Sunday 17 July 2011

bola boli dan orang kita

salam....

sape tengok bola? sila angkat bebola tangan anda. yeahhh.. dari eifel tower ni aku boleh nampak lebih ramai perempuan yang angkat tangan dari lelaki.
*aku kat paris. ada fashion week. sesaje jalan sebab kawan-kawan dah bising nape lama tak turun sini. sebab tu aku agak lama tak hapdet blog.


ni lah member aku dok tunggu aku kat airport. 
naya aku kalau tak datang.
garang kan kawan sekolah agama rakyat aku ni?
dulu main kad tepuk asyik kalah je.


kenapa banyak perempuan yang tengok bola ni? ohhh..ini lah sebabnya.


pecah kaca pecah gelas.
gambar pecah jangan marah. ahah!


masa aku nak fly datang sini malaysia baru nak match dengan ARSENAL. arsenal. ye! kelab inggeris tu. bukan team kampung pisang FC datang pakai jersi arsenal. sape menang? EXPECTED! MALAYSIA...


tak menang.

tapi... aku tak lah nak menganjing team kita. tak menang takpe lah. arsenal tu. 1st sekali kita dah kalah dari segi body. player kita body kit kancil . player arsenal makan babi keju. mesti lah body lagi besar. menang piala AFF suzuki itu hari pun dah banyak tanah dapat kat depa. sat lagi menang dengan arsenal, takde tanah dah tinggal untuk orang lain. hikkkk.

tapi.. orang-orang kita ni aku tak faham lah. pesal, why, timkaiya nak kena support team luar melebih-lebih? tak percaya??

JERSI.
masa team kita lawan dengan arsenal, liverpool, jersi mana lagi banyak orang pakai pegi stadium?? tipu..tipu.. bukan kuning hitam. tipu dosa mati seksa ooo. siap bawak banner segala. memang tak salah, tapi bawak masalah. bila player kita tengok situasi cenggitu, tak kecik ke hati mereka dan keluarga mereka? secara tak langsung menggangu konsentrasi. tu kalah tu... tengok je la iklan bebal kat astro tu. makcik tua main timbang bola. makcik, pegi timbang berat makcik lagi bagus.

SORAKAN.
cuba masa team lawan dapat bola semua penyokong senyap macam malaikat lalu gitu. tak boleh ek? melampau ek? okay,okay..jangan baling tempoyak kat aku. tapi perlu lah arsenal dah sumbat bola masuk gawang semua penyokong nak sorak siap pompom girl sekali? kecik lagi hati player kita. dah lah bola dah bolos, team lawan kena sorak pulak. kesian.. kesian..

KRITIKAN.
cuba kalau malaysia menang dengan arsenal haritu.. apa kata orang malaysia? bukan semua, tapi ada..

"elehhh..arsenal kasik can je."
"gol pun gol nasib je tu."
"rasuah lah tu. laknat barisan nasional."*tibe!
"arsenal tak turunkan kesebelasan utama,boleh lah menang."

FCUK lah u oll. tapi kalau kalah? cakap macam mana pulak?

"dah agak dah.bazir je beli tiket je."
"sampai kiamat pun takkan dapat kalahkan team luar."
"ini gaya nak main world cup?lupa kan lah."

cuba yang bercakap tu kita letak ganti safiq rahim, ganti muslim ahmad, ganti khalid jamlus. menang ke? boleh kau nak jadi macam devid bekem pulak? david arumugam belum tentu kau boleh. so, kalah ke menang ke adat lah. ukur lah baju team kita kat badan korang. yang korang bebal ambik baju ukur kat badan torres tu buat apa?

aku support je malaysia lawan dengan sape pun. even sesetengah perlawanan nampak mustahil pulak nak menang, tapi aku lahir kat malaysia. bukan kat liverpool. tak payah nak arsenal, liverpool or chelsea sangat lah. minat boleh tapi dah lawan dengan team kita sendiri tak payah nak bajet england sangat boleh? ada orang england pakai jersi kelantan? ada orang liverpool pakai jersi perak FC? duhhh!

nah!ambik kaki sekali dengan air limbah ni.

p/s : kalau tak tengok bola tu jangan tunjuk pandai boleh? macam reti mengalahkan rajagopal. biase biase sudah..

1 comment:

  1. dna x tgk bola...haha..tetbe kn..ngeee~ =p

    ReplyDelete