Wednesday 8 August 2012

belum ambil PMR tak halang perkahwinan

assalamualaikum...

mengekek aku baca pasal budak 16 tahun ngan 14 tahun tu kawen. tak baik la nak gelak. jodoh. kan! tapi yang lakinya tak ambik SPM lagi, yang bininya tak ambik PMR lagi. well.. ramai je yang komen kat youtube tu aku tengok siap post ayat-ayat quran, dalil dalil, hadis bagai. ada la komen kata Nabi Muhammad SAW kawen dengan Aisyah masa Aisyah umur 6 tahun.
oh! begitu. keperibadian Nabi jarang nak ikut. tapi bab bekawen, yang tak cukup solat pun pandai beno cakapnya.

well, masing masing ada lah pandangan masing masing. ada yang kata gatai, merela, getik.. pandangan orang lah tu. ada jugak yang setuju. katanya jodoh tu milik Allah. tapi, bukan ke syarat kawen dalam islam tu katanya BERKEMAMPUAN. kalau SPM pun tak mandang lagi, macam mana nak dikatakan mampu nak bagi sang isteri tercinta nafkah zahir? batin toksah cerita lah.. haruslah mampu.

baguslah bagi pasangan sejoli yang kawen ni. dapat elakkan maksiat. tak gitu? tapi kalau difikirkan, masa depan dalam pelajaran tu still jauh. memang lah ada suara suara yang akan kata kawen tak menghalang belajar. tapi, kalau dalam umur 14 tahun, kalau termengandung, dah kena tangguh belajar pulak. nak nak kalau mabuk, muntah muntah. larat lah plastik beli buah nak sangkut tepi meja kat sekolah.

tapi mari lah kita tengok dari positif side nya. kawen tu dapat lah nak elakkan dari benda benda tak elok jadi. dah kawen tu, semangat nak teruskan pejuangan dalam pelajaran tu mungkin makin membuak buak. pegi sekolah ada isteri siapkan sarapan, balik sekolah suami pulak tunggu isteri penuh pasrah di birai pintu. mungkin dua merpati sejoli ni akan dapat kejayaan dunia akhirat sama-sama. insyaallah.

well, ada positif dan negatif nya disebalik semua ni. nak jadikan benda tu baik ke buruk diri kita sendiri. contoh, kalau ada tanah kat blakang rumah. tanah tu jadi tanah terbiar yang sia sia kalau tak diusahakan. jadi semak, silap silap mati kena patuk tedung yang dah berkampung dalam semak tu. tapi kalau tanah tu ditanam barang sepokok dua pokok buah buahan macam ciku ke, apple ke, kiwi ke, kan dapat untung dan bawak kebaikan untuk jiran tetangga yang boleh jolok buah buah yang ada dari rumah masing masing. jadi, kesimpulannya, pandai pandai lah dua orang ni jaga rumah tangga tu sama sama so that tak jadi benda sia sia yang pernah dibuat dalam hidup. semoga bebahagia adik adik. =)



Saturday 4 August 2012

Tenggelam timbul

assalamualaikum

kata orang untung sabut timbul untung batu tenggelam. so, tenggelam timbul nya diri ini dalam dunia blogging (ececehhh) diharapnya dapatlah untung sabut. kadang-kadang memang nak aktif menulis tapi bizi sangat sangat. 

sedar tak sedar dah 16 hari pun berpuasa. pesal skema sangat nih.. pejam celik pejam celik dah 2 minggu. wahwah wah chan. terawih dapat sehari je. =(
selalu terterap di atas lantai dalam keadaan muka tersembam kebawah lepas bebuka. koje, penat. insyaallah akan ditingkatkan tahap kualiti berpuasa tahun ni. bersama dengan tersayang.

dua hari lepas aku ronda ronda kotaraya jitra usha usha baju raya. ye lah, nak raya ni bukan boleh main hentam keromo je nak beli baju. kena survey dulu sebab selalu dah jadi baju design yang sama tapi 'rege' lain lain. pegi tempat ni, katanya harga runtuh lah, harga potong habis lah, harga kona baring lah. pegi tempat lain, harga super duper lagi murah. so, nak beli dan blah nak raya ni kalau ada kerajinan dan sedikit tenaga dalaman, baik jalan jalan survey dulu.

