Thursday 21 July 2011

jom kuruskan badan

salam....

sape gemuk angkat tangan? *tu pun kalau larat. wahaha.
mati aku kena bicycle kick dengan orang-orang gemuk. relax la BOB. gurau je. laga perut sikit. yeahh!


biasa tak tengok iklan-iklan nak menguruskan orang gemuk? biasa tak jumpa dalam paper hari minggu, atas wiper kereta, dalam post box. bersungguh-sungguh kan bisnes punya orang nak bantu orang gemuk? sanggup print beribu helai nak bagi si gemuk tengok. print kaler lagi you! 


apa ada atas paper kaler-kaler tu? 


GAMBAR BEFORE AND AFTER.
before. gemuk, kusut masai, rambut macam rosli mohalim, pakai baju 3x ganda besar dari badan yang kadang-kadang buat orang tertanya dia yang besar ke baju yang besar, kalau melayu bertudung labuh sampai paras lutut.


after? kurus, kemas, cantik, segak, rambut dah rebonding baik punya kalah akhil hay, baju seketat-ketat yang mampu (takde corset tau kak), yang betudung masa gemuk tadi tibe dah kurus freehair. aku syak takde tudung size dia lepas dah kurus.


wajib ada gambar intai anu sendiri.

porahhhhh. intai anu sendiri.

wadepak lah iklan gini. yang lagi syok masa gemuk muka lain dah kurus muka lain. masa gemuk melayu, dah kurus cina. agak lah nak tipu pun. ingat orang gemuk takde otak ke?


GAMBAR ARTIS FEMES MASA KINI.
aah.. kau nak ambik zena zen, era pazera, emi mastora, wardinah. yang memang body mantop tahap dewa 19. walhal takde pun dorang guna produk kau. podahh. 


tapi ni strategi perniagaan. yang kena jadi cerdik sikit orang yang nak kurus la kan. artes-artes tu nasik pun tak jamah, makan epal hijau je. epal hijau! bukan laptop epal. korang yang nak kurus ni, nasik..nasik jugak. karang mee lagi. malam sikit stimbot. supper tekedarah roti nan pulak. 


hampun lah kau nak kurus gitu. artes-artes tu pun kalau kau bagi dorang lahap macam korang, dorang pun jadi rupe korang jugak. 


TESTISmoni
"dulu saya habis jutaan ringgit untuk kurus. habis tanah kat kampung 3 relung saya jual untuk dapatkan duit rawatan kurus badan. tak cukup jual 'rete bende', saya jual diri saya. mujur lah laku. tapi, sejak saya jumpa produk tamiterimporutden ni, saya tak lagi gusar. berat badan saya turun 30 kilo dengan hanya tempoh satu malam. suami saya bangun pagi, nyaris dia tak kenal isteri sendiri sebab dah kurus. mujur lah bau mulut saya di waktu pagi tetap sama. dia kenal jugak saya akhirnya. terima kasih tamiterimporutden."


phuuuiii. kalau kau tadah minum je apa jenis susu kurus badan tapi exercise takde, mana mau jalan. silap-silap sebab susu badan makin mengembang segar. padan muka! masalah orang kita. liat nak exercise. tapi nak kurus. mana ada benda yang mudah makcik-makcik, kakak-kakak.


rajin-rajin lah exercise. jaga lah pemakanan. tak payah pegi selimwel segala. insyaallah kurus lah korang hendaknya. rajin-rajin jugak google petua kuruskan badan. duit tak buang-buang, badan kurus, boleh intai anu sendiri.


p/s : macam yang selalu aku kata kat pencuri hati. biar lah badan macam mana pun.. kurus ke gemuk ke. janji sihat. dia pun senyum girang. =)

Wednesday 20 July 2011

song for tonight

lalalalala..lalalalala..kikikiki..lalalala...


gitar kat starting yang sangat best!

we may only have tonight..
but till the morning sun you're mine..
ALL MINE.

and i will keep you in my mind.
the way you make love so fine...

pencuri hati, you're my rhythm of love. 
=)

Sunday 17 July 2011

bola boli dan orang kita

salam....

sape tengok bola? sila angkat bebola tangan anda. yeahhh.. dari eifel tower ni aku boleh nampak lebih ramai perempuan yang angkat tangan dari lelaki.
*aku kat paris. ada fashion week. sesaje jalan sebab kawan-kawan dah bising nape lama tak turun sini. sebab tu aku agak lama tak hapdet blog.


