Tuesday, 31 May 2011

langkawi BEST! tapi....

salam....

dari 28-30 haribulan haritu aku ngan roomate aku dan lagi 2 orang hamba Allah ni pegi melepak dan membuang duit kat langkawi. memang SERONOT. sangat!

langkawi lokasi okay je la kalau nak pegi bercuti. but ada beberapa benda yang tak okay. bagi aku lah. bukan bagi semua orang sebab lain orang lain rasa. aku tak suka ayam penyet tapi ramai orang suka n kata sedap. macam tu lah perbandingan dia..

1- masalah cuaca. langkawi memang tempat yang maha panas. nauzubillah lah panasnye. kalau rasa2 memang dah bosan ngan warna kulit yang agak cerah, pegi la langkawi. sejam berjemur, kalau korang tweety bird, dah masak dah. sangat panas sampai otak aku tak buleh berfikir waras. around 12pm-5pm tu memang time yang tak seswai atau lebih senang cakap time hanya orang-orang tak tinggi IQ je nak turun laut.



2- masalah attitude. yelah, tak semua orang macam tu. tapi kebanyakkan orang yang aku berurusan pasal island hopping, nak sewa hotel, kedai buku dan kedai makan ada masalah attitude. tapi kredit patut aku bagi kat orang yang sewakan kereta kat langkawi. aku dapat iswara ngan harga RM70 je sehari. memang lah tak murah tapi aku pegi masa peak season. cuti sekolah + cuti sabtu ahad. so RM 70 sehari untuk iswara memang dah berbaloi-baloi. orang yang uruskan kereta sewa tu pun baik sangat2. bersabar ngan aku sebab minyak kereta habis kat pekan kuah. almaklumlah..bajet kan. minyak tak isi sebab dah nak pulangkan kereta. hihi..

yang lain, semua nak kerek aje. kakak yang uruskan island hopping aku call cakap kerek gile. salam tak begi terus letak fon. ciss! pemandu bot island hopping pulak diam je atas bot. takde la nak terangkan pasal pulau ke, nak sembang2 ke. muka taknak ketat pulak?? sombong bangat. orang kedai buku lagi best. aku usha2 buku kot ada buku yang aku berkenan. membe aku duduk kat kerusi dalam kedai tu. dah takde buku yang aku cari aku nak blah la. membe aku bangun tak sorongkan balik kerusi ke tempat asal. dia cakap macam ni.

" dah duduk tu tak reti nak sorong balik ke." muka macam binatang.

hello!! kau tu pekerja. buat cara nak kerja. keje kat kedai buku terpakai, jangan otak kau pun nak guna otak terpakai. dah la masa aku sibuk cari buku dia tak tanya langsung nak cari buku apa. duk sibuk main laptop. elok aku ambik laptop dia humban dalam pantai cenang tu je. peniaga2 kat langkawi yang aku jumpa rata2 sangat tak mesra rakyat, alam dan lain2.

3- masalah toilet. lepas pukul 9 malam camtu la, kalau nak melepak kat pantai cenang, tolonglah buang apa yang patut dulu. jadi macam kes aku, aku nak membuang, toilet takde. yang ada dah tutup. jengjengjeng.. muka dah biru, peluh seram dah keluar. toilet takde. sepatutnya tempat pelancongan gitu toilet awam kena ada lah. jangan la tutup awai pulak. ingat perut n pundi kencing ada timing ke nak melepas.. kalau maybe ada pun toilet, aku tak jumpa pun. tak nampak pun signboard tandas awam.. takkan tersorok toiletnya. nak pegi toilet kena main  hide and seek dulu ke?

4- masalah harga barang. sebenarnya ni bukan masalah sejagat pon. ni masalah aku sorang je. standard lah. student pegi bercuti mesti nak segala yang bajet2 je. kalau tak bajet memang bermastautin la kat langkawi tu nak balik pun tak berduit. aku makan lunch hari 1st sampai tu nasik secoet, (sikit sangat, 5x suap dah habis) ngan daging 4,5 ketul yang dihiris nipis nak mampus n telur mata kerbau. RM7-8 beb! woww. agaknya daging tu daging rusa, telur tu telur penyu, nasik tu beras taj mahal. makanan memang mahal. mee sup pun RM6. urm, mewah perut aku kat langkawi. 

5- masalah hotel. hari 1st tu kiteorg tidur kat ulu melaka. homestay pak ad nama dia. 1 malam RM60. okay la. takde aircon tapi tahap kebersihan 5 bintang. aku ingat malam kedua nak lanyak situ je tapi masa otw pegi langkawi, kat jeti ada manusia2 tak baik cakap ulu melaka tu jauh la, hutan banat la. untuk orang2 itu, KEPALA HOTAK HANGPA!! ulu melaka lagi dekat ngan semua tempat yang kiteorg nak pegi. ngan cenang pun tak jauh mana. ngan cable car, makam mahsuri, buffalo park.. Kuah yang jauh ngan semua tempat2 menarik itu ye. so, jangan lah percaya ngan agen2 yang ada kat jeti sebab dieorang sangat mencekik darah, potong kepala dan tak baik punya orang. kat langkawi island hopping RM 25 je. ngan agen2 lahanat ni RM 35 kiteorg dapat. tu pun dia kata bagi harga budak2. kalau tak RM40. F*cK lah. silap kiteorg sebab terlampau gopoh. =)

bilik hotel malam kedua : busuk! masuk bilik bau jamban orang baru lepas berak. bantal punya cover kotor dan buruk. tahap kebersihan 1 bintang. kelajuan air tandas lebih perlahan dari air mata erra fazira dalam filem pasrah. aku beli penyembur wangi GLADE sebotol pun bau toilet + bilik yang busuk tak hilang. semut hitam banyak. sampai merayap atas katil. terbaik lah untuk RM80 1 malam. ni semua salah agen penipu tu. tak jujur. aku cari korang kat padang mahsyar. (*terlampau marah)

yang lain-lain okay je. aku nak pegi lagi langkawi sebab nak mandi kat tasik dayang bunting. hehe.. seronok! terapung je ala-ala laut mati gitu. (*life jacket)
cable car pun seronok even mula-mula aku gayat sangat. pendek cerita langkawi best jugak la. =)

p/s: kumpul duit pegi bandung pulak. hihi..

No comments:

Post a Comment