Monday 13 June 2011

in a relationship to single

salam...

aku selalu tengok kat fesbuk ramai orang suka suki tukar status. kejap engaged, lima minit lagi single, esoknya open relationship. aku rasa takde orang nak komen dieorang, so untuk menghilangkan tekanan akibat fesbuk yang kurang populariti di kalangan member, dieorang tukar lah status kejap ini kejap itu.


pastu ramai la yang komen. kalau single ke in a relationship tu komen nya berbunyi :
- CONGRATS.
- ALHAMDULLILLAH.
- DENGAN SAPE? (komen bizibodi)
- SEMOGA KEKAL KE ANAK CUCU. (komen over react)


kalau dari in a relationship ke single pulak berbunyi :
- SABAR LAH YE.
- BUNGA/KUMBANG BUKAN SEKUNTUM/SEKOR 
- KENAPA? (orang yang sama dengan komen "dengan sape" kat atas)
- TAKPE. I KAN ADA. (komen orang-orang desperate dan buta hati)


lantak lah ape korang nak komen kan. tapi kat sini aku just nak share macam mana nak kawal diri lepas break up dengan kekasih hati, cinta dunia akhirat kononnya. break up rasa nya memang kelat-kelat taik sikit. ke kanan tak kena ke kiri pun tak berapa nak kena. nak tido mata tak ngantuk, nak makan perut tak lapar.


guys. boleh tak lepas korang kena dumbed, jangan jadi sengal sangat. apa tindakan sengal lepas break up?
- menangis depan rumah ex korang yang ternyata tak rasa apa dengan perpisahan korang. plis. dont try this at home.
- mogok tak nak makan. fine! memang la hilang selera makan bila putus cinta. tapi korang baik punya separuh mati nak berlapar, ex korang nun lepak baik punya kat nasmir makan roti nan. kuah dal lagi kau. so, apa-apa jadi perut mau jaga.
- ugut bunuh diri. omaigod. ini..ini..ini memang sumpah bodoh bergantang-gantang. okay. bila kau mati ex kau akan couple balik dengan mayat kau kan? bila kau mati ex kau tibe nak mati bersama kan? fine.


so, what should you do? meh DR. love nak cerita. bedtime story adik-adik.


- buang semua barang yang boleh buat korang ingat kat sipolan.
yes! buang dalam tong sampah. bukan buang dari atas meja solek ke dalam almari pakaian okay. apa-apa barang yang ex korang bagi yang boleh ingatkan korang kat beliau, buang pliss. even sekecik-kecik barang macam pemadam ke, tali kasut ke, ketip kuku ke. buang kan aja ya.


- jangan tengok wayang berbentuk love story.
alah. bukan forever korang tak boleh tengok wayang. sementara mental nak pulih je. baru break up korang layan cerita sweet-sweet macam cuti-cuti cinta, semerah cinta stiletto.. memang la parah. feeling dia macam baru lepas eksiden dengan steamroll gitu. nak tengok movie yang naikkan semangat okay la macam cerita enough yang akak sulung aku berlakon tu. Jlow! tak pun cerita 2 alam. sebab perasaan sedih tu boleh ditransformkan ke perasaan marah dan jelik.


- dengar lagu-lagu yang membina.
nak bina balik hati korang yang dah remuk tu bukan senang. bukan boleh kau nak pegi bengkel besi.. 
"bang..welding hati saya ni. dah terkopek sikit. welding kasi kemas ek."
susah dik. so, dengar la lagu yang bagi korang jiwa gigih. antara lagu yang boleh membantu jugak la sikit. 

  • fighter : christina aguilera
  • daughtry : over you
  • sophie ellis bextor : get over you
  • suki : usah
  • gloria gaynor : i will survive
  • sum 41 : pieces
actually banyak je lagi lagu. search sendiri pliss. ni yang aku ingat setakat ni.



- sibukkan diri macam najib razak. 
dah break up tu jangan lah nak berkurung je macam ayam serama. bawak-bawak la bizi kan diri. macam mana nak bizi kan diri? jadi lah bizibodi. sibukkan diri korang dengan masalah orang lain. try buat masalah orang lain macam masalah korang sendiri. tak pun buat la 3, 4 kerja dalam satu hari. pagi kerja bawak bas sekolah, tengah hari kerja kedai makan, petang karja jadi pekebun, malam jadi penyanyi kat club. bizi kan diri anda sebizi-bizi yang boleh. takde ruang otak nak fikirkan sipolan.


- dekatkan diri dengan tuhan.
ini cara terbaik. berdoa lah so that tuhan bagi korang punya hati tak gelap gelita. lapangkan dada korang selapang lapang sasar menembak tu. apa yang jadi ada hikmah nya. even ayat ni clise tapi korang cuba terima lah seadanya ye. 


break up tu benda biasa lah. kalau dah bukan jodoh, sila jangan jadi bodoh pliss. ramai lagi jantan dan betina kat luar sana untuk korang terkam. okay? anggaplah ex korang tak cukup hebat untuk bersama ngan korang. dia dumped korang sebab sedar diri tak berapa sempurna untuk korang yang maha perfect tu. 


p/s : semoga nasihat ni aku tak guna pakai sendiri balik. =p

No comments:

Post a Comment