Friday, 27 May 2011

sikapmu biadap

salam....

petang tadi lepas pulangkan kunci bilik (sobsob..sruttt...) ----> bunyi air hidung meleleh akibat sedih yang teramat.. aku pegi area jitra 2. plan nak makan KEPSI. sampai depan kepsi, perut aku bisik.. dah muak makan ayam. so, aku pegi ke kedai sebelah kepsi.. resipi rahsia. secret recipe.

aku makan la kek je.. sebab perut pun tak lapa. nak makan yang ringan2 je.. (ringan tak ringan membolat jugak perot). masa aku masuk je pintu S.R tuh worker dia aku nampak duk soksek2 mulut tu sambil mata semua pandang ke arah aku ngan membe aku..

FINE!! kau nak mintak tandatangan artis baru harapan ni mintak je lah. tak payah nak soksek kat tepi kaunter. tapi takpe lah sebab situasi macam ni memang selalu kena kat aku. aku pi mana pun ada je mata nak pandang lain macam, soksek2, tunjuk2, last skali gelak ramai2. ada jugak suara2 jahat nak cakap.. " abang..burger bang."(walhal memang tau aku pompuan.) kau jual burger, tapi mulut taknak macam HARRRR pulak? memang tak lah aku nak menjamah burger kau.

dah crita pasal burger kan. okay. worker S.R tadi. aku dah makan sampai perut aku berbentuk sfera, aku nak lah bayar kan? takkan makan nak free walaupun aku ni artis jemputan kat S.R cawangan jitra tu kan. (*muntah dan pengsan)

aku pergi la kat kaunter.. plappluplapplup. (bunyi selipar)

"saya nak bayar." muka senyum..

"err.. saya dah kira sekali 1 table tu." muka dan nada kerek.

"ha...kenapa kira sekali?" muka heran. atas kepala ada 45 tanda soal..

"nape tak cakap awal-awal nak kira asing." suara agak keras dan muka separa senyum yang menyindir.

"eh..kan saya masuk lambat tadi. takkan kira sekali. nape tak tanya dulu. takpelah. roughly apa yang saya makan tadii berapa?" muka dah separa muka hantu kak limah.

"err...berapa ek?" tanya kat kawan dia yang tak berapa nak berguna kat sebelah kaunter.

"alahhhh...bayar la sekali.dapat bil nanti kira la balik ngan kawan tu." muka pandang cashier tapi ayat tak menahan tu nak tuju kat aku kan???

"urm.. lebih kurang RM7.55 satu kek. darab la ngan dua." muka cool.. ahli kumpulan kool muka tak cool macam kau!

aku terus blah. aku bagi membe aku RM15.

aku tak kesah lah kau nak mengata aku ngan worker lain. sebab kau memang dibayar kerja kat secret recipe tu untuk mengumpat cuntomer yang datang. kalau tak ngumpat gaji kena potong. tu aku paham.

tapi yang aku bengang, pesal aku nak bayar makanan aku kau nak kerek sangat? selama ni aku makan kat S.R lain, tak penah pun bil kira sekali kecuali lepas dah bertanya ada la insan2 yang agak berat dompetnya nak belanja, baru kira satu bil. then, aku dah tanya berapa makanan aku pun ada masalah jugak nak bagitau. muka taknak kerek habis pulak?

INILAH PERANGAI SEGELINTIR PEKERJA MELAYU!!

muka nak masam aje. ayat nak kerek aje. aku customer sengal. aku ada hak nak tau berapa harga makanan yang aku makan. lain kali, kalau jadi lagi macam ni, aku cadang nak suruh dia je bayar. potong gaji bulanan. padan muka kau kakak!

* awas kau pekerja secret recipe!
* lagi sekali kau buat hal, buat kerek...berbuih muka kau aku tembak
ngan pistol mainan ni.

p/s : secret recipe tu terletak kat blakang kedai slim badan dR.Rozmey a.k.a abang kaya raya 40 juta malaysia.haruslah angin dia yang merasuk jiwa kakak-kakak secret recipe tuh.

No comments:

Post a Comment