Wednesday 8 June 2011

best ke nora elena?

salam....

disebabkan aku baru balik dari sintok, so aku dengan orang yang baru balik misi PBB sama je level ketidaktahuan pasal benda-benda baru kat TV. yang paling latest aku tengok semua orang dok sibuk sangat pasal drama nora elena tu. pelakon perempuan tu aku tak kenal. pelakon laki rasanya yang mamat singapore tu. ape ke nama... ha, aaaaaron ajiz.


aku tak pernah sekali pun tengok drama ni. so, aku taknak judge la. tapi kenapa ada pelakon yang guna nama Seth Tan dalam cerita ni? kehkeh.. kelako gile nama. sethtan. ala-ala syaitan gitu kan?


siap ada kat pesbuk group nora elena fever. parah weh. takde pun nak buat imam muda fever ke, akademi al-quran fever ke.. toink! dunia semua ni. 


aah, 3 jam ala-ala movie hindustan kan?
btw, bagus beno ke seth itu? mungkin kah lebih hebat dari ustaz dalam filem 2 ALAM?

pengulas drama paling berjaya.
penonton yang paling menjiwai lakonan pelakon.

aku tak tau la feeling mereka-mereka yang tengok drama ni. kenapa feeling lebih sangat dengan setthan tu termasuklah mak-mak orang.

tapi cerita macam ni bawak keburukan sikit la sebenarnya. sebab si perempuan sama ada makwe orang ke, bini orang ke, tunang orang ke mesti nak harapkan pakwe ke, laki ke, tunang ke jadi macam setthan tu. nak romantik macam tu, nak jadi ala-ala fairy tale gitu. yang hampir 80% nak buat adalah mustahil dan kalau buat pun nampak macam shit je.

yelah. nak salahkan cerita ni pun tak boleh sebab drama ni diadaptasi dari novel. biasa la novel kan. tulis pakai keyboard.. so boleh buat suka suki je. contoh :

selepas pulang dari pejabat, Saad mencampakkan blazer beliau ke atas lantai. Rapeah pun datang terkedek-kedek hendak mengutip blazer tersebut namun dihalang oleh Saad kerana tak tergamak nak menjadikan bini beliau seperti babu. rupa-rupanya di bawah blazer yang dicampak tadi ada tersembunyi kunci kereta poche yang nak dihadiahkan kepada Rapeah sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan yang kesebulan. rapeah terkedu dan terkejut. (adegan asmara bermula)
pada malamnya Saad membawa Rapeah ke restoran paling mahal di ibu kota dengan diiringi sepasukan polis hutan untuk tujuan keselamatan mereka berdua. sampai di restoran cahaya lilin menerangi alam ala-ala malam depevali. terdapat pemuzik yang memainkan muzik dari biola mengiringi makan malam mereka berdua. dunia terasa terhenti berputar. bla bla bla.
(memuji kehenseman jantan yang tiada kesudahan dan kecantikan feremfuan itu yang tiada tandingan)

come on lah. kalau semua nak jantan macam seth ni mati lah laki-laki di malaysia. asal makan nak biola sebijik, asal hadiah tak pernah kurang dari RM ribu-ribu, asal romantik je semuanya ala-ala barat gitu. takde ke romantik dengan cara simple? cakap i love you dalam pelbagai bahasa ke, nak date jalan kaki pegi rumah perempuan tu even 10 batu jauhnya ke, bagi surat cinta letak bedak ke..

semua perempuan kat fesbuk yang tengok cerita ni dah tak berpijak kat bumi nyata dah. dulu adam maya, sekarang nora elena, lepas ni confirm ada lagi producer nak buat drama pakai nama orang. 

p/s : cerita kat telebisyen hanya lah sekadar cerita. ditulis oleh manusia. memang boleh jadi romantik tahap dewa 19. tapi cerita cinta realiti ditulis oleh tuhan yang sebenarnya jauh lagi indah. like the story of u and me. =) 
selamat melayari drama nora elena. 

No comments:

Post a Comment