Saturday 4 August 2012

Tenggelam timbul

assalamualaikum

kata orang untung sabut timbul untung batu tenggelam. so, tenggelam timbul nya diri ini dalam dunia blogging (ececehhh) diharapnya dapatlah untung sabut. kadang-kadang memang nak aktif menulis tapi bizi sangat sangat. 

sedar tak sedar dah 16 hari pun berpuasa. pesal skema sangat nih.. pejam celik pejam celik dah 2 minggu. wahwah wah chan. terawih dapat sehari je. =(
selalu terterap di atas lantai dalam keadaan muka tersembam kebawah lepas bebuka. koje, penat. insyaallah akan ditingkatkan tahap kualiti berpuasa tahun ni. bersama dengan tersayang.

dua hari lepas aku ronda ronda kotaraya jitra usha usha baju raya. ye lah, nak raya ni bukan boleh main hentam keromo je nak beli baju. kena survey dulu sebab selalu dah jadi baju design yang sama tapi 'rege' lain lain. pegi tempat ni, katanya harga runtuh lah, harga potong habis lah, harga kona baring lah. pegi tempat lain, harga super duper lagi murah. so, nak beli dan blah nak raya ni kalau ada kerajinan dan sedikit tenaga dalaman, baik jalan jalan survey dulu.

dan tips nak shopping nak raya kalau baju kurung, baju kebarung, kebaya moden, kebaya nyonya, baju melayu ke, baik cari kat bazar dari butik. sebab? baju kat bazar pun cun cun dah sekarang ni. baju perempuan bermanik manik yang boleh butakan mata okay. baju melayu pun bukan kain kosong dah sekarang. ada jalur jalur gemilang, ada bintang bintang. dan yang syoknya shopping kat bazar, boleh tawar menawar. kan manis tak baik untuk kesihatan. so, kita tawar lah 'rege' sampai turun 30% paling kurang. kehkehkeh.

tapi yang tak syoknya beli kat bazar, takde fitting room. untuk kaum perempuan tu, mesti nak terai terai dulu baju. nak terai depan cermin besar, pusing badan dua tiga kali sambil tangan letak kat pinggang.. terai catwalk dulu, baru decide nak beli ke tak. tu pun dah lepas puas terai, dah catwalk sampai lenjun baju tu, tak jadi jugak ambik. kalau lelaki senang je. kadang tak cuba cuba kat badan pun. agak agak warna dah ngam, sangkut atas bahu, pegi kat kaunter, bayar. settle. 

so, good luck melayu melayu sekalian dalam bershopping baju raya. elak lah shopping di malam raya yang kononnya nak tunggu harga murah. takut menangis air mata darah tak berbaju baru je. selamat berpuasa. =)

No comments:

Post a Comment