Thursday, 9 June 2011

fesyen up to date

salam...

kalau nak cerita pasal fesyen memang tak reti. sebab aku tak ikut trend. apa cantik n kena ngan badan aku sental. tak kisah pasal jenama pun. kiki lala punya baju kalau cantik pun aku bedal. janji tulisan kiki lala tu kecik sikit. hee! tapi even aku tak ikut trend, aku still nampak la apa yang budak-budak sekarang suka pakai. sebab aku tak buta. 


ada trend yang cantik. sweet sweet je aku tengok orang pakai. contoh :


- LEGGING
ada orang yang macam tak suka bila perempuan pakai legging. come on guys. buta fesyen la kata legging ni tak cantik. lagi gemuk seseorang tu lagi sweet la pada pandangan mata aku. orang gemuk pakai legging tergolong dalam kategori orang yang tinggi tahap konfiden kat diri sendiri. kata mereka dalam hati. "kerana diriku begitu berharga."


- BAJU KUMPULAN/BAND
ha. ni lagi satu fesyen yang nampak sweet sangat kalau dipakai. kalau perempuan pakai baju band hujan dengan seluar petak-petak kecik bawah lagi sweet. baju band tu dah nampak sweet, tambah lagi 'aksesori' seluar petak-petak kecik bawah bertambah sweet dan trendy. seluar harus seketat tahap tak boleh nafas. okay, kiut!


- KASUT SUPRA
omg!omg! ni fesyen paling latest okay! badan kecik, perempuan pulak pakai supra. aku tak nampak apa yang tak kena dengan gaya ni. trendy siot! pliss beli supra sorang satu. sape takde memang loser! like me. i am a loser. kasut mahal tak mampu beli. kalau boleh kasut tu biar lagi tinggi dari korang okay. saiz kaki 5 beli la saiz supra 8. baru ranggi macam azroy. *tak semena. 




*apa yang tak kena?
warna? saiz? NO!
everythings perfect! *macam kasut robocop.

- TUDUNG BERMACAM-MACAM
kalau korang perasan tudung orang zaman sekarang ni macam-macam pesen dah. ada batu permata, ada kayu tergantung, ada yang keromot-keromot macam bentuk keropok, ada macam-macam kaler. campuran pink, biru, hijau, coklat dikenakan dengan baju kuning. see! kreatif tahap leornardo da vinci kan? aku cadangkan nak nampak lagi style, letak la kapal selam atas tudung kau. tak pun almari baju ke, kasut supra ke. 

aku nak tulis banyak pun aku dah kata aku tak ikuti perkembangan fesyen ni. aku tak suka apa aku pakai, orang sebelah aku pakai, orang depan aku pakai. nak pulak keluar pekan naik bas. satu bas turun sepesen je dress up. tak nak macam rombongan tadika kemas pulak??

tapi ini yang aku nampak buat sementara ni. maybe ada lagi yang aku nampak tapi lupa apa yang orang tu pakai sebab complicated sangat nak ingat. ada orang jadi fashion victim, tapi aku tak nak. sebab?

- fesyen dah jadi semakin merapu.
- terlalu banyak nak ikut. dari rambut sampai ke kasut.
- aku tak suka membazir semata-mata untuk nak ikut trend.
- tak suka jadi kepala rombongan atau ketua kumpulan boria. takde bakat lah.

p/s : orang cantik pakai apa pun cantik. orang tak cantik pakai benda bukan-bukan jadi la super tak cantik. sedar-sedar la diri.. hee! *ini hanya sekadar pendapat seorang yang buta pesyen. TQ

2 comments:

  1. tapi aku minat Dr.Martens :)

    ReplyDelete
  2. ada orang pakai jadi lawa tiada batasan.
    actually prempuan pakai tak brapa masuk.
    man pakai macam pasha ungu dah.

    ReplyDelete