Wednesday, 25 May 2011

Ketika Ini

salam...

sorang demi sorang dah blah dari hostel aku sekarang. sunyi gile. malam esok malam last aku tido dalam bilik ni. lepas ni raya ke 10 nanti pulak aku balik sini balik.

serius terasa sunyi tu. terasa kosong tu. sape tak penah ada feel stay satu tempat macam rumah sendiri pastu kena blah dari tempat tu kan. feel tu susah nak cakap. sedih sebenarnya. haihh..

bilik aku boleh dikatakan tak macam bilik orang lain. tak nampak macam bilik hostel sangat. bukan aku cakap. tapi kalau ada member datang bilik aku mesti dorang akan cakap. "wah, macam bilik kat rumah." heee. maka kembang lah hidungku.

bilik aku ada tikar getah penuh satu bilik. bilik orang lain takde tikar. kalau ada pun half room je. muat2 letak ponggong nak makan atas lantai je. bilik aku ada katil king size. hee. sebab aku gabung ngan roomate aku. sebab roomate aku soulmate aku. u're the best roomate! bilik aku ada gambar kat dinding. ada 1 gambar aku, 1 gambar roomate aku dan 1 gambar kami bedua yang diambil candid. we're holding hands. sweet. (feeling sorang2)

kat dinding kepala katil aku jugak ada satu gambar besar black and white budak kecik dua orang tgh kissing. kalau bapak aku masuk lah bilik aku ni tengok gambar tu, memang dia kata aku dah sesat la ni. dinding bilik aku pun tak kosong sebab selain gambar ada jugak corak2 kreatif hasil tangan kiteorang. corak bunga ada, corak music note ada. kalau pengetua masuk, memang dia kata bilik aku selalu buat party buih laaa...

bukan la nak perasan, tapi memang aku rasa homey sangat bila aku dok bilik ni. aku ngan roomate aku dok suap2 makan, dok tengok movie, bergaduh, bermesra, study pecah kepala. kenangan yang dah dua tahun. and just akan ada lagi setahun je untuk nak cipta kenangan lagi. (muntah dengan ayat tidak menahan sendiri). *jiwang!

bila jauh, kosong itu kosong yang tak pernah dirasakan. roomate, i love you. thanks for being there always. roomate aku memang the best. aku gaduh ngan ayah, dia la yang aku call dok nanges2. satgi aku kena saman, dia la dok tingtong duit saham ngan aku bayar saman. kihkih. padahal aku yang speed sorang2. bila bayar saman dia yang tak terlibat pun hulur sekali. roomate aku masak ikan bilis masak merah pun sedap. pandai beliau masak. (bodek)

korang nak dapat roomate macam ni?? takde dah. sebab ada satu je dalam dunia and aku dah dapat yang satu ni.

roomate, i'll be missing you. (gedik.padahal dok 1 ipoh je pun.)


gambar sekadar hiasan.


No comments:

Post a Comment