ni lah member aku dok tunggu aku kat airport. 
naya aku kalau tak datang.
garang kan kawan sekolah agama rakyat aku ni?
dulu main kad tepuk asyik kalah je.


kenapa banyak perempuan yang tengok bola ni? ohhh..ini lah sebabnya.


pecah kaca pecah gelas.
gambar pecah jangan marah. ahah!


masa aku nak fly datang sini malaysia baru nak match dengan ARSENAL. arsenal. ye! kelab inggeris tu. bukan team kampung pisang FC datang pakai jersi arsenal. sape menang? EXPECTED! MALAYSIA...


tak menang.

tapi... aku tak lah nak menganjing team kita. tak menang takpe lah. arsenal tu. 1st sekali kita dah kalah dari segi body. player kita body kit kancil . player arsenal makan babi keju. mesti lah body lagi besar. menang piala AFF suzuki itu hari pun dah banyak tanah dapat kat depa. sat lagi menang dengan arsenal, takde tanah dah tinggal untuk orang lain. hikkkk.

tapi.. orang-orang kita ni aku tak faham lah. pesal, why, timkaiya nak kena support team luar melebih-lebih? tak percaya??

JERSI.
masa team kita lawan dengan arsenal, liverpool, jersi mana lagi banyak orang pakai pegi stadium?? tipu..tipu.. bukan kuning hitam. tipu dosa mati seksa ooo. siap bawak banner segala. memang tak salah, tapi bawak masalah. bila player kita tengok situasi cenggitu, tak kecik ke hati mereka dan keluarga mereka? secara tak langsung menggangu konsentrasi. tu kalah tu... tengok je la iklan bebal kat astro tu. makcik tua main timbang bola. makcik, pegi timbang berat makcik lagi bagus.

SORAKAN.
cuba masa team lawan dapat bola semua penyokong senyap macam malaikat lalu gitu. tak boleh ek? melampau ek? okay,okay..jangan baling tempoyak kat aku. tapi perlu lah arsenal dah sumbat bola masuk gawang semua penyokong nak sorak siap pompom girl sekali? kecik lagi hati player kita. dah lah bola dah bolos, team lawan kena sorak pulak. kesian.. kesian..

KRITIKAN.
cuba kalau malaysia menang dengan arsenal haritu.. apa kata orang malaysia? bukan semua, tapi ada..

"elehhh..arsenal kasik can je."
"gol pun gol nasib je tu."
"rasuah lah tu. laknat barisan nasional."*tibe!
"arsenal tak turunkan kesebelasan utama,boleh lah menang."

FCUK lah u oll. tapi kalau kalah? cakap macam mana pulak?

"dah agak dah.bazir je beli tiket je."
"sampai kiamat pun takkan dapat kalahkan team luar."
"ini gaya nak main world cup?lupa kan lah."

cuba yang bercakap tu kita letak ganti safiq rahim, ganti muslim ahmad, ganti khalid jamlus. menang ke? boleh kau nak jadi macam devid bekem pulak? david arumugam belum tentu kau boleh. so, kalah ke menang ke adat lah. ukur lah baju team kita kat badan korang. yang korang bebal ambik baju ukur kat badan torres tu buat apa?

aku support je malaysia lawan dengan sape pun. even sesetengah perlawanan nampak mustahil pulak nak menang, tapi aku lahir kat malaysia. bukan kat liverpool. tak payah nak arsenal, liverpool or chelsea sangat lah. minat boleh tapi dah lawan dengan team kita sendiri tak payah nak bajet england sangat boleh? ada orang england pakai jersi kelantan? ada orang liverpool pakai jersi perak FC? duhhh!

nah!ambik kaki sekali dengan air limbah ni.

p/s : kalau tak tengok bola tu jangan tunjuk pandai boleh? macam reti mengalahkan rajagopal. biase biase sudah..

cabaran sepuluh hari last!

salam...

make it short and simple.
soalan?


SATU PENGAKUAN!!!!

SENANG!

mula bosan buat soalan ni.
lepas sedar ini soalan terakhir,
aku cakap. omaigadd. habiis dah.
seronoknya! 

tqVM.


cabaran sepuluh hari #9

salam....

lambat lagi.lambat lagi... prefect, ambik nama aku pliss. lambat lagi. pastu heret aku jumpa cikgu displin. pastu cikgu displin denda aku plisss.. tu je korang tau! *marah tanpa sebab.


