Wednesday, 6 July 2011

cabaran sepuluh hari katanya

salam....

cabaran sepuluh hari. *korang boleh guna suara doraemon nak perkenalkan alat baru beliau.


cabaran ni aku ambik kat blog member aku. cik, saya ambik ye. nanti saya bagi royalty berbentuk gula-gula kapas okay. 
begini. satu hari satu soalan. apa soalannya? RAHSIA. tapi soalan untuk hari ini.

10 PERKARA TENTANG DIRI ANDA.

satu : nampak macam rock-rock, tapi unit beruniform masa zaman sekolah rendah PUTERI ISLAM oii. aku lah yang paling PUTERI sekali dalam tu. *sumpah bosan.

dua : naik sekolah menengah dah simpan cita-cita nak jadi politician. kaki tido dalam kelas nak jadi politician weh. tapi alhamdulillah, pengajian hal ehwal antarabangsa ni membukak jalan aku ke arah cita-cita tak sempoi itu.

tiga : suka sangat dengan bidang fotografi. tapi sebab kekangan kewangan gitu, mampu beli kamera ala kadar je. sape ada kamera nak derma kat aku? 

empat : pandai masak walaupun benci tolong orang masak. *dah tercalon masuk rancangan jaguh kampung.

lima : suka simpan duit seringgit satu hari. aku panggil ini pelan kewangan teguh. tapi lepas seminggu 7 ringgit tu habis aku buat beli topup.

enam : suka kekemasan. tapi 1 tempat yang memang payah nak kemas. ALMARI BAJU. almari baju aku sejak azali memang tunggang tunggeng.

tujuh : tak sukakan warna kuning. yawww. nak bagi aku muntah bila aku loya tunjuk something yang besar yang warna kuning pekat. nauzubillah. teruknya rasa.

lapan : penggila kucing. kucing tak gilakan aku ke? sape yang membuli kucing depan mata aku, oh man! u're messing with the wrong guy. aku lah sang wira!


sembilan : suka pakai spenda kaler kelabu. nampak hot even aku je tau apa kaler spenda aku.

sepuluh : tak suka semak balik jawapan masa exam. yang aku tau, bila dah bulat or tulis itu lah yang muktamad. habis jawab aku nak keluar main yoyo sementara bebudak lain pulun jawab kemas-kemas. 

DONE!

No comments:

Post a Comment