Sunday 26 June 2011

saya nak kawen. *melompat-lompat

salam...

kalau bercerita pasal kawen, tambah-tambah pompuan terlentik-lentik badan tu. mula la dalam kepala hotak nak pikir baju kawen kaler apa, makanan nak berapa jenis, dewan nak berapa besar, HANTARAN nak berapa juta. macam-macam kau.


ada setengah orang nak kawen memang kira-kira tu dah buat lama dah. lepas boipren mintak kapel je, dah ajak bincang pasal duit nak nyimpan kawen. especially perempuan la yang dok buat kalut macam ni. tapi kalau boipren nya pun baru form 4, lupakan je lah kunci kira-kira kawen tu ye. buat kena pelempang belakang tangan je dengan mak pak korang.


tapi tak semua nya macam tu. ada yang tak pikir sangat. ada yang bercinta 4,5 bulan, keje tak tentu terus je nak kawen. sebab apa?


- sebelum kawen mak pak tanggung makan, minum, spender, singlet. A-Z! so, ada yang pikir lepas kawen nanti tak lah susah mana. tak kawen pun tak keje boleh survive.


- sebelum kawen takde duit je, menari-nari depan mak. mak hulur 10 hengget pun dah syok habis. lepas nak belanja awek makan kueytiow kerang atan. so, dia pikir lepas kawen setakat 10 hengget sehari makan, mak ada lagi nak hulur.


- sebelum kawen melangut tengok TV doploh pat jam. tido pun TV tak tutup. bangun tido pegi bilik air perabih air dalam kolah pulak. apadahal? cukup masa ayah beratur la kat pos opis bayar segala bil. kan?


- sebelum kawen perut lapar je bukak tudung saji sental segala lauk. lauk semalam pun jalan. lauk sedap-sedap. ayam, ikan talapia, sotong.. so, bila dah kawen nanti lagi senang. ada bini, order je. walhal, harga ikan sekilo pun tak penah tau berapa.


tapi... ada yang tak sedar. hidup lepas kawen ni tak seindah masa bercinta. keluar makan air boleh share-share. itu jam nampak sweet. masa bercinta naik moto ke hulu hilir dunia terasa indahnya. u takut i bawak laju, u peluk i kuat-kuat, i lajukan lagi. siap buat willy okay baby.


masa bercinta jumpa sehari paling lama 5,6 jam je. melilau satu pekan, tengok wayang, lepak makan, buang masa tengok orang jogging tapi kita tak jogging. so, nak nampak apa yang busuk-busuk tu kurang. setakat 5,6 jam kentut pun boleh tahan. tapi lepas kawen? realitinya lepas kawen?
inilah realiti

realiti satu.
aku tak tau lah bagi korang. tapi bagi aku honeymoon itu penting. ahah! bukan nak mengada la. tapi sebelum kawen sure banyak tempat nak pegi sama-sama. dah plan. ada bajet. so, lepas dah sah nak 'itu ini' nak lah tunaikan impian tu kan? so.. kalau sape yang perancangan tak berapa kukuh dari segi duit, jangan cerita la pasal bandung, bali, danau toba bagai. langkawi pun belum tentu nak boleh bawak. tak rasa ke agak sesal di situ? larat lah nak honeymoon rumah mentua je. hikk.

realiti dua.
dah mula dah nak kena cari rumah sewa, perabot baru, segala kelengkapan rumah yang penting-penting. 

rumah sewa paling murah rate sekarang = RM250.
set sofa = RM 1500++
set TV = RM 700++
set bilik tidur = RM 1000++
dapur gas = RM 100++
peti ais = RM 400++
mesin basuh (kecuali larat nak gonyok baju-baju) = RM 400++

ini senarai barangan penting lah. lebih kurang RM 5000. PALING KURANG dah ni. rajin kan aku nak buat bajet macam ni? takkan lah nak sental barang rumah mak bapak pulak kan?

