Monday, 26 December 2011

review filem: ombak rindu

salam....

hey semua manusia yang frust menonggeng nonggeng sebab tiket ombak rindu selalu habis. se rock-rock kapak bradah bertatoo pun layan ombak rindu yaw. nape tiket asyik full house je. aku rasa sebab:
  • yang menonton tu semua yang baca novel dia dah masa zaman sekolah menengah dulu. yang gagah gagah pun baca novel tau. macam bradah ni. MR.K .hehe.
  • pelakon yang mantop habes. aaron ajiz yang memang prempuan dari segala ceruk kampung, bandar, setinggan akan bematian nak tengok beliau ni. bukan prempuan je, yang jejantan pun tak kureng berlumba nak tengok. lisa surihani n maya karin, dah tentu jejantan semua sanggup tipu gf masing masing sebab nak feeling lebih masa menonton.
  • lagu OST yang boleh boleh lah. lagu tu sedap tapi aku ada masalah dgn suara adira yang agak garau. kadang kadang aku kompius hafiz ke adira yang tengah nyanyi.
  • propaganda jenis band wagon digunakan. semua orang sibuk pegi tengok, so why not me? jadi, cepat cepat pegi jitra mall cinema takut ketinggalan. 

okay.. sudah merapu itu. apa pandangan aku mengenai filem ni? boleh la. jauh lagi menghiburkan dari lagenda budak setan. jauh lagi tacing, jauh lagi best, jauh lagi puas hati dari filem setan tu. tapi kalau nak compare filem ni dengan filem SEPI, aku pilih sepi.

filem ni agak mengikut apa yang novel cerita. tak macam setan, skip here and there. buat aku macam... what the! filem ni sape tak baca novel pun paham. so, applause to the director. bijak susun scene and plot. 

kalau aku nak bagi bintang kat pelakon, aku bagi kat maya kering. sebab watak dia aku rasa memang agak bejaya buat penonton terseret ke dalam movie ni. even ada yang komplen rambut dia perang, slank tak berapa melayu dia.. tapi bagi aku berkesan nak nak lagi masa beliau kejar kereta abang hariz nya sampai terjatuh atas jalan. rasa nak sambut je. ecehhh. abang hariz pun watak not bad. ada lawak lawak sikit. lisa? bagi aku phailed! watak dia tak berapa menjadi. antagonis dia tu aku tak rasa. nak nak bila dia menjerit jerit dalam english dengan slank 'R' dia yang kiut tu, susah aku nak paham apa dia cakap. pastu dia suka buat sejenis muka. macam memanjangkan dagu kedepan. tiap kali dia buat, aku rasa nak gelak.

okay, overall aku kata filem ni best la jugak. tak mengecewakan. bro yang duduk sebelah aku pun nak asyik main henpon je bila part sedih sedih. takut ternangis le tu. 

apa yang kureng? haha. aku memang suka nak cerita pasal kekurangan. haha. gelak jahat!
  • first sekali kekurangan yang aku nampak kat perut julia zigler. gila babeng. lu pakai porchbag dalam baju ke kak? agak agak dah buncit tu demand la nak pakai baju tak ikut shape badan sangat. halah halah..
  • scene tengah enak berpeluk mesra tiba ada prempuan baru naik mandi manda kat pantai lalu kat blakang. phailed! potong tahap romantik yang tengah naik 110km/j tu. memang la tu bukan private island. tapi.... ntah! nampak cacat.
  • masa hariz eksiden, terbabas dengan lori, tibe ada ramai gila orang kampung datang serbu. walhal jalan tu macam takde ciri-ciri perkampungan pun ada kat tepi tepi tu. siap ada makcik bawak anak nak tengok eksiden tu. ke, lori yang terbabas tu tak bawak pasir tapi bawak orang? mungkin....
sementara ni, ni je yang dapat aku ingat. yang nampak terang sangat cacat cela nya. yang lain okay okay je la. dengan duration 2 jam, cerita ni tak buat aku rasa tertunggu tunggu bila nak habis. flow pun cantik. part yang aksi aksi ranjang, wa no komen lah. nak komplen pasal filem ni.. klip 3gp camne pulak? abuya bangang tu takde pulak nak bising. lagi maca  haghamjadah lucahnya. so, aku rasa sebab filem ni dapat berjuta, scene ranjang tu orang fokus lebih la. memang scene tu melampau, tapi apa nak buat. tak ranjang tak jual ye dak.

 mampu kau nak berpeluk kat pantai dengan anak cekup menutup keseluruhan dahi?

No comments:

Post a Comment