Tuesday, 21 June 2011

hari ambik report card

salam...

semua orang mesti ada pengalaman ngeri hari ambik report card kan? bencinya aku hari bertemu ibu bapa dan guru ni kaedahnya. macam-macam hell lah. cikgu dengan gaya cikgu, student dengan pala hotak student.. 


sepanjang 11 tahun aku kat sekolah, darjah 1 - darjah 6.. form1 sampai form5, tak pernah sekali parents aku tak datang ambik. benci jugak kadang-kadang. nak jugak rasa macam anak yang diabaikan. then, masa form 6 ayah aku tak datang sebab aku tak bagitau. ada ke wajar umur dah 19 tahun ayah datang tanya cikgu aku kat sekolah macam mana? ada kacau kawan ke tak, kuat sembang ke tak.. tak style la kan. so, ayah.. form 6 takde ambik-ambik report card segala.


tapi kalau aku tengok hari penting macam ni, ada pe'el dia. contoh :


cikgu-cikgu.
whoahh! hari ambik report card lah cikgu-cikgu nak bergaya sakan. ada yang selalu tudung tak lipat tepi, tibe lipat. ada yang selalu pakai sandal nipis yang bunyi 'plap plap plap' bila berjalan tibe pakai heel bunyi 'tuk tuk tuk' gitu. ada yang kadang bau ketibus nya nalarekek tibe wangi semerbak. tambah yang bujang. kot ada kakak/abang yang ambik report card adik-adik, buleh nak masuk line kot. hee.


cikgu-cikgu akan jadi agresif pada hari kejadian ni. segala liputan dikeluarkan macam jawab esei stpm gitu. 


"anak encik ni kuat tido. saya suke hentak meja dia tapi dia tido je jugak. encik bagi dia brekfes ubat pelali ke?"


time-time ni lah cikgu-cikgu ambik peluang nak report perangai-perangai busuk student kat mak pak. walhal, cikgu masuk kelas pun ikut dan. macam cikgu BI aku dulu yang merangkap guru kelas aku. nasib dia tak berapa tau perangai student dia, so dia tak report gejala sosial aku dah buat dalam kelas. kalau tak, puan devi, awas!


student.
kalau korang nak tengok miracle nya macam mana manusia berat 50kg ++ pijak semut tak mati, tengok masa hari ambik report card. dah tau mak pak nak datang, tibe jadi sopan. tibe nak bersimpuh bagai dalam kelas. yang lagi tak tahan, sementara nak tunggu mak pak datang, tibe pulak nak buat latih tubi matematik bagai. walhal???? kau lah gangster KL sejati.


yang selalu kaki bersembang, tibe jadi pendiam. kawan sebelah ajak gosip macam selalu, tibe ajak gosip dalam kertas je. tulis, pastu passing. kalau parents tengok, ada lah gaya buat esei BM gitu. sejuk perut mak ngandung. sape yang tak pretend masa mak ayah datang sekolah? PREFECT! harus lah tak buat-buat perangai baik kan. sebab dieorang memang dah semulajadi baik-baik belaka. tak ampu cikgu, tak bajet best dan sebagainya. 


parents.
parents pun ada jugak pe'el masing-masing. aku ada pengalaman duduk sebelah cikgu masa hari ambik R.C ni. sebab aku bukan prefect tapi penolong ketua je. parents selalu nya kalau anak tu cemerlang, gemilang dan terbilang, kemain lah nak puji anak beliau. bukan anak beliau, tapi beliau sekali.


" anak saya ni memang rajin. kat rumah masa makan pun nak belajar. kadang-kadang saya ajak pegi shopping pun taknak ikut. nak study. tapi saya tak salahkan dia anti-sosial sebab ikut baka saya. cerdik tiada batasan dan anti-sosial." 


kalau anak yang tak berapa nak cemerlang tu, cikgu dah complain, mak pak tambah lagi drop kasi kaw. siap maki depan cikgu. time ni lah nak ngadu domba kat cikgu kan? 


"saya dah bagi segala yang terbaik untuk anak saya. tapi dia bengap jugak. tak tau lah mana silapnya. saya cerdik, mak dia lagi cerdik. hantar tuisyen dah, ajar kat rumah dah..tapi anak saya ni retarded kot." walhal, pakcik sentuh beg sekolah anak pakcik pun tak pernah. 


kawan-kawan.
masa kecik-kecik dulu kawan-kawan aku ada satu perangai. suka tengok mak sape cantik, ayah sape hensem. pastu compare kan muka dengan anak masing-masing.


"senah..mak kau cantik, ayah kau hensem, kenapa muka kau macam ni? macam kena langgar lori sikit."


pastu masa aku kecik, kawan-kawan aku suka bangga kalau mak dieorang kaler rambut. kenapa ntah! pastu bila mak yang katanya kaler rambut ni datang, kawan-kawan pun tanya. 


"kau kata mak kau punya rambut kaler oren. hitam legam je. tipu ekkk?"
"ehh..mak aku dah hitamkan balik. ayah aku tak suka."
reaksi aku? pedulik hape. 


kadang-kadang mak ayah suka marah anak-anak bila result tak okay. tak muzaphar shah punya result. tapi kadang-kadang mak ayah tak tau apa minat sebenar anak masing-masing. tak semua orang ditakdirkan untuk maths. tak semua orang ditakdirkan untuk sains. tak semua orang suka dengan sejarah. bak kata cikgu aku. kalau semua orang nak jadi doktor, sape nak taip surat jadi kerani, sape nak sapu sampah bagi bandaraya cantik. =)




p/s : bila dah jadi mak ayah nanti, result anak teruk, tau lah macam mana feeling nak backhand anak depan kelas. =)

2 comments:

  1. hahaha..trkenang zaman sekolah..bapak aku dtg amek report kad..aku dok sebok melencong mandi jeram..last2 balik rumah aku yang kena jeram..tp sampai sekarang aku mushkill sape dok sebok bgtau bapak aku pasal hari amek report kad 2..

    ReplyDelete
  2. haha. kawan2 kau lah gtau. tak pun cikgu calling is caring ngan bapak kau.

    ReplyDelete