Saturday 9 July 2011

cabaran sepuluh hari #3

salam...

yaw! hari ketiga. bapak lah konsisten tak hengat. lambat hapdet sebab bizi gilak dengan BERSIH kan jamban tadi. syiok lah BERSIH kan jamban tu. banyak kuman-kuman jijik yang aku godam dan pump masuk lobang. babai kuman. jangan datang lagi dan jadi parasit kat manusia okeh!


LAPAN CARA UNTUK MEMENANGI HATI ANDA.

hakk.. geli pulak den dengan soalan camni. 

WAHID.
jangan sesekali cuba nak bagi aku impressed dengan cerita yang konon kau tu dulu sorang makhluk tuhan paling jahat. dulu kau la yakuza melayu paling digeruni, kau penah hentak orang pakai helmet dolphin 2nd hand kau. kejahatan kau tiada tandingan. plisss. jangan nak buat aku kagum sangat dengan dengar cite dongeng kau yang tak masuk akal okey.

ISNAIN.
tak payah nak hebohkan kat orang kau suka kat aku. tak perlu lah panggil melodi, fuh, ryan seacrest, faizal ismail. tak payah. cukup lah kau je tau kau suka aku. cukup lah aku je faham. jangan lah nak buat banner bagai. *sungguh bajet artis.

SALASA.
jangan jadi hipokrit. kalau kau tak suka kat hayley williams, sebab aku suka, kau tak payah lah datang jumpa aku hari-hari pakai baju muka dia. sila berdiri teguh gitu kat atas pendirian kau. tak suka, tak suka lah. tak payah la nak berlakon ala filem cuti-cuti cinta gitu. aku suka orang yang ada pendirian sendiri. bukan apa aku suka, tibe kau nak suka jugak. kau suka ramlah ram, ramlah ram lah. tak payah tibe nak upgrade tibe jadi fanatik dengan lady gagah pulak.

ARBA'AH.
tak payah meninggi diri. fuh, cakap nak A aje! tak perlu okay. tak payah cite pasal kakak kau belajar kat trinidad & tobago, abang kau keje kat north pole, ayah kau peguam bela anwar ibrahim, adik laki kau artis indie. tak perlu kot nak cite brapa duit simpanan kau dalam bank, berapa gaji kau tiap bulan. pegi cite je kat hanjing laut yang maybe berminat lebih dari aku.

KHAMSAH.
jangan nak meleleh sangat. aku tau lah kau nak ambik hati aku. tapi tak payah cakap pun nak meleleh bajet-bajet manja gitu. tak payah nak tulis mesej macam ni,

caye windu awak ahh.lame ite tak jumpew. lebiu. mwahmwah.. (pastu buat icon love banyak-banyak sampai tak muat inbox aku.)

orang macam ni bak kata kawan aku macam orang takde gigi becakap. apa masalah 'w' kat setiap hujung pekataan?? apew.katnew.kitew. PODAHH! *laki ke pompuan ke ada je yang tulis mesej gini. yeh.

SITAH.
hormat pandangan aku. okay, aku tau lah kau kelulusan harvard. tapi boleh tak dengar pendapat aku n respect sikit? tak payah nak debate dengan aku sebab nak kata pendapat kau je best. kau ada otak, kau ingat aku takde pulak? 

SAB'AH.
jangan suruh aku pakai couple SHIT shirt. pakai kaler sama aku boleh go lagi. jangan suruh aku pakai baju sebijik debik dengan kau boleh? macam kau bawak baju kau pegi kedai photostat pastu suruh tokey tu photostat atas kain kosong yang kau beli. then, suruh aku pakai. tak gemor teman.

SAMANIAH.
tunjuk sifat matang. aku memang tak berapa nak matang maybe. tapi bukan dalam segala hal. ada sesetengah je macam berebut remote kontrol nak tukar channel cartoon network, emo bila kalah lawan tekken dengan adik aku yang darjah 5 tu, teringin amat sangat nak main tikam even dah 22 tahun. benda-benda simple camni je. tapi tolong lah jangan tunjuk perangai tak matang kau bila sampai ke part yang perlukan perbicangan berpasangan gitu. orang nak bincang kau nak kepala angin, angin lintang, angin ahmar segala.. you may leave, thank u.

*ada orang pijak cincin tikam aku. =(


No comments:

Post a Comment