Monday 27 June 2011

kerajaan VS swasta


salam....

al kisah.. kat malaysia ni ada dua jenis perkhidmatan. swasta n kerajaan. selalunya khidmat kerajaan yang selalu orang-orang kita guna khidmat hospital lah kan. sebab spital kerajaan ni bayar nye sehengget je. pastu tunggu lama-lama agak nak tumbuh kumis sikit, doktor panggil lah. apadahal.


gigi aku ni sakit dah 5,6 hari. aku korek-korek. uiii, tu dia. lubang jahanam besaq zirapah. so, aku nak double check aku pegi la satu klinik gigi swasta tak berapa nak terkemuka ni. satu tampal 6o hengget. sebab aku punya lubang besar, dia nak 80 hengget. dan doktor tu cakap gigi aku ada 6 LUBANG! okay! aku balik.


harini, 27 jun 2011 seawai pukul lapan pagi aku dah ada kat klinik gigi kerajaan. aku dengan nurse keje situ melangkah masuk seiringan. (nak tunjuk aku memang awai)
masa nak daftar dia cakap..


"dik..harini takde rawatan. sampai hari rabu takde rawatan kecuali untuk orang yang sakit sangat je." baik je nurse tu cakap. lembut dan penuh syahdu.


"tapi saya ni kategori sakit sangat ni kak. dah seminggu saya pending nak tampal gigi ni. tolong lah kak. takde orang lagi ni."
 muka aku memang meyakinkan akak nurse tu sebab pastu dia bagi aku jumpa doktor.



tunggu punya tunggu sambil sembang dengan ah so sebelah aku yang terpaksa merayu jugak untuk jumpa doktor, nurse panggil aku masuk ketemu sama doktor. yipppi! tak payah tunggu sejam. 45 minit je doktor dah panggil. walhal klinik takde orang. takpe. adat.


1st question aku untuk doktor tu.
"doktor. betul ke gigi saya ada 6 lubang. banyaknye." muka macam pikachu aku buat.


"bagi saya check dulu k." doktor senyum. padahal dia pakai topeng tutup mulut. tapi aku tau dia senyum. baik doktor ni. aumm.


"awak ada satu lubang je. besar sikit lubang ni. takpe.. nanti kami bagi awak appointment untuk tampal gigi ye." 


"okay.terima kasih doktor." aku sengih. dalam kepala hotak aku, aku bajet lagi seminggu mesti gigi aku tak berlubang dah. boleh lah makan rendang daging. ewah..


tak lama pastu nurse panggil aku nak bagi kad appointment. aku usha kad aku. appointment aku tak lama je lagi. harini 27 JUN 2011. gigi aku bakal ditampal pada 
13 SEPTEMBER 2011.
cantik! lagi 3 bulan. gigi lubang agak besar, tunggu 3 bulan lagi. takde masalah. setakat rompong, rongak, berulat apa lah sangat. KAN????


apa masalah sebenarnya doktor tu nak tampal terus gigi aku memandangkan nak buat tampal gigi tak makan masa 10 minit pun. orang pun takde. fine lah ada setengah rawatan kena ada appointment. tapi kalau rawatan nak buat braces, gigi palsu aku tahan lah lagi tunggu berbulan. keje 10 minit je woi.


lepas tu aku paw duit mak aku pegi klinik swasta. tapi bukan yang cakap gigi aku ada 6 lubang tu. klinik lain yang agak terkemuka kat ipoh. kena 60 hengget tapi memang kemas keje doktor tu. tak nampak langsung kesan tampal. 


moral dia kat sini. klinik kesihatan kerajaan ni sepatutnya meringankan beban rakyat yang tak berapa nak mampu. aku tak sampai hati nak paw mak ayah aku sampai puluh-puluh ringgit semata GIGI aku je. macam mana kalau orang yang betul-betul tak mampu? nak tunggu berbulan baru boleh tampal gigi yang lubangnya nak tutup tak sampai 10 minit??


nak pegi swasta agak costly. nak pegi kerajaan pun, membantu ke? orang sakit nak makan, nak minum pun susah. nak tunggu berbulan. kenapa tak suruh tunggu genap setahun je. boleh buat majlis kecil-kecilan anniversary setahun menunggu gigiku dibaiki gitu. tak faham lah aku dengan sistem klinik gigi ni. 




p/s : gigi aku ada 1 lubang sahaja! lubang ni aku pernah tampal kat klinik gigi kerajaan masa aku form5. pastu ntah apa jadi dengan plaster tu, sekarang berlubang lagi. lepas ni kalau berlubang lagi, aku suruh je abang-abang JKR gerudi.



2 comments:

  1. weh..memang procedure r kalau nak tampal gg kena tggu berbulan-bulan..xkan kau xtau..dorang nak proses isi borang to beli simen jer dah amek masa dekat sebulan,2 xkira nak tunggu bajet kerajaan lagi..hahaha..kesian kau..xpe..lepas ni kalau berlubang tampal sendiri jer..=)

    ReplyDelete
  2. procedure tu dah lapuk dah. negara dah maju takkan sistem perubatan nak tampal gigi pun berbulan. kata rakyat didahulukan. habes duit aku buat gig. =(

    ReplyDelete