Friday 3 June 2011

bodoh-bodoh suam FB

salam...

bestnya nak tulis entri pasal kehebatan teknologi masa kini. FACEBOOK. sape takde FB zaman sekarang? sila kembali lah ke zaman dinasour anda okay. FB ni macam satu benda yang wajib. lagi penting FB dari IC. 


tapi ramai yang salah guna FB ni sebenarnya. FB ni bagi aku tempat nak contact ngan member2. nak usha gambar membe. dah gemuk ke makin kurus ke. tempat nak usha sama ada membe kita buat plastik surgeri atau botox ke tak sebab makin lawa. 


tapi rata2 yang ada FB bukan nak keep in touch ngan membe or kenalan sangat. tapi lebih pada nak tunjukkan kehebatan diri, kepoyoan yang takde pada makhluk tuhan lain dan lebih jugak pada diari.


- sedang lepak di starbucks. 


- malam ni ladies night kat zouk. yes!


- saya baru lepas keluar dari jamban rumah yang berukuran 20x30 kaki.


- my baby taknak makan. nak buat macam mana ni... (5 minit kemudian) my baby dah mula belajar panggil mama. (5 minit lagi) my baby berak hijau...(lagi 5 minit) my baby tengah tido.. (30 minit lagi) my baby tak bangun lagi.. (2 hari kemudian) my baby still tido dari 2 hari lepas........


woi! muntah darah lah aku baca status korang. nak berak nak hapdet, pasal laki tak ambik balik keje nak hapdet, nak gado nak hapdet. kejadah! tak menahan kalau yang nak gaduh tapi hapdet kat status FB dulu. bagi warning melalui alam maya gitu. auw auw auwww..takutnya. gangster zaman teknologi tinggi. bagi amaran kat FB walhal orang yang nak gaduh ngan dia tu bukan friend dia pun. kihkih.. bodoh-bodoh suam tak?


fine lah kalau kau orang JB kau makhluk tuhan paling hot.
tapi harus ke kau nak kondem orang dari tompek lain?
tak tahan nak rasa best aje.

p/s : sila gunakan kecanggihan teknologi dengan sedikit cerdik berpandukan segala ilmu biologi, ilmu alam dan ilmu hisab yang diajar oleh cikgu2 kat sekolah. 

tamat part 1.

No comments:

Post a Comment