DUA PERKATAAN TENTANG DIRI ANDA.

CEPAT BOSAN.

tq.

Wednesday 13 July 2011

trend yang trendy

salam....

dah pukul 2 pagi tak boleh tido mula lah pikir apa nak bahan pepagi buta macam ni. kenapa pagi buta? malam buta? kenapa bukan celik atau rabun ayam? orang melayu suka kan nak letak suka-suka macam-macam pekataan. tengah hari rembang, subuh sepi'i.


nenek moyang la ni tinggal kan vocab canggih manggih kat cucu cicit. 


weh, korang ingat tak trend-trend yang ada masa korang muda remaja. aku tak tau lah trend yang ada masa azroy gila-gila remaja punya zaman kan. apatah lah lagi zaman azura. surrender i. tak tau. tapi masa zaman aku form1,form 2..


trend berpakaian la. tak pun orang pekan panggil dress up. up lah sangat! antara trend yang aku ingat. 


- trend hiphop-
pehhhh!! ini ini ini trend yang paling disukai ramai kat sekolah aku dulu. semua nak jadi eminem. ada eminem nak jadi korang? kat beg sekolah WAJIB ada button eminem. tak eminem pun rappers-rappers fofular la macam too phat, nelly, (siap ada yang tiru plaster kat muka nelly.rasa nak tumbuk je biar berbalut terus.) puff daddy/PDD, zizan rajataklawak.


*nampak plaster itu adik-adik?


ciri-ciri budak-budak hiphop lah sangat ni. seluar besar, poket labuh sampai lutut, baju besar pinjam baju abah, topi senget sama macam otak tu, bawah topi ada kain yang dipanggil 'key'.


pastu ciri perangai dorang ni suka menggelabah tak kira masa, suka tiba-tiba nak menari break dance kat tengah khalayak, gaya cakap nak rap jugak. aku rap pale kau baru tau.


- trend skinhead-
ini trend yang paling aku lemas. nak je aku bantai budak-budak bajet skinhead ni. yang syok tahap asparagus, dorang ni siap ada knowledge. jadah knowledge aku tak paham. tapi knowledge ni korang kena paham la skin ni ada terbahagi kepada berapa group. skin SHARP lah, skin NAZI lah. sory kalau aku silap. aku bukan budak skinhead so tak berapa nak arif sangat pasal subjek dorang ni.


ciri-ciri budak skinhead.. nama lagi skinhead dah tentu kepala dogoi. kepala botak tapi bukan botak licin. botak ada rambut sikit-sikit ala banduan gitu. pastu seluar kecik gila punya kat bawah kaki tu. kira kau jerut terus lah kaki kau senang. then baju kecik atas pinggang, kasut high cut, ikat ketat kaw kaw.


ciri perangai budak-budak kurang kasih sayang belaian manja ni, kaki gaduh, suka bergerak dalam kumpulan yang ramai pastu sape-sape usha pelik kena bantai ramai-ramai. ciri yang paling menakjubkan, takde kat kumpulan lain, budak skinhead MAKAN SAMPAH. tak elok mebuang-buang ye dak? biar la budak-budak ni settle kan.


- trend indie-
indie ni trend tak berapa lama tapi tak berapa baru jugak la. trend ni femes masa aku baru kat lower six. indie ni sebenarnya muzik, nak kata genre pun bukan. tapi band yang bergerak tanpa label. sendiri tanggung sendiri gitu kot. tapi budak-budak kita ni kan kretif tahap lemang. so, dorang cipta satu trend.


"kau budak apa?aku budak indie." 
apa bangangnye awak ni. 


ciri-ciri budak indie ni korang mesti kenal dengan gaya rambut yang ala-ala menutup mata, semak serabai, skinny jeans, baju gambar band.


perangai dorang ni okay okay je. takde tak senonoh pun tapi suka bangga bangga dengan kawan-kawan kalau pegi gigs. pastu kadang-kadang kat port gig tu nak bergaduh bertumbuk segala. bukan semua tapi ada la sebahagian. kau tengok konsert ke bertinju mat??


err...hai heli. *pintal-pintal rambut.