dan tips nak shopping nak raya kalau baju kurung, baju kebarung, kebaya moden, kebaya nyonya, baju melayu ke, baik cari kat bazar dari butik. sebab? baju kat bazar pun cun cun dah sekarang ni. baju perempuan bermanik manik yang boleh butakan mata okay. baju melayu pun bukan kain kosong dah sekarang. ada jalur jalur gemilang, ada bintang bintang. dan yang syoknya shopping kat bazar, boleh tawar menawar. kan manis tak baik untuk kesihatan. so, kita tawar lah 'rege' sampai turun 30% paling kurang. kehkehkeh.

tapi yang tak syoknya beli kat bazar, takde fitting room. untuk kaum perempuan tu, mesti nak terai terai dulu baju. nak terai depan cermin besar, pusing badan dua tiga kali sambil tangan letak kat pinggang.. terai catwalk dulu, baru decide nak beli ke tak. tu pun dah lepas puas terai, dah catwalk sampai lenjun baju tu, tak jadi jugak ambik. kalau lelaki senang je. kadang tak cuba cuba kat badan pun. agak agak warna dah ngam, sangkut atas bahu, pegi kat kaunter, bayar. settle. 

so, good luck melayu melayu sekalian dalam bershopping baju raya. elak lah shopping di malam raya yang kononnya nak tunggu harga murah. takut menangis air mata darah tak berbaju baru je. selamat berpuasa. =)

Tuesday 13 March 2012

Review : BUNOHan

salam....

well well well. kaki wayang macam aku, cakap je apa filem baru masuk panggung mesti aku terkedek-kedek pegi tengok. tengah aku melayan blog-blog minggu lepas, kemain sebok smua orang pasal filem bunohan ni. 


kata adibah noor : "belajarlah dan tontonlah bunohan."


in case korang tak tau aku ni kuat belajar orangnya. belajo bio sampai ke negara china katanya! so, aku dan gang-gang dan si dia pegi panggung berdekatan untuk menyahut seruan adibah noor untuk belajar.


well.. banyak yang kami belajar. antaranya:
- menaiktaraf pengetahuan kami pasal bahasa kelantan.. ooopps!kelate dehh.
- macam mana nak terlena sebentar tanpa ketinggalan jalan cerita dan tak teraba-raba bila terjaga.
- belajar erti maksud tersirat dan terselit yang dah lama ditinggalkan lepas form 5 dulu. 


ini komen aku. filem-filem ni ada banyak genre. seram, komedi romantik dan banyak lah lagi. filem ni aku kelas kan bawah genre orang nak berehat-rehat dan bersantai-bantai tak boleh tengok. tahap dia tinggi. tahap uwei haji shaari, tahap m.nasir, tahap samad said. yang biasa layan tahap ahmad idham je, tahap zizan rajalawak, tahap razak moheden memang tak mungkin akan duduk dalam panggung sampai habis.


aku tak boleh bagi filem ni 5 bintang sebab aku memang agak bosan mulanya. but at least aku tak keluar dari panggung atau tido. antara yang bagi pujian kat filem ni termasuklah KJ dan Nurul Izzah. bukan izzah ombak rindu okay. izzah anak anwar berahim nun.


kata KJ : 
" bunohan was excellent. deep metaphors, great dialogue and accomplished cinematography. def not hantu bonceng genre. msian cinematic art."



kahkahh. i cant agree more. memang bukan genre hantu bonceng yang asyik ulang cakap "apa celop apa celop apa celop." dah kenapa? terencat? manusia lain yang memuji cerita ni redza minhat, melisa saila... tengoklah yang puji nya pun orang-orang teater. jadi, jangan lah banyak bunyi kalau orang tak kuat darah seni macam aku ni tak paham sangat idea cerita ni. tunggu poziah nawi ngan eli suriati je tak kluarkan pujian lagi.



 bila nengokkan pada poster matian aku ingat ni filem tomoi gitu. aku baca sinopsis pun ada pasal tomoi. so, expectation aku nak tengok scene gado gado ni lebih la. tapi meleset bila leboh banyak scene bercakap, berjalan dari kereta ke kubur, dan membelek tengkorak.
tapi aku tak nafikan filem ni memang bawak kelainan dalam dunia filem malaysia walaupun filem macam ni dah pernah ada macam filem JOGHO. tapi, jarang penerbit nak keluarkan filem begini. 

