Friday 3 June 2011

semua FREEMASON!

salam....

pernah tak dengar pasal freemason? kalau pernah TAHNIAH! kalau tak, sila pegi mintak tolong encik google. kalau itu pun malas tolong pegi mati sekarang. terima kasih!


aku bukan tak percaya ngan freemason semua ni. percaya! aku memang aware pasal semua benda yang nak jatuhkan islam. aku tak napikan lah banyak benda yang jadi sekarang nak tengok islam jatuh.


tapi... cuba la fikir. kalo sembahyang cukop, puasa n zakat korang jaga, takkan senang sangat nak terpesong. pastu yang tak berapa aku nak syok pasal terpesong dari landasan agama ni, cara nak terpesong tu mengarut sangat.


contoh 


- starbucks, nokia, mcD semua freemason. kalo kita sokong benda ni semua jap gi macam kita dah bunuh sesama islam sebab bantu agenda freemason ni mencapai matlamat nak hapuskan islam. 
- binaan yang ada kat malaysia ni banyaknya ada simbol freemason. contoh: KLCC. jambatan kat tengah tu hah ada macam bentuk segitiga.
- kat duit sehengget kita tu pun ada bentuk segitiga. nauzubillah. kita bawak freemason pegi mana-mana. letak dalam poket hari2. okay. gelap dah hati.
- dok tengok corak hitam putih macam dam tu hari2. siape yang ada corak gitu kat rumah akan disyaki sebagai brader besar dalam pertubuhan freemason.


actually banyak lagi. eh, come on lah. jangan sengal sangat okay tak?? ini freemason itu freemason. macam segitiga sikit2 dah freemason. ada pacak tiang sikit2 dah freemason. jadah??


KLCC. okay. ramai yang kata bentuk geometri kat tengah tu bentuk segitiga. FREEMASON bertapak kat kotaraya kelumpo weh! apa nak buat? salahkan DR.M la sebab dia yang nak bangunan tu ada. aku syak dia mesti ada kaitan ngan orang2 besar freemason. mesti dia selalu pegi candle light ngan madonna. 


ohhhh..geometri yang tak berapa nak segitiga korang ambik port! ada korang ambik port pasal keratan rentas KLCC yang berbentuk Rub el Hizb? apa tu Rub el Hizb???


bangang kan. tak payah lah ambik tau. ambik tau hal freemason je dah lah. 


try la pegi kerat tengah KLCC. ni bentuk korang akan dapat.
pesal tak penah orang ada ambik port pasal ni????


Rub el Hizb ni boleh korang tengok kat bendera atau lambang2. dalam bahasa arab Rub tu seperempat. Hizb pulak kelompok. mula2 lambang ni digunakan dalam al-Quran yang dibahagi kepada 60 Hizb atau kelompok. simbol ni tentukan setiap seperempat Hizb sementara Hizb ialah setengah dari satu juzuk al-Quran. tujuan? nak mudahkan pembacaan al-Quran.


jelas? tak kesah lah dari mana aku dapat info ni. aku copy pasta ke hape janji aku ada effort nak tau benda yang ramai orang tak nak ambik pusing.


tengok segitiga sikit, freemason ni. pastu tuduh pemimpin ni freemason, pemimpin tu freemason. dah dapat dosa bunuh orang free kan? sebab menuduh tu fitnah. best kan dapat dosa kering? 


jangan lah sensitip sangat ngan simbol. takde nye simbol boleh sebabkan sorang2 tuh keluar dari akidah. adat yang banyak melayu n islam guna sekarang macam bersanding tu taknak pulak kata lari akidah? tapuk kepala tanya pungkok lah weh.


p/s : tak payah setuju ngan apa aku tulis. masing2 ada penilaian sendiri. jangan jadi tongoi nak terima bulat2. knowledge is power. *tibe!

No comments:

Post a Comment