-trend shuffle-
"balak kau shuffler.omaigad omaigaddd. hot stuff dowh."
walhal balak kau boleh buat yang 2 step shuffle tu je. depan blakang depan blakang. pastu pusing topi. piraahhhh.


trend shuffle muffle ni masa aku lower six jugak. dalam kelas budak prempuan ber shuffle. okay okay. talented nye kau! kenapa tak masuk amaricas got talent?? sah sah kau menang tanpa pertikaian lagi. 


ciri-ciri budak shuffle ni takde dress up tertentu sangat. tapi bila nak bershuffle tu dorang pakai seluar kilat-kilat yang glow in the dark gitu kan, pastu pakai topi sebab nak pusing-pusing kan nanti so that nampak bapak stylo gila.


nak cakap pasal attitude dorang, sama macam hoppers lah sangat tu. suka nak bukak step menari-nari macam orang kena sampuk saka jentayu kat tengah-tangah alam. aku sepak ponggong baru tau. tapi tak semua shuffler poyo tahap lembu betina. ada yang dah bawak nama malaysia gi keluar negara pun. 


ni lagi satu trend. budak skaters lah sangat.
tak larat nak tulis panjang ala-ala esei STPM.
budak skaters la sangat ni tak pandai main skateboard pun
tapi wajib pakai kasut besa gajah jenama DC, ES, VANS etc.

p/s : pakai lah apa korang nak pakai, nak join group apa pun. gang skinhead ke, gang bas sekolah ke. jangan susahkan mak bapak sudayy. dan jangan rasa korang on top of the world sangat lah boleh?

cabaran sepuluh hari #8

salam...

soalan pasal lover lagi lah ni. apa ke nama soalan dia?


TIGA PERKARA 
ANDA SUKA
TENTANG 
KEKASIH 
ANDA.

first skali aku tak tau motip aku bold kan kekasih tu. 
aku takde kekasih, so apa yang nak suka sangat kan.
tapi kalau aku ada sorang kekasih aku suka kalau beliau...

1- belanja aku tengok setiap cite baru keluar kat panggung. pastu lebih molek kalau belikan aku satu large popcorn sekali dengan air mineral jenama spritzer. *air gas menggemukkan.

2- bagi aku hadiah mahal-mahal setiap kali ulang bulan atau ulang tahun kapel. hadiah tu surprise tapi elok lah kalau aku yang tetapkan apa yang aku nak. minie cooper sebijik ke, set bilik tidur ke, pakej percutian untuk aku sorang ke. 

3- bagi elaun tiap bulan kat aku. elaun sara diri lah cite dia ni. aku tak kisah sangat lah berapa nak bagi tapi aku lagi suka kalau mula dari tiga angka. nak bagi pat,lima,nam angka pun takdak hal ehh. lagi suka!

cuba teka apa masalah mamat ni. 

sebab tu sampai sekarang aku menjanda. janda ke? wah! sebab takde sorang pun yang aku rasa ada memenuhi ciri-ciri lover yang akan buat aku suka bila kapel dengan beliau. asal aku demand benda-benda kat atas dorang kata aku hanjenggggg. kenapa ntah. 

orang cina dan layang-layang

salam...

salah satu benda yang gemar aku nak buat bila takde keje tengok history channel kat 555 astro. sebab aku rasa kalau kita ni tak tengok benda-benda gitu, bila ada satu-satu isu, kita tak boleh la nak menyalak sangat. tak,tak. aku tak menyalak. yang tak tau mende buat tau segala tu yang menyalak. so, dengan tengok rancangan gitu, aku ada la sikit ilmu. sikit la..


ohhhh! baru aku tau banyak benda yang orang cina jadi inventor nye. macam GPS. GPS! tau? bukan GAY PORN SITE. global positioning system okay pandai-pandai sekalian. orang cina masa dinasti Ming antara yang terawal buat tour keliling dunia. jauh lagi awal dari Christopher Columbus. op cos jauh-jauh lagi-lagi awai dari azhar mansor.


layang-layang!