lanskap yang ada dalam filem ni memang menarik. tak macam filem melayu biasa yang berlatar belakang kan kereta beso belaka, kerusi empuk berspring dalam ofis, rambut sarang tebuan mak datin. filem ni tunjuk wajah sebenar pasal satu kampung. kampung ni pulak tak silap memang wujud kat belah tumpat, kelate. so, bukan cerita rekaan buta tuli.

filem ni mewakili malaysia ke toronto untuk festival filem dan dapat banyak pujian. tapi bagi yang tak dapat puji lebih macam aku mungkin sebab ni bukan genre kesukaan aku. aku lebih suka filem santai tapi bukan terlalu santai macam hantu bonceng atau ngangkung atau alamak toyol mahupun cuti-cuti cinta. aku suka filem yang berfikir sikit-sikit je macam baik punya cilok, sepi.. ye lah. ambik jurusan hal ehwal antarabangsa dah cukup buat aku penat, takkan masuk panggung pun nak pikir sarat dan berat ye tak.

satu lagi kredit untuk filem ni. filem ni dapat buktikan bukan rupa yang cantik dan badan yang tough je boleh jual satu satu filem. filem ni ada sorang je awek. tu pun pangkat makcik nama mek yah. ha, makcik tak makcik model siottt. yang lain muka biasa biasa je. tambah tambah yang bawak watak JOLOK. kahkah. tapi watak dia paling best. aku bagi jolok 5 bintang. 

tapi sekali lagi di ingatkan.. kalau nak tengok wayang untuk release tension sebab baru siap keje berat, siap asignment, nak rehat rehat, filem ni bukan pilihan yang tepat. sila jangan masuk wayang dengan letakkan mind set filem ahmad idham. filem ni memang berat. aku bagi 3 dari 5 bintang. sebab, bagi aku sesebuah filem yang aku tonton boleh bagi kepuasan tak kisahlah orang lain kata tak best. sebab tengok wayang bagi aku yang penting, aku enjoy. =)







Tuesday 28 February 2012

syarat bersosial di laman sosial

salam....

long time gila no hapdet blog. takde masa nak pegi CC. orang susah. takde laptop. takde komputer. kasihan bukan? 


petang-petang camni ingat nak pegi gym bina badan sikit. baru malek nor kann. tapi hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum. ini lah dilema awal semester. nak baca buku, still tak clear pasal topik-topik subjek baru. (alasan semata) nak buat asignment mana ada lecturer bagi lagi. (alasan lagiiii)


so, aku kodek-kodek lah FB kejap. bukak page orang ni, intai-intai. masuk group tertentu korek-korek lagi. yeeehhhaaaa.. seronoknya kerja stalker separuh masa ni. kelakar-kelakar ye orang-orang malaysia ni. tapi yang tidak tertahan, nak bersosial di laman sosial tapi ada pulak nak letak syarat bagai. tak payah lah letak terma dan syarat tu sangat. kalau rasa nak approve, kau click je confirm tu, kalau tak sila click not now plis. aku percaya takde sape hadap sangat nak berkawan dengan kamu.






dont snob or acting like a pig? kahkahkah. ayat maki taknak macam best je pulak. babi je kawan dengan babi dik. 
mutual friend must be 50 and above. e'elehhh. 


syarat macam budak ni buat orang rasa geli geli je nak add. nak tunjuk attitude ala-ala macho bodoh gitu. tak payah lah nak tulis macam macam sangat kat about me tu. nak bagitau warna kegemaran, fuckers do not add, tak suka penipu, tak suka orang makan sambil berjalan. tipu je semua tu. orang akan add kamu sebab 3 benda je. 


whether kamu kawan dia atau DP kamu terlalu hot sampai tak boleh elak dari click send friend request atau kamu di cadangkan oleh sape sape untuk di add untuk di jadikan BAHAN semasa masa senggang terutamanya di saat bosan nak pegi berjogging tapi hujan.


so, jangan tulis benda bukan bukan sampai nampak diri tu macam... HE'ELEHHHH budak ni. mark zukerberg tak paksa pun kamu kawan dengan semua yang add tu. ada option whether to accept or not. tak payah cerita banyak. muak. sekian..