Sunday, 31 March 2013

April Fool dan Melayu

Assalamualaikum...

Ekceli aku dah lama gila tak hapdet blog ni. Rasa geli geli pun ada tiba tiba nak hapdet ni.
Korang tau tak kenapa tiba tiba aku nak hapdet? Ada dua sebab je kenapa tiba tiba aku akan menulis balik.

1) Aku bosan dan tiba tiba rasa macam menulis tu fun.
2) Aku ada rasa tak puas hati dan tak tau macam mana nak lepaskan.

Pendekkan cerita sebab hari dah malam, aku agak tak bersetuju dengan Melayu dan April Fool mereka.
Aku hapdet kat tuiter aku yang mesti akan ada orang post,share kata yang April Fool ni haram.
Ya,memang ada sejurus aku hapdet status berbunyi demikian. Beliau menRT tuit seorang ustaz fofular ini yang mengatakan April Fool itew hagham.

Tak puas RT beliau naik pula status yang mengatakan bahawa kita sepatutnya berfikir sebelum menulis tuit.
Hati kecil aku ni berkata, eh..dia perli aku ke acane ni?

Okay, ini penjelasan aku. Melayu sekalian.. 1st sekali kenapa April Fool itew haram? Ianya adalah sebab kita membodo bodo dan menipu orang pada tanggal 1 April ni. TAPI!!! Kenapa bila 1 April je semua orang sebok nak RT, share post bagai tentang tak baiknya menipu dan mengenakan orang ni? Why don't we remind ourselves and others everyday yang menipu dan prank orang ni memang tak baik.

Kenapa aku tulis bahasa rojak ni? Eh, sukati lahh. Boleh jugak korang faham. Kalau aku tulis BM campur dengan Bahasa Urdu camne? Bila aku marah memang aku tend to write/speak in English. Whoahhh. Geli!

Haaaa!!Berbalik pada topik. Rasulullah marah pada siapa yang menipu atas tujuan dijadikan hiburan kepada yang lain. Cuba kita fikir. Kadang kadang bila birthday membe membe, ada yang prank baling telur lah, air longkang lah, tepung cap sauh lah, grenade lah... macam-macam.

Tapi masa nak membaling tu adakah kita bagitahu kat membe kita tu? Eh, kau berdiri situ diam diam. Kitaorang nak baling benda benda jijik kat kau ni. Ada tak? Hell no!! Mesti ada sorang akan persuade si birthday boy/girl ni pergi satu satu tempat sebelum yang lain ni bukak langkah.

Aje tak menipu dan mengenakan gitew?? Tapi kenapa masa tarikh 1 April ni je orang ye ye sangat nak ingatkan, nak share itu ini, nak perli merli pulak tuit pasal prank and whatsoever nya? Bukan ke setiap hari kita tak patut menipu atau main mainkan orang? Kenapa bila sampai satu satu tarikh je ye ye sangat orang Melayu nak sentap?

Yang aku marahnya sangat sekarang sebab manusia yang seakan menyindir aku ni tadi tak faham dengan maksud aku. Bukan aku tak setuju dengan pengharaman tu. Tapi kenapa 31 Mac ni je kita kena ingatkan ketidakbaikan menipu dan mengenakan orang lain?

Tak kisahlah kalau ada sesiapa tak setuju dengan pandangan aku. Nama pun pandangan aku. So, aku pandang lah guna mata aku. Korang pandang lah dengan mata korang sendiri okay?

Sebenarnya aku nak merapu lagi panjang dari ni. Biar berpinar mata mengadap lappy. Tapi esok aku ada presentation dan aku group 1st. Jadi baik aku bawak mata aku ni berehat dan bercuti sebentar. Sekian.