*captured by me. location:washington DC.

jangan nak seronott sangat buat layang-layang pakai plastik sampah, kertas surat kabo segala. ambik tau sikit dari mana wujud nya permainan yang kononnya tradisional sangat lah kat salah satu negeri kat malaysia ni.

orang cina yang cipta layang-layang ni sejak zaman tok kaduk dulu. fungsi dia nak hantar mesej pi kat tuhan. ha'ahh. style! fungsi kedua, macam jadi spy zaman perang-perang dulu. layang-layang diterbangkan ke belah kubu pihak lawan. bila pihak lawan nampak layang-layang ni, dorang mesti ingat UFO ke ape. dorang panah lah kan? so, orang-orang cina ni boleh tau lah berapa jauh kedudukan pihak lawan dari kubu tu then dorang korek ikot bawah tanah. see.. kretip bukan.

sebab tu lah orang-orang cina pi mana pun dorang mampu survive. kat mana takde pekan cina or china town? kat jepun ada, thailand ada, San Francisco pun ada. merata! tapi ada tak kita orang melayu ni belajar sesuatu dari kaum yang boleh dikata berjaya n maju ni?

kata orang melayu zaman sekarang :

APA ADA PADA BANGSA.
YANG PENTING AGAMA.

oii pandai! agama sendiri suruh kita tolong menolong sesama insan gitu. tapi MELAYU sekarang gila punya berkira kalau fahaman politik tak sama. cina? ada korang nampak DAP gaduh dengan puak MCA? nehiii. nehiiii. takdak mangkuk ayun oii.

tapi melayu ada jugak bersatu padu aku tengok. semangat bersatu padu tu still kuat. bulat air kerana pembentung bulat melayu kerana kuih donat. HA'AHHH!

ni orang melayu tengah bersatu.
yang melukut di tepi gantang tu tengah buat 
persembahan silat. 

ni lagi. muka serius je masing-masing.
takpe. yang penting melayu dan islam itu bersatu selamanya.

kadang-kadang melayu bosan ber'satu'.
dia nak ber'dua' pulak.
alahhh..sweetnye melayu dua ekoq ni. pi makan dedak.

aku tak tau pesal ramai sangat melayu nak tunjuk betapa melayu nya dia berbanding orang lain dan betapa islamnya dia berbanding islam lain. mana pi semangat bersatu padu sesama melayu? pala hotak korang bangsa tak penting. yang cakap tu sebab ada agenda sendiri nak memecahbelahkan melayu.

bangsa cina bukan semuanya buddha, bukan semuanya kristian, bukan semuanya toisme. tapi kalau dah namanya sesama cina, apa fahaman politik pun dorang tolong habis-habisan. selalu tak korang pegi shopping mall tokey cina nak pekerja cina je? tapi ada tak korang penah tengok melayu barisan nasional buat kenduri melayu PAS tak mau gotong royong or worse tak datang makan terus? sama jugak kalau orang PAS buat kenduri orang BN ada yang buat dekk.

tepuk dada tanya pungkok hangpa lah. tak payah kira bangsa tapi kenapa nak bergaduh sesama manusia? nak gaduh? jadi la hanjing ke, kucing ke. bercakar lah korang sesama sendiri. nak jadi transformers pun okay sebab robot bodoh ni pun gaduh sebab KUASA. 

ambik lah iktibar dengan kejayaan orang cina. kita selalu cakap cina kaya. cina pandai meniaga. cina itu cina ini. so, stop lah bergadoh atas jalanan. berbaik-baik lah sesama kita. tolong sesama bangsa secara tak langsung tolong sesama agama. no fight fight ya people. senyum sokmo dehh.


p/s : entri ini entri serius.

Tuesday 12 July 2011

cabaran sepuluh hari #7

salam....

haihaihaii.. dah tujuh hari dah syok sendiri. best la aktiviti ni. boleh meningkatkan tahap keyakinan diri n kuatkan daya ingatan. 


apa lagi soalan tarap STPM yang ada? nak jawab ni jap lagi mesti pengawas exam nak usha-usha kertas jawapan aku. feeling pemeriksa. tampaq mau?


EMPAT PERKARA YANG ANDA 
BENCI
TENTANG
KEKASIH 
ANDA.

isshhh. susah la nak jawab soalan ni. aku dah la jujur,telus, adil dan cekap. ni soalan bawak gaduh ni. tapi..tapi..tapi.....

SELAMAT AKU TAKDE KEKASIH.
SO, CASE CLOSE. 
BABAI.

tak payah buat muka tekejut gitu la mat aku takde kekasih.
aku tau aku hot.
tapi nak buat macam mana. 
bukan rezeki dorang mendapatkan aku.
pi makan pedigree pi. syuhh.

cabaran sepuluh hari #6

salam....

gila cabaran yang ni aku lewat sehari. mesti peminat-peminat setia aku marah. takpe peminat, jangan kecewa. ni hadiah untuk korang yang penat menyokong jatuh bangun aku dalam industri ni. PHEEEWITT.


jadah soalan harini? waiter! question pelisss. 


