Monday 11 July 2011

cabaran sepuluh hari #5

salam...

hari kelima. soalan kelima. saya PUTAR halim!


ENAM PERKARA YANG ANDA 
TAK MAHU ULANGI

sejarah mungkin berulangggg... walau engkau ku mahapkan oh kekaseyyy. *selamat pengantin baru abang tomok. semoga kekal sengau. wahaha. gurau kasar. semoga kekal ke akhirnya...amin!

SUMPAH MELETOP BINI KAU.

UN.
yang ni aku paling taknak ulang! terlalu jujur mengisi borang PTPTN. hampehh. dalam hidup baru aku tau kalau jujur bukan semua benda akan jadi senang. sebab terlalu jujur la aku menganga sambil air liur menitik-nitik kat ATM masa membe-membe ambik duit PT tiap sem. HAZABBB.
*tapi.. nanti korang pulak menganga air liur menitik-nitik masa hutang aku habis jauh lagi cepat dari korang. HAHA.

DOS.
taknak bawak basikal laju-laju sampai jatuh longkang yang nyebabkan gigi aku patah sebelum waktu. pastu gigi aku jadi overloaded besar punya. kawan aku kata gigi kuda. terima kasih kawan-kawan. korang memang sweet menyamakan aku dengan menatang. tocey tocey.
*dengan gigi besar ni nanti satu hari aku akan cipta nama kat holiwud okeh. jadi super biggy teeth. SUPERHERO oi. aku kokak kepala korang sorang-sorang.

tiada gambar gigi yang bersesuaian dengan gigi aku.

TRES.
taknak study last minit bila nak exam. ni..ni..ni.. azam setiap kali habis exam. tapi serious lah taknak ulang dah. last minit cari buku nak fotostat, cari slide, tak tido, takde masa nak makan, stress dalam bilik air bawah air pancut, minum nescafe bertin-tin.. tabiat ni taknak ulang dah. *tunggu sem depan  olyn.
*tapi dengan study last minit ni result taknak lah shit sangat. okay okay je. tapi maybe kalau study tak last minit result boleh menyaingi amalina 38A SPM tu kan.

CUATRO.
taknak tunjuk skill masak aku kat umi aku dah. baru masak ikan masak kicap sikit je beliau dah assume aku boleh masak macam jaapar onn! penyudah? aku jadi tukang masak tetap kat rumah bila beliau kerja. tahniah kepada aku. menu esok? belacan kukus.
*tapi aku dapat buat duit sebab umi bagi upah masak. tak banyak pun tapi ada la jugak pitih cuti-cuti ni. lagipun tersenarai masuk jaguh kampung. kelasss kan?

CINCO.
lalu depan kedai tonik dokte rozmey sebelum makan. tiap kali aku lalu sebelum pegi makan aku akan alami masalah kemurungan pastu muntah-muntah dan cirit yang terlampau. effect? aku tak sempat makan apa aku nak makan malah dikejarkan ke hospital swasta berhampiran.
*tiada apa untuk dikata.

SEIS.
terserempak dengan linda onn tapi tak tak tegur dia. shit. kawan lama kot. boleh aku nampak dia kat satu pasaraya terkemuka kat utara tanah air (jitra mall) aku tak tegur dia. dia memang tak tegur aku sebab tak perasan dengan perubahan aku yang makin segak ni. linda, lagi sekali aku nampak ko, aku mesti ajak ko pekena teh secewenn.
*kalau aku tegur dia mesti dia heboh-heboh dalam radio esoknye tu. nasib le tak pegi tepuk bahu dia cakap hai.

aku takde banyak benda yang aku taknak ulang sebab aku rasa takde banyak benda teruk aku buat sampai tak boleh nak ulang lagi. setakat patah gigi, ulang 3,4 kali lagi pun okay. everything happened for a reason. 
tak buat, tak tau. so, takde apa yang aku regret sebab penah buat. tapi ada sikit-sikit hal je aku taknak ulang macam nampak kawan lama tapi tak tegur. sorry linda. aku janji tak buek lagi. hikkk.


p/s : gambaq tomok aku ambik kat laman web rasmi era. ye! era yang hanya memainkan muzik hangat masa kini tu. macam lagu ah...ahh.. ahhhhmad. 

No comments:

Post a Comment