Wednesday, 15 June 2011

beroda dua lebih baik

salam...

pernah tak korang bawak moto, pastu member korang sound macam ni. wah, rempit siot! walhal korang bawak scooter. pernah tak bila kena sound macam tu, korang nak balas balik. wah, aku tersepak muka kau lah.


pesal bila bawak moto je dicop rempit. come on lah. nak jadi rempit ingat senang ke? nak kena buat rambut ada ekor satu cerita, nak bawak moto macam haramjadah satu lagi kes, nak pakai selipar nipis stok baling hanjing, hanjing meninggal lagi satu kes..tu prempuan la. kalau jantan nya nak beli kasut boot lagi. tu baru separuh rempit. nak fully established banyak lagi hal-hal lain. 


kecik bena rasa hati ni bawak moto dengan niat ikhlas penuh di dada tapi dicop rempit. bang, moto saya standard je bang. lari 40km/j je bang.. 


tapi. dalam ramai orang dok usha moto ni sebagai alat teknologi masa kini yang tak mewah, korang tak sedar dia bawak banyak kebaikan dari yang beroda 4, beroda 8 mahupun beroda 16. 


kebaikan satu.
bawak moto, bila nak rasa nak cabar diri sendiri nak lakukan aksi-aksi separa bangang macam dari lane kiri nak masuk lane kanan tanpa bantuan side mirror, korang boleh bukak. bukak tak sampai seminit. kereta mampu buat? tak mampu. kalau mampu pun nampak macam kereta avatar gitu. pelik je rupanya.dogoi je..




kebaikan dua.
dah tentu lah moto ni baik dari segi ekonomi. satu, minyak.. dua, kereta mampu ke nak buat bila sampai kat tol, masuk lane paling hujung belah kiri? muat-muat untuk yang beroda dua je kak. nak-nak musim raya, takde kad 'sentuh n jalan'. balik malam raya, hah. takbir lah kau anak-beranak dalam kereta. suka tak suka tak? (gaya eric leong)


kebaikan tiga.
mampu ke yang bawak kereta nak sembang nyembang sebelah menyebelah dengan kereta lain? moto mampu dik non. agak-agak nak tanya kat mana kedai topup terdekat, kau follow je moto depan kau sebelah nyebelah. nak sembang panjang mana pun takde hal walaupun bawak lain-lain moto. kereta mampu? mampu lah kot. apa lah ada hal dua lane jalanraya tu dua kereta jalan beriringan. kan? memang kereta lain dicipta nak ikut pungkok kereta kau je. 


kebaikan empat.
kalau bawak kereta, pegi jaya jusco ke, maidin ke, makro ke, cuba lah cari parking. tak mengamuk tak sah. perasan tak bila takde parking penumpang kereta akan cakap macam ni.
"milah..kau turunkan aku kat sini. kau pegi cari parking. nanti lambat pulak kite ni."
settle kan? driver cari parking sampai nak cabut ketiak pusing stereng, yang numpang bahagia dalam mall siap wayang dah 3,4 cerita bedal. kalau bawak moto? kan senang. takde parking, boleh jugak bawak moto sambil pilih kasut kat vincci. moto bukan besar mana. tak pun lipat-lipat kan masuk beg, hah, senang. punya lah praktikal moto ni kan.


kebaikan lima.
agak-agak nak pusing sebab salah jalan, tak payah sibuk nak cati port nak u-turn. moto boleh buat 'willy'. (hentam) kau willy je kat divider jalan tu ha. settle satu masalah. sekali willy dah pegi ke belah sana. kereta mampu? lain lah kereta kau macam kereta eddie guerrero kan. boleh menari-nari bagai. 




eddie guerrero ni dah mati ye.
*cause of death: try willy kereta kat divider.

kebaikan enam.
okay, tibe la kereta korang rosak kat celah hutan. apa korang nak buat? call mekanik? sementara mekanik nak sampai? sempat lah korang kena sampuk saka jentayu dulu ye dok? kalau korang bawak moto je. korang boleh tolak moto tu sampai jumpa rumah orang ke, bengkel ke. kan? tapi kalau korang kata korang boleh sorong kereta macam korang sorong moto rosak, okay. good luck. malik nor belum tentu mampu nak sorong kereta melainkan yang rosak tu kereta sorong. hikkk.

korang cuba lapangkan dada. jangan jadi hipokrit. betul tak moto ni banayk kebaikan? tapi sape yang bawak moto, kita dah judge dia rempit. kesian mat rempit sejati. murah sangat status dieorang. yang bawak kereta pulak kadang berlagak seh. nampak lopak air boleh elak, tapi tekan minyak bagi laju lagi punya nak bagi air jalan tu kena sesimbah dua kat muka aku. (true story) nasib tak jeragat muka i. kadang pulak kereta tu bukan sendiri punya. bergaya dengan kereta mak ayah atau kakak abang je. tak payah nak eksen sangat boleh? aku lempang nanti.

tapi tak semua yang bawak kereta nya begitu ya. ada yang baik. contoh, nampak aku jalan kaki balik sekolah, nak tumpangkan. even muka macam bajingan, tapi niat nak tumpangkan tu ada. tahniah! 

p/s : selalu orang-orang akan berkata begini. " alahh..bawak kancil JE PON."
soalan : kenapa ada JE PON belakang tu? *semakin kuat aku merapu.

No comments:

Post a Comment