LIMA ORANG PALING BERMAKNA DALAM HIDUP ANDA

cegampang tak kalau aku jawab gini. TAKDE SAPE!
uiii.. bedebah sangat ni. 

pemenang tempat pertama.
family lah op cos. family tu menyeluruh. toknek, makcik pokcik, sepupu sepapat. tapi ikut hierarki gitu lah. macam sultan, pembesar, kuli batak. paling tinggi mesti lah mak ayah adik beradik. yang lain-lain tu penting jugak. kalau takde toknek macam mana mak ayah nak ada kan? semua ada perkaitan, so semua lah pemenang tiada pengalah. vince AF cakap camni. aku tak cakap.

pemenang tempat kedua.
pencuri hati. dia penting lah sebab dia dah curi hati aku. kalau tak letak dia sebagai pemenang, buat dia blender hati aku, hati ayam ke aku nak taruk balik? so, pencuri hati. you penting jugak lahhh. suka tak suka tak?

pemenang tempat ketiga.
sahabat handai zaman sekolah. alah, sahabat aku ada dua orang je pun zaman sekolah. ehhh, make it three lah. kalau takde dieorang ni ntah apa jadi dengan aku sekarang. mesti jadi ketupat. orang yang baik deserve sahabat yang baik-baik. =)

pemenang tempat keempat. 
seorang budak debab dan kawan beliau. penting jugak ni. kawan sepermainan kat U. takde dua bibik aku ni, memang sunyi lah campus life den. (bibik.haha.korang panah lah aku bila jumpa sem depan okay. akak rela.) lagipun dieorang paham minat aku. aku peminat gusti tapi kat U takde TV. selalu main wrestling depan aku. rasa nak je join sekaki dan tangan. =D

tempat terakhir. (tak panggil pemenang dah)
chill lah sape yang berada di tangga tercorot ni. sumpah aku tak suruh kau tarik beg kau balik rumah. jawapan aku TAKDE SAPE. orang tak femes macam aku tak ramai kenalan. so, tak boleh nak kata ada sape penting sangat dalam hidup aku yang tak seberapa ni. nak jadi pengalah tempat kelima? ambik borang kat kaunter touch n go berhampiran. TQ.

kenapa suka sangat ni heli. you tak menang pun.

Monday 11 July 2011

cabaran sepuluh hari #5

salam...

hari kelima. soalan kelima. saya PUTAR halim!


ENAM PERKARA YANG ANDA 
TAK MAHU ULANGI

sejarah mungkin berulangggg... walau engkau ku mahapkan oh kekaseyyy. *selamat pengantin baru abang tomok. semoga kekal sengau. wahaha. gurau kasar. semoga kekal ke akhirnya...amin!

SUMPAH MELETOP BINI KAU.

UN.
yang ni aku paling taknak ulang! terlalu jujur mengisi borang PTPTN. hampehh. dalam hidup baru aku tau kalau jujur bukan semua benda akan jadi senang. sebab terlalu jujur la aku menganga sambil air liur menitik-nitik kat ATM masa membe-membe ambik duit PT tiap sem. HAZABBB.
*tapi.. nanti korang pulak menganga air liur menitik-nitik masa hutang aku habis jauh lagi cepat dari korang. HAHA.

DOS.
taknak bawak basikal laju-laju sampai jatuh longkang yang nyebabkan gigi aku patah sebelum waktu. pastu gigi aku jadi overloaded besar punya. kawan aku kata gigi kuda. terima kasih kawan-kawan. korang memang sweet menyamakan aku dengan menatang. tocey tocey.
*dengan gigi besar ni nanti satu hari aku akan cipta nama kat holiwud okeh. jadi super biggy teeth. SUPERHERO oi. aku kokak kepala korang sorang-sorang.

tiada gambar gigi yang bersesuaian dengan gigi aku.

TRES.
taknak study last minit bila nak exam. ni..ni..ni.. azam setiap kali habis exam. tapi serious lah taknak ulang dah. last minit cari buku nak fotostat, cari slide, tak tido, takde masa nak makan, stress dalam bilik air bawah air pancut, minum nescafe bertin-tin.. tabiat ni taknak ulang dah. *tunggu sem depan  olyn.
*tapi dengan study last minit ni result taknak lah shit sangat. okay okay je. tapi maybe kalau study tak last minit result boleh menyaingi amalina 38A SPM tu kan.