"mak..peti ais ni macam dah tak sejuk la. suruh lah ayah beli baru." dalam hati ada plan nak sental yang lama tu. malu lah nak tagih harta mak bapak lagi.

realiti tiga.
bagi lelaki, ini lah masanya. masa bercinta kau sibuk nyanyi lagu akim AF tu inilah cinta kan. dah kawen, inilah dunia kata bini kau. bang.. dah kawen kau kena tanggung bini kau okay? kalau bini kau makan dedak, tak tinggi sangat lah perbelanjaan. nak pulak dapat bini kuat makan, kuat mekap, kuat shopping. parah kan bang??

memang lah bini boleh tolong-tolong bab duit ni sikit-sikit. tapi kalau dapat yang tak kerja atau yang duit gaji lepas-lepas gincu, eye liner, baju bajan dia je? kau laki takkan nak marah sebab dia dah bawah tanggungan kau kan. so, bang. selamat maju jaya.

realiti empat.
MENGANDUNG pulak dah. haii. dah kawen, apa lagi. ada la hasilnya. keuntungan syarikat. kalau dah bini mengandung, maknanya kewangan lagi sakit. nak beli baju mengandung satu hal. takkan nak suruh bini kau pakai karung guni. nak beli susu wanita ngandung lagi satu hal. makan yang patutnya sorang dah jadi dua orang. nak pulak kena yang ngidam macam-macam. nak sental kenny rogers hari-hari. abangnye dari tegap badan dah membengkok lah jawabnya.

banyak sebenarnya realiti-realiti lepas kawen. yang tengah hangatnya bercinta ni memang tak nampak musibah nak datang lepas kawen. tengah hot bercinta, takde makanan i sanggup makan kertas surat khabar katanya. takde duit sanggup kutip tin bersama ceritanya.

so, kena lah pikir panjang sebelum gatai nak kawen. ambiklah langkah bijak. seperti :

1) jangan berhutang untuk berkawen : oi! gila ke kawen pun nak hutang. tak jantan lah. *oooppsss. lepas kawen hutang bakal jadi lagi banyak. kalau sebelum kawen dah berhutang sana sini, ada lah potensi duit gaji settle bayar hutang je tak sempat beli makan minum.

2) jangan meriah u olls sangat masa kawen : oi! sedar diri lah masa nak buat majlis kawen. kau ingat kau mawi ke sponsor sana sini. buat ala kadar sudahla. yang tak penting tak payah buat. nak buat banner muka korang lah, nak beg souvenir ada muka jambu korang lagi. membazir! kalau mampu sangat takpe. kawen sehari dik. nak hidup puluh tahun lagi.

3) sediakan lah backup money : oi! sedarlah kawen ni memang banyak pakai duit. seelok-eloknya lepas dah kawen duit ada la sikit dalam bank untuk apa-apa emergency lepas dah kawen. kot eksiden ke, sakit ke. tak lah mintak sana sini duit. reti?

4) beli sikit sebanyak perabot tiap kali gaji : oi! dah ada gaji tu simpan la sikit buat beli perabot rumah sebelum nak kawen. dah kaweb baru nak sental semua, donald trumph pun mengeluh luncai oi. lepas kawen la nak rembat sofa, nak rembat katil, nak rembat TV (nak LED aje. taknak kalah) matilah korang! so, sebelum kawen tu beli sikit-sikit dulu supaya rumah korang nanti tak macam bilik darjah. ada kerusi meja je. =)

apa yang aku tulis ni memang pengalaman yang aku nampak sendiri. orang sekeliling. tak lah aku pakai bedal je tulis. fitnah dah namanya tu. pastu langkah-langkah nak atasi masalah lepas kawen tu tips ayah aku. ayah yang praktikkan sebelum dia kawen. kelas kau maria! *tibe!

gambar nak omputih je. motip!

p/s : pikir dulu sebelum buang zaman bujang korang okay. =)

No comments:

Post a Comment