Friday 1 July 2011

say hello to goodbye

salam...

entri pertama untuk julai,2011. aku tak sangka aku mampu menulis sekonsisten ini. even takde ramai follower sebab aku tak rajin menjaja blog mahupun paksa orang untuk buat blogwalking kat blog aku then paksa pulak tekan butang follow. tapi, aku puas hati sebab aku boleh menulis secara konsisten. 


harini stori mori pasal ciri-ciri lover yang korang boleh cakap sayonara bebeh. 


adat duniawi lah. mula bercinta, time dok hangat ketiak, lover korang lah insan paling sempurna kan? takde cacat celanya. takde busuk de. hebat tiada batasan. come on bebeh. masa mula bercinta taik gigi kau kata coklat. tapi dah lama-lama mesti sikit sebanyak perangai busuk-busuk dia korang boleh nampak kan?


sila lah angkat ponggong korang dan blah if korang dah terhidu bau-bau ketum kat lover korang. time will kill the pain sayang. bila nak berangkat?


- mula tunjuk perangai baran.


omaigod. masa mula bercinta, korang tersimbah asid kat muka dia pun dia chill je.
"takpe. saya beli muka baru." katanya. 
lepas 3,4 tahun bersama, korang bercakap air liur terpercik kat muka sikit ala ayam percik pun dia dah menggila macam hanjing. silap sikit nak mengamuk, silap sikit nak meroyan, silap sikit nak tengking. apa hell ini macam?


sila lah blah dari sisi lover korang sebab belum lagi pape dia dah tunjuk yang dia baran. orang baran ni makan dia penampo je. korang takkan jumpa apa-apa yang best pada orang yang baran. kalau bertempat terima akal la. kalau keje nak marah doplohpatjam? 


"awak.. saya tak boleh keluar menggonjeng dengan awak harini. saya takde duit la. mak pak saya tak kangkang cop duit atas A4. lain hari lah kita keluar ye."
reaksi beliau, mengamuk, menganjing lantas bertukar menjadi bumblebee. so, apa tunggu lagi? ludah sikit pastu blah okay?






- mula tunjuk perangai pengikis.


masa mula bercinta, masa nak mengorat.. benda tak perlu pun nak beli kan. nak ajak keluar jogging bawak bunga. style? sikit-sikit bagi hadiah. nak makan mana pun sanggup nak tanggung.
"nak nissan fair lady 4 buah? okay. minggu depan saya hantar pakai fedex. haa.tulis alamat awak atas tisu ni." 


tapi bila dah agak nak berkulat sikit tempoh bercinta tu, dah mula tunjuk perangai yang dia ni type nya gillete. *pisau cukur.


asal makan, wallet lupa bawak. asal takde kredit mintak share kredit, asal tengok wayang, janji popcorn dia nak beli, korang support tiket wayang. tapi masuk wayang air mineral pun takde. asal karok, bowling, suruh dulukan duit korang. takde duit kecik katanya. kita kira lain nanti. ayat femes.


belum apa-apa korang dah kena jadi bank simpanan nasional dia, dah jadi ah long, dah jadi mesin ATM, baik korang blah. sebelum duit gaji korang licin di settle kan oleh beliau. sebelum korang di umumkan muflis, sebelum korang kena buat pinjaman peribadi kat bank rakyat.. baik korang get set go je.


- mula tunjuk perangai suka mengungkit.


dalam banyak-banyak, ini yang paling aku pantang. aku lah. orang lain, aku tak sure. mungkin ada yang suka lover jenis mengungkit. mengenang memori silam katanya. masa bagi, masa buat, katanya ikhlas dunia akhirat. bila bergado? bukan mengungkit, siap ada tokok tambah. novelis kan kau?


"awak ni memang tak kenal di untung. saya tanggung awak belajar kelas menjahit dulu, kelas memasak, kelas memandu. sekarang awak buat saya macam ni? ada ke patut mesej saya awak tak balas sebab awak tertido."


kalau dah bergado je keluar ayat "dulu saya......." korang bagi je buku lima kat muka beliau. tak cukup lima, bagi sepuluh. satu set kaki dan tangan. orang type begini bagi aku orang yang memang buat apa pun tak ikhlas. merungut sorang-sorang lain cerita. tapi bila depan korang pun merungut, itu bebal namanya.


- mula bercerita keburukan korang kat sahabat handai.


"korang tak tau.. awek/balak aku tu pengotor. aku jumpa spender dia dalam bonet kereta dia. dah berkulat kau. tak cukup tu, gigi dia ada kaviti." 


kalau ini lah pe'el lover korang, elok korang tikam, masukkan batu dalam badan dia, tenggelamkan kat sungai rajang. adat manusia la ada baik buruknya. tapi yang baik disimpan takde masalah la. tapi yang buruk nak dicanang cari masalah nama dia. 




- membezakan-bezakan korang dengan idola beliau.


SHIT! dia dah mula membezakan korang dengan sarah raisuddin, zila bakarin, noni AF. kadang-kadang dia bezakan korang ke peringkat international pulak. bezakan dengan megan fox, jessica alba, hayley williams. MATILAH!


even worst kalau dia bezakan korang dengan ex lover dia. 
"ex saya dulu tak pernah ikat rambut macam awak ni. dia selalu buat dandan. saya suka. nampak macam kanak-kanak ribena."


bila ini terjadi, korang pun siap sedia lah nak jadikan dia ex korang supaya dia free nak bezakan next lover dia dengan korang pulak. hello! kalau ex kau bagus sangat, kenapa kau tinggal dia? oh, tak! dia yang tinggal kau..okay! 


*hai heli. jom makan mee rebus ramli. =p


- mula perasan akulah MR. PERFECT!


apa korang buat semuanya tak kena. makan nasik lemak, tak barat katanya. macam dia. makan corney dog. pakai baju kurung, muslimah sangat katanya. tak macam kakak dia yang rugged asyik berskirt pendek. baca buku noktah cinta sarepah abu salem, tak style katanya. tak macam dia baca novel john gresham je. 


ada je apa yang korang buat dia kondem. ada je apa korang pakai, tengok, buat, nyanyi, tak kena kat mata dia. apa yang dia suka yang bagos. apa yang dia minat tu lah yang terbaik. orang macam ni, korang pegi dekat-dekat dia, tepuk je kepala tu bagi biol. 


kalau namanya lover, korang belajar lah apa yang dia minat. dia minat bola, aku tak kata korang kena masuk akedemi bola sepak pulak. tapi bila dia bercerita, buat lah paham. lover is another half of diri korang. saling melengkapi. kalau dah semua minat sama, dah macam orang takde pendirian pulak. be yourself but dont judge others. boleh?


KALAU AKU ADA LOVER JENIS DI ATAS.
HAI CIK LOVER. THIS IS FOR YOU BEBEH.
p/s : kalau dapat lover kuat mencarut bila bergado lagi style. boleh sedia kan gergaji elektrik nak kerat lidah beliau.

No comments:

Post a Comment