CUATRO.
taknak tunjuk skill masak aku kat umi aku dah. baru masak ikan masak kicap sikit je beliau dah assume aku boleh masak macam jaapar onn! penyudah? aku jadi tukang masak tetap kat rumah bila beliau kerja. tahniah kepada aku. menu esok? belacan kukus.
*tapi aku dapat buat duit sebab umi bagi upah masak. tak banyak pun tapi ada la jugak pitih cuti-cuti ni. lagipun tersenarai masuk jaguh kampung. kelasss kan?

CINCO.
lalu depan kedai tonik dokte rozmey sebelum makan. tiap kali aku lalu sebelum pegi makan aku akan alami masalah kemurungan pastu muntah-muntah dan cirit yang terlampau. effect? aku tak sempat makan apa aku nak makan malah dikejarkan ke hospital swasta berhampiran.
*tiada apa untuk dikata.

SEIS.
terserempak dengan linda onn tapi tak tak tegur dia. shit. kawan lama kot. boleh aku nampak dia kat satu pasaraya terkemuka kat utara tanah air (jitra mall) aku tak tegur dia. dia memang tak tegur aku sebab tak perasan dengan perubahan aku yang makin segak ni. linda, lagi sekali aku nampak ko, aku mesti ajak ko pekena teh secewenn.
*kalau aku tegur dia mesti dia heboh-heboh dalam radio esoknye tu. nasib le tak pegi tepuk bahu dia cakap hai.

aku takde banyak benda yang aku taknak ulang sebab aku rasa takde banyak benda teruk aku buat sampai tak boleh nak ulang lagi. setakat patah gigi, ulang 3,4 kali lagi pun okay. everything happened for a reason. 
tak buat, tak tau. so, takde apa yang aku regret sebab penah buat. tapi ada sikit-sikit hal je aku taknak ulang macam nampak kawan lama tapi tak tegur. sorry linda. aku janji tak buek lagi. hikkk.


p/s : gambaq tomok aku ambik kat laman web rasmi era. ye! era yang hanya memainkan muzik hangat masa kini tu. macam lagu ah...ahh.. ahhhhmad. 

Saturday 9 July 2011

cabaran sepuluh hari #4

salam....

cabaran dah masuk hari ke ompek! gaya cakap macam survivor punya orang kan. macam ada bunyi mengah-mengah sikit, bisik-bisik sikit sebab taknak bagi peserta lain dengar, dalam gelap.. bajet kau olyn. 


TUJUH PERKARA YANG TERLINTAS DI FIKIRAN ANDA.

1- pesal aku dah spray baygon nyamuk-nyamuk ni tak gone gone jugak. kalau aku katak dah lama aku ngap sekor-sekor. makan besar aku malam ni. tapi darah manis aku ni pulak jadi santapan yam cha nyamuk-nyamuk ni. shittt.

2- aku dah spray nyamuk-nyamuk ni lagi sekali. tapi aku lupa air kokakola aku ada kat sini. agak-agak aku minum mabuk laut tak? nyamuk tak settle aku yang settle japgi. ahhh!! minum je lah kot dapat transform jadi keluang man.

3- kenapa monitor kompiter semua petak ek. takde yang bulat ke, membujur sirih ke. aku nak jadi inventor monitor kompiter baru lah. nak buat bentuk love. mesti mat-mat jiwang banyak nak beli untuk awek dieorang. motip nak beli monitor je?????



4- kenapa aku pulun nak pikir apa yang tengah aku pikir ek. 

5- lepas berchatting dengan membe aku, aku terpikir kenapa kadang-kadang ada orang tak deserve apa yang dieorang dapat? luck ke? tuhan nak tolong ke? kadang-kadang orang keje kuat macam kerbau tak dapat apa dieorang nak tapi orang yang ambik benda sambil lewa, chill doplopatjam, tidoq tak kira masa, dapat senang-senang je. timkaiyaaa??

6- kenapa budak-budak fesbuk suka buat tulisan biru-biru tu? style ek? ke trend? ke rasa best? nak terai jugak lah. tulisan biru yang tulis. apa bangangnya awak ni.

