Wednesday 25 May 2011

kenapa bukan form 6?

salam...

kenapa ramai orang taknak masuk form 6? perasan tak especially orang melayu sanggup masuk kolej yang tak diiktiraf semata-mata taknak pegi form 6. berlambak kawan-kawan aku jugak yang masuk kolej yang tak diiktiraf pastu tak dapat kerja. takkan dah ada diploma nak kerja promoter je. bukan la takleh nak kerja promoter, tapi belajar tinggi sebab nak kerja yang bayaran setimpal ngan kelulusan kan..

ramai orang-orang melayu taknak masuk form 6. pesal?

- kena pakai baju sekolah balik. gila! membe2 tengok tak rock la kan. habes je SPM baju sekolah dah bako. tak bako, mesti suruh kawan2 sain kat baju. penoh macam2 kaler ada. konon meraikan la lepas SPM dah tak payah pakai baju sekolah. sekali tak dapat kemana nak pakai balik baju sekolah memang tak lah kan? kalo baju sekolah tu buleh gelak, dia dah gelak dah. "tu lah. haritu eksen." katanya.

- mentaliti orang melayu, masuk form 6 ni orang2 tak cemerlang SPM. sape kantoi SPM je masuk form 6. perasan tak kalau orang bertanya camni. "milah..kau buek apo skang. takkan dok rumah yo? ke nolong apak kau gi noreh gotah? hikhikhik..."
jawab milah.. "poie tingkatan 6 AJO." *muka ketat.
kenapa kalo orang yang pegi form 6 kena ada perkataan JE kat blakang ayat. macam remeh sangat plak form 6 ni. timkaiyaa???

- mentaliti jugak kata form 6 ni susah. deyyy. mula-mula remeh2kan form 6. tapi ramai yang taknak masuk sebab kata form 6 susah tahap cipan. pengalaman aku sendiri.

"kamu buat apa olyn skarang ni." sambil mengupas kuaci..

"sambung blajar kat form 6." sambil buat muka hebat tiada batasan.

"FORM 6? kamu gile ke? nak pecah otak kamu? berani gile ambik form 6." kuaci yang tadinya digigit-gigit dah tersembur ke lantai.

"kenapa?" muka pelik gile sambil kutip kuaci.

"sape nak masuk form 6. susah gile. pastu dah kantoi, sangkut tak kemana." sambil sambung makan kuaci yang dikutip. ada sampah-sampah lain yang terlekat sekali.

"susah ke?kamu dulu masuk form 6 ye?" mencekak pinggang buat muka nak tau sangat.

"aah. tapi pegi 2 hari je masa orientasi. pastu tak pegi dah." sambil buat muka tak besalah.

tengok! see! lihatlah dunia! kau pegi form 6 pun masa hari pendaftaran, ikot celah mana kau tau form 6 tu susah sampai tahap pecah kepala? dushhh.

seriously form 6 memang best. kenapa kena masuk form 6?

- cikgu tak treat budak form 6 macam budak skolah menengah dah. takde marah2. takde jerit2. takde baling pemadam papan hitam bila besembang ngan kawan sebelah. cikgu aku siap cerita pasal makeup dia, baju dia beli katne. siap bebincang pasal isu semasa dunia fashion walhal dia mengajar pengajian statistik. puan JOT MAO TAN nama beliau.

- form 6 ni budak2 pandai je masuk. yelah. kata form 6 susah tahap pecah kepala. mesti lah budak2 pandai je survive kat form 6. so, nak terasa diri pandai join lah form 6 okay.

- sijil STPM tu setaraf dengan sijil A-Level yang dikeluarkan oleh cambridge. means, kalau pegi mana-mana seluruh dunia ni nak mintak keje, sijil STPM laku! walaupon kat england sekali pun. bukan nak kutuk matrik. tapi.... kalau sijil matrik dibawak mintak keje, tak laku apa ceq oiii. sebab budak matrik tak mungkin akan ada sijil matrik je sebab dorang akan sambung terus ke ijazah. kalau ada sijil matrik je takde ijazahnya, means kau kantoi kat matrik. hikhik.. tingkat gaji pemegang STPM pun lain dari pemegang SPM saje.

so, dari melepak kat rumah dan kononnya pegi form 6 tak hebat, tukaq lah mentaliti tu. try tengok dulu. aku blaja memang tak rajin, skolah selalu ponteng siap tido rumah roomate aku masa semua membe sebok blaja kat kelas, siap kautim ngan cikgu masa ambik report card. tapi ALHAMDULILAH la. aku tolak tepi malu, tolak tepi perkataan susah. skang aku dah lepas dari nightmare form 6. yabedabeduu...



FORM 6 ROX! ITS REALLY REALLY ROX!
perempuan paling kiri - tawaran nursing.
lelaki sebelah perempuan - sambung asasi kat universiti tempatan.
lelaki paling kanan - dapat M.A mohon kat SPA.
lelaki lagi satu - dapat diploma kat politeknik kos kimpalan.
ini lah pandangan member2 yang aku terima dulu. =)

p/s : tapi ada juga insan yang amat supportive masa aku down belajar kat form 6. ayah, umi, terima kasih.
dan jugak bestie aku, aiman nadira. hari2 dia akan ulang ayat yang sama. takpe. lepas form terus gi    ijazah.terima kasih sahabat. dia best student mascom. aumm. congratz babe. lagi satu. farah nuraishah. sentiasa mengejutkan pagi aku untuk gi sekolah.dan sampai ke harini dia lah orang yang mengejutkan aku hari2 untuk ke kuliah. roomate aku. ily olls. =)

No comments:

Post a Comment