Wednesday, 13 July 2011

trend yang trendy

salam....

dah pukul 2 pagi tak boleh tido mula lah pikir apa nak bahan pepagi buta macam ni. kenapa pagi buta? malam buta? kenapa bukan celik atau rabun ayam? orang melayu suka kan nak letak suka-suka macam-macam pekataan. tengah hari rembang, subuh sepi'i.


nenek moyang la ni tinggal kan vocab canggih manggih kat cucu cicit. 


weh, korang ingat tak trend-trend yang ada masa korang muda remaja. aku tak tau lah trend yang ada masa azroy gila-gila remaja punya zaman kan. apatah lah lagi zaman azura. surrender i. tak tau. tapi masa zaman aku form1,form 2..


trend berpakaian la. tak pun orang pekan panggil dress up. up lah sangat! antara trend yang aku ingat. 


- trend hiphop-
pehhhh!! ini ini ini trend yang paling disukai ramai kat sekolah aku dulu. semua nak jadi eminem. ada eminem nak jadi korang? kat beg sekolah WAJIB ada button eminem. tak eminem pun rappers-rappers fofular la macam too phat, nelly, (siap ada yang tiru plaster kat muka nelly.rasa nak tumbuk je biar berbalut terus.) puff daddy/PDD, zizan rajataklawak.


*nampak plaster itu adik-adik?


ciri-ciri budak-budak hiphop lah sangat ni. seluar besar, poket labuh sampai lutut, baju besar pinjam baju abah, topi senget sama macam otak tu, bawah topi ada kain yang dipanggil 'key'.


pastu ciri perangai dorang ni suka menggelabah tak kira masa, suka tiba-tiba nak menari break dance kat tengah khalayak, gaya cakap nak rap jugak. aku rap pale kau baru tau.


- trend skinhead-
ini trend yang paling aku lemas. nak je aku bantai budak-budak bajet skinhead ni. yang syok tahap asparagus, dorang ni siap ada knowledge. jadah knowledge aku tak paham. tapi knowledge ni korang kena paham la skin ni ada terbahagi kepada berapa group. skin SHARP lah, skin NAZI lah. sory kalau aku silap. aku bukan budak skinhead so tak berapa nak arif sangat pasal subjek dorang ni.


ciri-ciri budak skinhead.. nama lagi skinhead dah tentu kepala dogoi. kepala botak tapi bukan botak licin. botak ada rambut sikit-sikit ala banduan gitu. pastu seluar kecik gila punya kat bawah kaki tu. kira kau jerut terus lah kaki kau senang. then baju kecik atas pinggang, kasut high cut, ikat ketat kaw kaw.


ciri perangai budak-budak kurang kasih sayang belaian manja ni, kaki gaduh, suka bergerak dalam kumpulan yang ramai pastu sape-sape usha pelik kena bantai ramai-ramai. ciri yang paling menakjubkan, takde kat kumpulan lain, budak skinhead MAKAN SAMPAH. tak elok mebuang-buang ye dak? biar la budak-budak ni settle kan.


- trend indie-
indie ni trend tak berapa lama tapi tak berapa baru jugak la. trend ni femes masa aku baru kat lower six. indie ni sebenarnya muzik, nak kata genre pun bukan. tapi band yang bergerak tanpa label. sendiri tanggung sendiri gitu kot. tapi budak-budak kita ni kan kretif tahap lemang. so, dorang cipta satu trend.


"kau budak apa?aku budak indie." 
apa bangangnye awak ni. 


ciri-ciri budak indie ni korang mesti kenal dengan gaya rambut yang ala-ala menutup mata, semak serabai, skinny jeans, baju gambar band.


perangai dorang ni okay okay je. takde tak senonoh pun tapi suka bangga bangga dengan kawan-kawan kalau pegi gigs. pastu kadang-kadang kat port gig tu nak bergaduh bertumbuk segala. bukan semua tapi ada la sebahagian. kau tengok konsert ke bertinju mat??


err...hai heli. *pintal-pintal rambut.

-trend shuffle-
"balak kau shuffler.omaigad omaigaddd. hot stuff dowh."
walhal balak kau boleh buat yang 2 step shuffle tu je. depan blakang depan blakang. pastu pusing topi. piraahhhh.


trend shuffle muffle ni masa aku lower six jugak. dalam kelas budak prempuan ber shuffle. okay okay. talented nye kau! kenapa tak masuk amaricas got talent?? sah sah kau menang tanpa pertikaian lagi. 


ciri-ciri budak shuffle ni takde dress up tertentu sangat. tapi bila nak bershuffle tu dorang pakai seluar kilat-kilat yang glow in the dark gitu kan, pastu pakai topi sebab nak pusing-pusing kan nanti so that nampak bapak stylo gila.


nak cakap pasal attitude dorang, sama macam hoppers lah sangat tu. suka nak bukak step menari-nari macam orang kena sampuk saka jentayu kat tengah-tangah alam. aku sepak ponggong baru tau. tapi tak semua shuffler poyo tahap lembu betina. ada yang dah bawak nama malaysia gi keluar negara pun. 


ni lagi satu trend. budak skaters lah sangat.
tak larat nak tulis panjang ala-ala esei STPM.
budak skaters la sangat ni tak pandai main skateboard pun
tapi wajib pakai kasut besa gajah jenama DC, ES, VANS etc.

p/s : pakai lah apa korang nak pakai, nak join group apa pun. gang skinhead ke, gang bas sekolah ke. jangan susahkan mak bapak sudayy. dan jangan rasa korang on top of the world sangat lah boleh?

No comments:

Post a Comment