7- bersih dah ke bandaraya kolumpo ketika ini? hakhakhak tuuuiiiii!


cabaran sepuluh hari #3

salam...

yaw! hari ketiga. bapak lah konsisten tak hengat. lambat hapdet sebab bizi gilak dengan BERSIH kan jamban tadi. syiok lah BERSIH kan jamban tu. banyak kuman-kuman jijik yang aku godam dan pump masuk lobang. babai kuman. jangan datang lagi dan jadi parasit kat manusia okeh!


LAPAN CARA UNTUK MEMENANGI HATI ANDA.

hakk.. geli pulak den dengan soalan camni. 

WAHID.
jangan sesekali cuba nak bagi aku impressed dengan cerita yang konon kau tu dulu sorang makhluk tuhan paling jahat. dulu kau la yakuza melayu paling digeruni, kau penah hentak orang pakai helmet dolphin 2nd hand kau. kejahatan kau tiada tandingan. plisss. jangan nak buat aku kagum sangat dengan dengar cite dongeng kau yang tak masuk akal okey.

ISNAIN.
tak payah nak hebohkan kat orang kau suka kat aku. tak perlu lah panggil melodi, fuh, ryan seacrest, faizal ismail. tak payah. cukup lah kau je tau kau suka aku. cukup lah aku je faham. jangan lah nak buat banner bagai. *sungguh bajet artis.

SALASA.
jangan jadi hipokrit. kalau kau tak suka kat hayley williams, sebab aku suka, kau tak payah lah datang jumpa aku hari-hari pakai baju muka dia. sila berdiri teguh gitu kat atas pendirian kau. tak suka, tak suka lah. tak payah la nak berlakon ala filem cuti-cuti cinta gitu. aku suka orang yang ada pendirian sendiri. bukan apa aku suka, tibe kau nak suka jugak. kau suka ramlah ram, ramlah ram lah. tak payah tibe nak upgrade tibe jadi fanatik dengan lady gagah pulak.

ARBA'AH.
tak payah meninggi diri. fuh, cakap nak A aje! tak perlu okay. tak payah cite pasal kakak kau belajar kat trinidad & tobago, abang kau keje kat north pole, ayah kau peguam bela anwar ibrahim, adik laki kau artis indie. tak perlu kot nak cite brapa duit simpanan kau dalam bank, berapa gaji kau tiap bulan. pegi cite je kat hanjing laut yang maybe berminat lebih dari aku.

KHAMSAH.
jangan nak meleleh sangat. aku tau lah kau nak ambik hati aku. tapi tak payah cakap pun nak meleleh bajet-bajet manja gitu. tak payah nak tulis mesej macam ni,

caye windu awak ahh.lame ite tak jumpew. lebiu. mwahmwah.. (pastu buat icon love banyak-banyak sampai tak muat inbox aku.)

orang macam ni bak kata kawan aku macam orang takde gigi becakap. apa masalah 'w' kat setiap hujung pekataan?? apew.katnew.kitew. PODAHH! *laki ke pompuan ke ada je yang tulis mesej gini. yeh.

SITAH.
hormat pandangan aku. okay, aku tau lah kau kelulusan harvard. tapi boleh tak dengar pendapat aku n respect sikit? tak payah nak debate dengan aku sebab nak kata pendapat kau je best. kau ada otak, kau ingat aku takde pulak? 

SAB'AH.
jangan suruh aku pakai couple SHIT shirt. pakai kaler sama aku boleh go lagi. jangan suruh aku pakai baju sebijik debik dengan kau boleh? macam kau bawak baju kau pegi kedai photostat pastu suruh tokey tu photostat atas kain kosong yang kau beli. then, suruh aku pakai. tak gemor teman.

SAMANIAH.
tunjuk sifat matang. aku memang tak berapa nak matang maybe. tapi bukan dalam segala hal. ada sesetengah je macam berebut remote kontrol nak tukar channel cartoon network, emo bila kalah lawan tekken dengan adik aku yang darjah 5 tu, teringin amat sangat nak main tikam even dah 22 tahun. benda-benda simple camni je. tapi tolong lah jangan tunjuk perangai tak matang kau bila sampai ke part yang perlukan perbicangan berpasangan gitu. orang nak bincang kau nak kepala angin, angin lintang, angin ahmar segala.. you may leave, thank u.

*ada orang pijak cincin tikam aku. =(