Wednesday 13 July 2011

orang cina dan layang-layang

salam...

salah satu benda yang gemar aku nak buat bila takde keje tengok history channel kat 555 astro. sebab aku rasa kalau kita ni tak tengok benda-benda gitu, bila ada satu-satu isu, kita tak boleh la nak menyalak sangat. tak,tak. aku tak menyalak. yang tak tau mende buat tau segala tu yang menyalak. so, dengan tengok rancangan gitu, aku ada la sikit ilmu. sikit la..


ohhhh! baru aku tau banyak benda yang orang cina jadi inventor nye. macam GPS. GPS! tau? bukan GAY PORN SITE. global positioning system okay pandai-pandai sekalian. orang cina masa dinasti Ming antara yang terawal buat tour keliling dunia. jauh lagi awal dari Christopher Columbus. op cos jauh-jauh lagi-lagi awai dari azhar mansor.


layang-layang!


*captured by me. location:washington DC.

jangan nak seronott sangat buat layang-layang pakai plastik sampah, kertas surat kabo segala. ambik tau sikit dari mana wujud nya permainan yang kononnya tradisional sangat lah kat salah satu negeri kat malaysia ni.

orang cina yang cipta layang-layang ni sejak zaman tok kaduk dulu. fungsi dia nak hantar mesej pi kat tuhan. ha'ahh. style! fungsi kedua, macam jadi spy zaman perang-perang dulu. layang-layang diterbangkan ke belah kubu pihak lawan. bila pihak lawan nampak layang-layang ni, dorang mesti ingat UFO ke ape. dorang panah lah kan? so, orang-orang cina ni boleh tau lah berapa jauh kedudukan pihak lawan dari kubu tu then dorang korek ikot bawah tanah. see.. kretip bukan.

sebab tu lah orang-orang cina pi mana pun dorang mampu survive. kat mana takde pekan cina or china town? kat jepun ada, thailand ada, San Francisco pun ada. merata! tapi ada tak kita orang melayu ni belajar sesuatu dari kaum yang boleh dikata berjaya n maju ni?

kata orang melayu zaman sekarang :

APA ADA PADA BANGSA.
YANG PENTING AGAMA.

oii pandai! agama sendiri suruh kita tolong menolong sesama insan gitu. tapi MELAYU sekarang gila punya berkira kalau fahaman politik tak sama. cina? ada korang nampak DAP gaduh dengan puak MCA? nehiii. nehiiii. takdak mangkuk ayun oii.

tapi melayu ada jugak bersatu padu aku tengok. semangat bersatu padu tu still kuat. bulat air kerana pembentung bulat melayu kerana kuih donat. HA'AHHH!

ni orang melayu tengah bersatu.
yang melukut di tepi gantang tu tengah buat 
persembahan silat. 

ni lagi. muka serius je masing-masing.
takpe. yang penting melayu dan islam itu bersatu selamanya.

kadang-kadang melayu bosan ber'satu'.
dia nak ber'dua' pulak.
alahhh..sweetnye melayu dua ekoq ni. pi makan dedak.

aku tak tau pesal ramai sangat melayu nak tunjuk betapa melayu nya dia berbanding orang lain dan betapa islamnya dia berbanding islam lain. mana pi semangat bersatu padu sesama melayu? pala hotak korang bangsa tak penting. yang cakap tu sebab ada agenda sendiri nak memecahbelahkan melayu.

bangsa cina bukan semuanya buddha, bukan semuanya kristian, bukan semuanya toisme. tapi kalau dah namanya sesama cina, apa fahaman politik pun dorang tolong habis-habisan. selalu tak korang pegi shopping mall tokey cina nak pekerja cina je? tapi ada tak korang penah tengok melayu barisan nasional buat kenduri melayu PAS tak mau gotong royong or worse tak datang makan terus? sama jugak kalau orang PAS buat kenduri orang BN ada yang buat dekk.

tepuk dada tanya pungkok hangpa lah. tak payah kira bangsa tapi kenapa nak bergaduh sesama manusia? nak gaduh? jadi la hanjing ke, kucing ke. bercakar lah korang sesama sendiri. nak jadi transformers pun okay sebab robot bodoh ni pun gaduh sebab KUASA. 

ambik lah iktibar dengan kejayaan orang cina. kita selalu cakap cina kaya. cina pandai meniaga. cina itu cina ini. so, stop lah bergadoh atas jalanan. berbaik-baik lah sesama kita. tolong sesama bangsa secara tak langsung tolong sesama agama. no fight fight ya people. senyum sokmo dehh.


p/s : entri ini entri serius.

No comments:

Post a Comment