Thursday, 21 July 2011

jom kuruskan badan

salam....

sape gemuk angkat tangan? *tu pun kalau larat. wahaha.
mati aku kena bicycle kick dengan orang-orang gemuk. relax la BOB. gurau je. laga perut sikit. yeahh!


biasa tak tengok iklan-iklan nak menguruskan orang gemuk? biasa tak jumpa dalam paper hari minggu, atas wiper kereta, dalam post box. bersungguh-sungguh kan bisnes punya orang nak bantu orang gemuk? sanggup print beribu helai nak bagi si gemuk tengok. print kaler lagi you! 


apa ada atas paper kaler-kaler tu? 


GAMBAR BEFORE AND AFTER.
before. gemuk, kusut masai, rambut macam rosli mohalim, pakai baju 3x ganda besar dari badan yang kadang-kadang buat orang tertanya dia yang besar ke baju yang besar, kalau melayu bertudung labuh sampai paras lutut.


after? kurus, kemas, cantik, segak, rambut dah rebonding baik punya kalah akhil hay, baju seketat-ketat yang mampu (takde corset tau kak), yang betudung masa gemuk tadi tibe dah kurus freehair. aku syak takde tudung size dia lepas dah kurus.


wajib ada gambar intai anu sendiri.

porahhhhh. intai anu sendiri.

wadepak lah iklan gini. yang lagi syok masa gemuk muka lain dah kurus muka lain. masa gemuk melayu, dah kurus cina. agak lah nak tipu pun. ingat orang gemuk takde otak ke?


GAMBAR ARTIS FEMES MASA KINI.
aah.. kau nak ambik zena zen, era pazera, emi mastora, wardinah. yang memang body mantop tahap dewa 19. walhal takde pun dorang guna produk kau. podahh. 


tapi ni strategi perniagaan. yang kena jadi cerdik sikit orang yang nak kurus la kan. artes-artes tu nasik pun tak jamah, makan epal hijau je. epal hijau! bukan laptop epal. korang yang nak kurus ni, nasik..nasik jugak. karang mee lagi. malam sikit stimbot. supper tekedarah roti nan pulak. 


hampun lah kau nak kurus gitu. artes-artes tu pun kalau kau bagi dorang lahap macam korang, dorang pun jadi rupe korang jugak. 


TESTISmoni
"dulu saya habis jutaan ringgit untuk kurus. habis tanah kat kampung 3 relung saya jual untuk dapatkan duit rawatan kurus badan. tak cukup jual 'rete bende', saya jual diri saya. mujur lah laku. tapi, sejak saya jumpa produk tamiterimporutden ni, saya tak lagi gusar. berat badan saya turun 30 kilo dengan hanya tempoh satu malam. suami saya bangun pagi, nyaris dia tak kenal isteri sendiri sebab dah kurus. mujur lah bau mulut saya di waktu pagi tetap sama. dia kenal jugak saya akhirnya. terima kasih tamiterimporutden."


phuuuiii. kalau kau tadah minum je apa jenis susu kurus badan tapi exercise takde, mana mau jalan. silap-silap sebab susu badan makin mengembang segar. padan muka! masalah orang kita. liat nak exercise. tapi nak kurus. mana ada benda yang mudah makcik-makcik, kakak-kakak.


rajin-rajin lah exercise. jaga lah pemakanan. tak payah pegi selimwel segala. insyaallah kurus lah korang hendaknya. rajin-rajin jugak google petua kuruskan badan. duit tak buang-buang, badan kurus, boleh intai anu sendiri.


p/s : macam yang selalu aku kata kat pencuri hati. biar lah badan macam mana pun.. kurus ke gemuk ke. janji sihat. dia pun senyum girang. =)

No comments:

Post a Comment