Thursday 7 July 2011

cabaran sepuluh hari #2

salam...

cabaran sepuluh hari edisi kedua. *yay!syok sendiri. suka aku lah.


9 perkara yang anda ingin nyatakan 
kepada 9 orang yang berbeza.

a lot to say to a lot of people. kadang-kadang banyak benda aku nak nyatakan kat ramai orang dalam hidup aku. kat sini aku ambik kesempatan nak nyatakan apa yang aku rasa. dengan sebaknya... aku mulakan.

ORANG PERTAMA.
orang tua aku : umi, ayah... tak nak cakap banyak sebab kita hari-hari pun kita dok besembang banyak dah. just nak cakap. bila nak bagi audi sebijik? apa lah sangat setakat audi kan umi, ayah? awal boleh je bagi kat si awan dania tu. *gosip semata.

ORANG KEDUA.
adik-beradik : hai adik-adik. nak mintak halalkan hutang beli topup, ice blended, kropok rota boleh? kita kan adik-beradik. nanti aku bawak korang naik audi mok aku okay.

ORANG KETIGA.
si pencuri hati : hello pencuri. nak cakap ni.. hati tu simpan la terus. tak payah pulangkan. buat macam hati sendiri. yang penting berhati-hati. =)



ORANG KEEMPAT.
sahabat baik dari form 1 : aiman mok. if kau terbaca apa kita tulis ni (blog akak kan femes sebaya ben ashaari gitu). kau lah kawan terbaik yang best gila lahanat yang boleh diajak panjat tembok sekolah. kawan macam kau ajak panjat tembok besar china pun takde hal kan? btw, butang baju bila nak ganti. haha. *gelak setan.

ORANG KELIMA.
dua kawan karib kat U : korang tau lah sape korang. aku suka tengok korang wrestling. ahaha. aksi terlarang 18PL aku tengok live depan mata. kelasss kau maria! TQVM sebab jadi kawan aku yang tak berapa canggih ni.

ORANG KEENAM.
yusop haslam : bang. cite si capik tu bila nak habis. dari baik ke jahat, dari cengkoi sikit ni dah malampau. agak-agak nak tunggu kaki capik stret balik ke? apa kata abang gabungkan je gerak khas, roda-roda KL, sembilu semua dalam cite si capik. warna warni aidilfitri sikit ye dok? hehhh!

ORANG KETUJUH.
dR.Rozmey : boleh tak kau pindahkan kedai tonik rambut kau kat tempat yang jauh dari pandangan aku. aku selalu mengigau malam-malam lepas lalu depan kedai tonik kau lah. dah dapat 40 juta, pindah lah pegi 'melbern'.

ORANG KELAPAN :
hayley williams : jadi tak nak makan mee rebus ramli dengan aku? =p

ORANG KESEMBILAN :
zizan rajakuranglawak : aku nak cakap, bagi aku kau langsung tak lawak. sekian, terima kasih.

gambar sekadar hiasan.

No comments:

Post a Comment