Sunday, 12 June 2011

pentiru

salam...

dua hari tak update blog. sebab ada orang penting datang rumah. sape? datuk bandar daerah arizona. so, aku bz bincang dengan beliau macam mana nak alihkan kawah meteor kat arizona ke pusat bandar new york. 


tengah-tengah bincang pasal meteor, kiteorang bincang jugak pasal industri muzik tanah air. dia kata dia minat gila kat aurora salwa yang bawak lagu AH..AH..AHMAD tu. tak tau sape aurora salwa? google pliss. beliau kata lagu tu sexy. auww!


tapi ada benda tak syok la sikit. sebab beliau tanya kat aku kenapa sixth sense tiru video clip ada band luar negara ni. aku tanya la VC yang mana? lagu apa. dan-dan beliau bukak laptop apel hijau beliau tunjuk kat aku..


molek video clip nye. senyum sokmo. 

so, aku kata lah kat beliau. weh, ni VC paling best yang pernah ada atas muka bumi malaysia. even lagu prema yin, marilah tu pun tak best macam ni. mana?mana? mana yang tiru? aku dah call lawyer aku nama hazril azam tu kot-kot datuk bandar arizona ni melemparkan fitnah kat sixth sense. 

dia search band yang ditiru oleh sixth sense. pappp! terpadam pulak apel beliau. bateri habis. 

jap..jap. beliau cas bateri jap. 
*apel limited edition.

tunggu punya tunggu, aku dah panas. aku bajet beliau ni saje-saje nak drop music industry negara aku ni. takpe.. aku tunggu lagi. tak lama lepas tu dia panggil aku. laptop dia dah fully recharge. dia pun tunjuk bukti VC sixth sense meniru satu VC ni.

tengok sendiri lah ye.
aku dah malu dengan mamat saleh ni.

bezanya VC sixth sense maju sikit la dari nickleback. sebab dalam sixth sense punya VC dieorang dah guna kecanggihan televisyen nak tau satu-satu berita tapi nickleback dok pakai sorat kabo je lagi. ape la punya loser. 

aku tak tau lah nak komen lebih lagi. kita bising rossa ciplak lagu ella pastu buat-buat tak tau. tak mengaku. bajet lagu tu sendiri punya. 
"saya cipta lagu ini sendiri dong. aduh. gimana nih. ngak mungkin saya ngambil lagunya ella. ella yang ngambil lagunya radja." danggg!

industri muzik kita penuh dengan ciplak-menciplak, penuh dengan lagu lama dibaru kan sampai jadi cair taik telinga nak dengar, penuh dengan pura-pura je. mana kurang kita ni? tak kreatif ke? KRU tu contoh terbaik dari ladang. tapi nak kata malaysian je kaki tiru tak jugak sebab adi sixth sense yang nyanyi macam paham tak paham je lirik dia aku dengar tu kan indonesian. hehe..

p/s : kalau kat sekolah dulu aku tiru kawan sebelah aku punya kajian tempatan pun cikgu dah denda letak kertas belakang baju berbunyi:

" saya tiru kerja sekolah kawan saya."

lepas tu kena pergi rehat pakai kertas tu kat belakang baju. agak-agaknya relevan tak nak buat kat artis kita camtu? hikk.

2 comments: