Tuesday 13 March 2012

Review : BUNOHan

salam....

well well well. kaki wayang macam aku, cakap je apa filem baru masuk panggung mesti aku terkedek-kedek pegi tengok. tengah aku melayan blog-blog minggu lepas, kemain sebok smua orang pasal filem bunohan ni. 


kata adibah noor : "belajarlah dan tontonlah bunohan."


in case korang tak tau aku ni kuat belajar orangnya. belajo bio sampai ke negara china katanya! so, aku dan gang-gang dan si dia pegi panggung berdekatan untuk menyahut seruan adibah noor untuk belajar.


well.. banyak yang kami belajar. antaranya:
- menaiktaraf pengetahuan kami pasal bahasa kelantan.. ooopps!kelate dehh.
- macam mana nak terlena sebentar tanpa ketinggalan jalan cerita dan tak teraba-raba bila terjaga.
- belajar erti maksud tersirat dan terselit yang dah lama ditinggalkan lepas form 5 dulu. 


ini komen aku. filem-filem ni ada banyak genre. seram, komedi romantik dan banyak lah lagi. filem ni aku kelas kan bawah genre orang nak berehat-rehat dan bersantai-bantai tak boleh tengok. tahap dia tinggi. tahap uwei haji shaari, tahap m.nasir, tahap samad said. yang biasa layan tahap ahmad idham je, tahap zizan rajalawak, tahap razak moheden memang tak mungkin akan duduk dalam panggung sampai habis.


aku tak boleh bagi filem ni 5 bintang sebab aku memang agak bosan mulanya. but at least aku tak keluar dari panggung atau tido. antara yang bagi pujian kat filem ni termasuklah KJ dan Nurul Izzah. bukan izzah ombak rindu okay. izzah anak anwar berahim nun.


kata KJ : 
" bunohan was excellent. deep metaphors, great dialogue and accomplished cinematography. def not hantu bonceng genre. msian cinematic art."



kahkahh. i cant agree more. memang bukan genre hantu bonceng yang asyik ulang cakap "apa celop apa celop apa celop." dah kenapa? terencat? manusia lain yang memuji cerita ni redza minhat, melisa saila... tengoklah yang puji nya pun orang-orang teater. jadi, jangan lah banyak bunyi kalau orang tak kuat darah seni macam aku ni tak paham sangat idea cerita ni. tunggu poziah nawi ngan eli suriati je tak kluarkan pujian lagi.



 bila nengokkan pada poster matian aku ingat ni filem tomoi gitu. aku baca sinopsis pun ada pasal tomoi. so, expectation aku nak tengok scene gado gado ni lebih la. tapi meleset bila leboh banyak scene bercakap, berjalan dari kereta ke kubur, dan membelek tengkorak.
tapi aku tak nafikan filem ni memang bawak kelainan dalam dunia filem malaysia walaupun filem macam ni dah pernah ada macam filem JOGHO. tapi, jarang penerbit nak keluarkan filem begini. 

lanskap yang ada dalam filem ni memang menarik. tak macam filem melayu biasa yang berlatar belakang kan kereta beso belaka, kerusi empuk berspring dalam ofis, rambut sarang tebuan mak datin. filem ni tunjuk wajah sebenar pasal satu kampung. kampung ni pulak tak silap memang wujud kat belah tumpat, kelate. so, bukan cerita rekaan buta tuli.

filem ni mewakili malaysia ke toronto untuk festival filem dan dapat banyak pujian. tapi bagi yang tak dapat puji lebih macam aku mungkin sebab ni bukan genre kesukaan aku. aku lebih suka filem santai tapi bukan terlalu santai macam hantu bonceng atau ngangkung atau alamak toyol mahupun cuti-cuti cinta. aku suka filem yang berfikir sikit-sikit je macam baik punya cilok, sepi.. ye lah. ambik jurusan hal ehwal antarabangsa dah cukup buat aku penat, takkan masuk panggung pun nak pikir sarat dan berat ye tak.

satu lagi kredit untuk filem ni. filem ni dapat buktikan bukan rupa yang cantik dan badan yang tough je boleh jual satu satu filem. filem ni ada sorang je awek. tu pun pangkat makcik nama mek yah. ha, makcik tak makcik model siottt. yang lain muka biasa biasa je. tambah tambah yang bawak watak JOLOK. kahkah. tapi watak dia paling best. aku bagi jolok 5 bintang. 

tapi sekali lagi di ingatkan.. kalau nak tengok wayang untuk release tension sebab baru siap keje berat, siap asignment, nak rehat rehat, filem ni bukan pilihan yang tepat. sila jangan masuk wayang dengan letakkan mind set filem ahmad idham. filem ni memang berat. aku bagi 3 dari 5 bintang. sebab, bagi aku sesebuah filem yang aku tonton boleh bagi kepuasan tak kisahlah orang lain kata tak best. sebab tengok wayang bagi aku yang penting, aku enjoy. =)







No comments:

Post a Comment