). *jiwang!

bila jauh, kosong itu kosong yang tak pernah dirasakan. roomate, i love you. thanks for being there always. roomate aku memang the best. aku gaduh ngan ayah, dia la yang aku call dok nanges2. satgi aku kena saman, dia la dok tingtong duit saham ngan aku bayar saman. kihkih. padahal aku yang speed sorang2. bila bayar saman dia yang tak terlibat pun hulur sekali. roomate aku masak ikan bilis masak merah pun sedap. pandai beliau masak. (bodek)

korang nak dapat roomate macam ni?? takde dah. sebab ada satu je dalam dunia and aku dah dapat yang satu ni.

roomate, i'll be missing you. (gedik.padahal dok 1 ipoh je pun.)


gambar sekadar hiasan.


KOREA nya kau!

salam...

aku tak tau la kan kalau sape-sape nampak ada orang MELAYU yang tetibe nye nak jadi sangat KOREA. tapi kalau aku, reaksi aku..

*sambil berkata. OMAIGOD. muka suka makan jering cicah sambal belacan, ada hati nak jadi korea sangat?

aku faham if ada orang minat something sampai tiada batasan. contoh aku penah minat erra pazira dulu. siap aku verangan tido bawah ketiak dia. hik.. tapi masa tu umur aku 10 tahun la. belum boleh mimpi basah pun. (bajet)

tapi masa aku minat dia, aku takde pulak nak jadi macam dia. takde pun aku nak kerintingkan rambut aku sampai jadi mcm rambut dia. takde pun aku nak pakai rambut palsu macam dia slalu buat. TAKDE pun!

aku penah jugak minat gilak dengan Justin Timberlake. aku minat dia sebab dia punya lagu cry me a river tu. masa tu JT tengah dok baik punya botak. takde pun aku nak botak macam dia even aku minat dia. takde pun aku nak ngorat Briney Spears macam dia buat. (motif???)

so, jadah nya bebudak sekarang ni suka membabi buta ikot sangat trend korea ni. cara nak mengubah diri menjadi korean.

- tukar nama anda di FB. nama mak bapak bagi jangan guna. tak gerek. letak lah nama seperti hakimi hyunjong, afik hyun bin, rokiah susuke, dan nama-nama canggih korea yang lain.

- dressup mesti kena macam korea okay! ni part yang paling peting. feremfuan kena pakai skirt pendek. harus hukumnya nampakkan sket buntut. skirt sependek-pendek yang boleh tapi pakai ngan kasut boot setinggi-tinggi yang buleh. kalau sampai lutut x gerek. kena boot tu sampai perut. semakin pelik dress up semakin korean looked lah anda.

- penuhkan laptop ngan korean stuff. contoh, wallpaper gambar artis korea, lagu-lagu dalam laptop semua lagu korea walaupun sepatah haram tak paham, movie yang tersimpan semua movie korea. ulang tengok 5,6 kali sampai hafal dialog. kali ketujuh tengok dah boleh mute kan suara. sendiri yang cakapkan skrip pelakon tuh.

- haruslah menyamakan diri sendiri ngan sorang artis korea. kalau orang lain tengok tak sama, korang tengok sama, sila lah letak gambar korang sebelah-menyebelah pastu upload kat FB. lagi ranggi kalau ada yang komen macam ni.
"ehh, i ingatkan u tadi. rupanya artis korea! macam nak sama."
kalau ada yang dah komen macam tu, even aku tengok memang macam william hung ngan tom cruise, berjaya lah korang menjadi orang korea.

okay. yang belah kanan sekali ni. PERFECT! u're so korean looked!aummm.
kau memang dah lepas ujian menukar seorang lelaki melayu kepada lelaki korea.
kalah wonbin kekoreaan kau bang. gojesss!!

okay! ni adalah contoh budak melayu yang berusaha gigih sangat2 nak jadi brader2 korea. walaweh. memang korang ni kacak-kacak belaka lah. tangan menadah mintak apa? mintak sepak kan?

p/s : maybe i am not so into this korean2 stuff. aku tak minat. tapi if aku minat pun aku berbangga dengan status bangsa MELAYU aku. mak pak aku bagi nama ISLAM yang aku rasa cukup indah. dok kat malaysia jati diri dah tak kuat nak jadi orang luar, kalau dok luar malaysia? hujan emas di negeri orang bro. hujan batu kat tompek sendiri. baik kat tompek sendiri. sobab kalau pilih batu , buleh den hompok kepalo ekau ngan batu tu kalau nak jadi korea sangat. sekian.

gambar Nur Kasih

salam...

semalam, 24hb mei 11, dalam dok bz gile ngan final exam aku pi jugak tengok filem yang ramai manusia seantero malaya tunggu. NUR KASIH.
khabir bahtia (abaikan ejaan, asal paham) selama kau dok buat macam-macam filem, ni lah filem terbaik kau.

