Friday 24 June 2011

mekdi dan anda

salam....

mekdi. mcdonald. sama. sekarang ni pegi mana pun ada je mekdi. perlis je takde mekdi. hikk. takpe. orang perlis jaga kesihatan gitu. aku dulu tak suka sangat makan mekdi. setahun ada lah sekali. tu pun lepas collect duit raya kat rumah jiran tetangga. mahal kau mekdi. nak makan burger semata 5,6 hengget..  tambang bas lagi. so, ada duit sama banyak dengan AC mizal baru aku pegi makan mekdi.


dulu lah. dah besar gini, duit poket simpan seminggu dah boleh tibai double cheese burger sebuah. so, kerap jugak lah pegi mekdi. tak muak pulak tu. benda nak ngabiskan duit aku payah pulak nak muak. 


tapi.. aku usha tak ramai pegi mekdi nak makan sangat pun. abih tu? diorang buek apo?
haa... ado beberapo kategori lah yo. orang yang poie mekdi ni.


kategori pertamo
datang online. okay lah. kau ada laptop, nak online kan? online laaaa.. ada aku kesah pulak? tapi apa korang rasa, korang datang penat-penat nak pelahap burger 7,8 ketoi, takde tempat duduk. korang datang pulak memang plan nak makan situ. sebab kalau bawak balik rumah, banyak mulut nak kongsi sekali.


tapi 3/4 meja yang ada semua bukak laptop layan pesbuk, dota online, skype dengan gepren, buat bisnes dan download movie? suka tak suka tak?? yang melayan laptop beli air satu pastu refill 4,5 kali. bahagia kan mereka? yang tak bahagia nya sape? yang datang nak metekedarah la. terpaksa la buat tunjuk perasaan sikit bawak tikar dari rumah bentang kat parking lot mekdi kan.


cadangan : pesal tak jadikan je mekdi tu macam konsep library? online boleh, main game boleh, siap bawak plag dari rumah gitu kan. so sweet. tambah lah lagi aksesori, mekdi boleh siapkan rak buku pulak lepas ni.


nak buat ala bersantai kat rumah sendiri pun boleh.
satgi akak datang bawak minyak goreng apple pie simbah muka kau okay.


kategori keduo 
tempat perhimpunan bekas-bekas rakan sekolah. ini selalu. datang ramai-ramai. agak ada 2,3 bas.. beratur kemain panjang nak order. aku beratur dari masuk solat zohor, dah habis magrib jap gi baru boleh order. terima kasih adik-adik. 


mekdi memang spot peberet untuk segala bekas-bekas nak jumpa. bekas kawan sekelas, bekas kapel, bekas jiran.. fine lah nak jumpa kan. lepas makan korang gerak naik bas korang balik cepat-cepat boleh? nak bersuka ria, ketawa gembira cari la taman ke, bilik mesyuarat ke. mekdi sesak dengan golongan dah makan tak reti nak balik ni je. (*sangat marah)


cadangan : apa kata mekdi buat satu form yang kena isi sebelum datang ramai-ramai buat reunion. pastu time puak-puak ni nak datang, mekdi tutup untuk orang ramai. gituu. tak lah yang dah datang nak tunggu meja clear berjam-jam. 


aku berada di barisan ketiga, kesebelas dari kanan, kesepuluh dari kiri.
lokasi : rahsia!


kategori ketigo
datang ambik gambar nak upload kat pesbuk. ada setengah orang gah sangat kalau lepak mekdi. asal lepak mekdi, nak upload status kat alam maya. makan tak seberapa. beli kentang, air secawennn, ambik gambar dua tiga keping, blah.


tapi..orang macam ni aku suka. sebab dia pantas. lepas gambar dah ambik, puas hati, dieorang cepat-cepat blah sebab nak pegi CC upload gambar baru. jahat kan mulut aku? hanjing kata sesetengah orang itu. tapi realiti. depan mata sendiri jadi. posing maut gitu, letak kentang lambang mekdi depan muka, snap! yeah, u looked great adik-adik. kalau ada laptop, terus upload tanpa banyak rintangan.


cadangan : mekdi boleh jana pendapatan lebih-lebih. sape nak ambik gambar, kena gunakan fotografer khas dari mekdi je. sekeping gambar 5 hengget. nahas!


kategori ompek
rajin tak semena. orang kategori ni orang yang paling aku payah nak paham. jenis yang bawak buku menimbun, then study kat mekdi tu ala-ala bilik sendiri. alolo..rajinnya. makan pun nak study kan. tapi tapi tapi.... kau dah buat mekdi tu ala-ala library awam. 


aku datang nak makan, 3,4 meja digunakan untuk mentelaah. ini agak tahi. dah lah satu meja sorang je. wasted gila! okay adik-adik. nak belajar boleh, memandangkan dah rajin sangat walau tak kena tempat. tapi boleh tak bawak meja belajar sendiri dari rumah? tak lah susahkan orang yang datang nak MAKAN! apa alasan tak nak choose library untuk study? semua library ada wifi, aircon, meja, kerusi, kompiter, buku.. lengkap! so, apa hell kau datang mekdi nak study PMR? seth tan!


tak kesah lah korang nak buat apa kat mekdi. nak bergambar ke, nak buat discussion politik ke, nak solat tahajud ke, tapi boleh tak bertimbang rasa sikit? dah agak orang usha korang sipi-sipi tu, korang jangan ingat korang cun nak kena ngorat. bawak-bawak lah pulang ke jalan yang lurus. jangan penting diri. kesian kat orang-orang yang nak makan. 


p/s : =)

No comments:

Post a Comment