Wednesday 25 May 2011

gambar Nur Kasih

salam...

semalam, 24hb mei 11, dalam dok bz gile ngan final exam aku pi jugak tengok filem yang ramai manusia seantero malaya tunggu. NUR KASIH.
khabir bahtia (abaikan ejaan, asal paham) selama kau dok buat macam-macam filem, ni lah filem terbaik kau.

NUR KASIH BEST TAHAP TERUK!

tak reti pulak lah nak tulis sinopsis bagai kat sini kan. tapi sape yang tengok nur kasih the series mesti sanggup potong jari kalau terlepas yang the movie punya kecuali makcik-makcik macam mak aku yang memang tak kesah pasal dunia seni. cewahh.

tiz zaqyah bawak watak nur amina memang terbaik! okay, erra fazira. sila bagi takhta ratu filem melayu kau kat tiz sekarang jugak. cerita dia sangat lah romantik. yang pastinya kalah TWILIGHT okay.

senarai filem yang kalah teruk ngan filem nur kasih :
- cuti2 cinta
-2 hati 1 jiwa
- karipap2 cinta (belum ditayangkan tapi dah kalah teruk)
- ratu the movie (ini yang kalah super duper teruk)
- 4 madu
- aku masih dara

DAN SEMUA FILEM MELAYU ROMANTIK SENGAL-SENGAL BADAN YANG PERNAH ADA KAT MALAYSIA.

tapi aku bukan jenis yang cepat puas hati sangat lah. ada jugak slack filem ni sikit-sikit. tapi boleh tutup sebelah mata lagi la. boleh la nak bagi 4 BINTANG setengah kat filem ni.

kecacatan filem :
- kepala manusia terbako kesan kereta api eksiden yang nampak sangat tak real. macam bebola api dalam dragon ball dah aku tengok. kartun sangat.
- adam sakit lepas eksiden kereta api. mak dia datang melawat kat hospital. ayat 1st yang kluar dari mulut mak dia. "mak tak sanggup tengok anak mak pergi (mati) dulu sebelum mak".
haha. mak adam ni kategori mak yang jahat la! ada ke anak kau sakit gitu kau cakap pasal mati. belum lagi kompom nak matinya. tapi mak adam ni macam dah tunggu. siap tanya lagi. "nur macam mana nanti adam?".. haha.. part sedih yang berjaya buat aku ketawa. sorang mak sepatutnya tenangkan anak dia. ni mak dia lagi nak bikin cuak..mak jahat!
lepas mak adam, ramai lagi yang becakap pasal adam akan mati depan dia. kalau aku jadi adam aku tikam je diri sendiri. sronok sangat kome ye aku nak mati.

ketidakcacatan filem :
- filem ni memang susah aku nak predict apa jadi ending dia. which aku rasa memang berlainan ngan filem lain yang cerita baru start 10 minit aku dah nampak ending. FAIL!
- lakonan pelakon2 dia terutama tiz zaqyah yang memang payah aku nak petikaikan. okay, dah nampak sape menang anugerah pelakon wanita terbaik kat ABPBH nanti. buleh menang oscar jugak kau tiz. aumm.
- warna filem tu yang nampak klasik.
- menekankan pasal pendidikan agama kat golongan terbiar a.k.a remaja2 takde arah tuju hidup. samseng, mat gian, mat cilok.
- cerita cinta yang memang aku rasa sangat romantik, sangat pure gitu. titanic, kau kalah teruk jugak ngan cerita cinta adam ngan nur okay.

POSTER PUN MENGANCAM.
CUBA TENGOK POSTER FILEM LAIN. MUKA MESTI NAK BUAT HEGEH-HEGEH.
POSTER PUN TAK MENYELERAKAN. MACAM BUAT PAKAI WINDOWS PAINT GITU.

yang penting khabir tak letakkan target over shadow. takde pun dia target 40 juta filem ni nak terjual. even dia tau 19juta manusia duk tengok the series cerita nih. bagus abang khabir. tak meninggi diri nak letak target tak masuk akal.

MACAM....

kihkihkih..

No comments:

Post a Comment