NUR KASIH BEST TAHAP TERUK!

tak reti pulak lah nak tulis sinopsis bagai kat sini kan. tapi sape yang tengok nur kasih the series mesti sanggup potong jari kalau terlepas yang the movie punya kecuali makcik-makcik macam mak aku yang memang tak kesah pasal dunia seni. cewahh.

tiz zaqyah bawak watak nur amina memang terbaik! okay, erra fazira. sila bagi takhta ratu filem melayu kau kat tiz sekarang jugak. cerita dia sangat lah romantik. yang pastinya kalah TWILIGHT okay.

senarai filem yang kalah teruk ngan filem nur kasih :
- cuti2 cinta
-2 hati 1 jiwa
- karipap2 cinta (belum ditayangkan tapi dah kalah teruk)
- ratu the movie (ini yang kalah super duper teruk)
- 4 madu
- aku masih dara

DAN SEMUA FILEM MELAYU ROMANTIK SENGAL-SENGAL BADAN YANG PERNAH ADA KAT MALAYSIA.

tapi aku bukan jenis yang cepat puas hati sangat lah. ada jugak slack filem ni sikit-sikit. tapi boleh tutup sebelah mata lagi la. boleh la nak bagi 4 BINTANG setengah kat filem ni.

kecacatan filem :
- kepala manusia terbako kesan kereta api eksiden yang nampak sangat tak real. macam bebola api dalam dragon ball dah aku tengok. kartun sangat.
- adam sakit lepas eksiden kereta api. mak dia datang melawat kat hospital. ayat 1st yang kluar dari mulut mak dia. "mak tak sanggup tengok anak mak pergi (mati) dulu sebelum mak".
haha. mak adam ni kategori mak yang jahat la! ada ke anak kau sakit gitu kau cakap pasal mati. belum lagi kompom nak matinya. tapi mak adam ni macam dah tunggu. siap tanya lagi. "nur macam mana nanti adam?".. haha.. part sedih yang berjaya buat aku ketawa. sorang mak sepatutnya tenangkan anak dia. ni mak dia lagi nak bikin cuak..mak jahat!
lepas mak adam, ramai lagi yang becakap pasal adam akan mati depan dia. kalau aku jadi adam aku tikam je diri sendiri. sronok sangat kome ye aku nak mati.

ketidakcacatan filem :
- filem ni memang susah aku nak predict apa jadi ending dia. which aku rasa memang berlainan ngan filem lain yang cerita baru start 10 minit aku dah nampak ending. FAIL!
- lakonan pelakon2 dia terutama tiz zaqyah yang memang payah aku nak petikaikan. okay, dah nampak sape menang anugerah pelakon wanita terbaik kat ABPBH nanti. buleh menang oscar jugak kau tiz. aumm.
- warna filem tu yang nampak klasik.
- menekankan pasal pendidikan agama kat golongan terbiar a.k.a remaja2 takde arah tuju hidup. samseng, mat gian, mat cilok.
- cerita cinta yang memang aku rasa sangat romantik, sangat pure gitu. titanic, kau kalah teruk jugak ngan cerita cinta adam ngan nur okay.

POSTER PUN MENGANCAM.
CUBA TENGOK POSTER FILEM LAIN. MUKA MESTI NAK BUAT HEGEH-HEGEH.
POSTER PUN TAK MENYELERAKAN. MACAM BUAT PAKAI WINDOWS PAINT GITU.

yang penting khabir tak letakkan target over shadow. takde pun dia target 40 juta filem ni nak terjual. even dia tau 19juta manusia duk tengok the series cerita nih. bagus abang khabir. tak meninggi diri nak letak target tak masuk akal.

MACAM....

kihkihkih..