Sunday 12 June 2011

AF dah habis

salam...

malam tadi dah habis lagi satu siri akademi fantasia. sedar tak sedar 9 tahun jugak lah benda alah ni ada kat malaysia ni. bagi aku AF ni boleh-boleh je la. malam minggu takde cerita nak tengok,  dengar orang tak buleh menyanyi layak masuk AF pun layan jugak. (mulut jahat kan?)


bukan la semua tak boleh menyanyi. ada yang boleh macam... errr.errr..... mila, stacy... yang lain aku tak ingat nama. ramai sangat. kalau nak buat reunion la AF ni, setakat dewan orang ramai taman perumahan tak cukup. kurang-kurang mesti nak rembat dewan konvensyen ke, dewan rakyat atau dewan negara. baru muat semua BINTANG-BINTANG ni nak masuk. ye lah. kalau manusia kecik-kecik je. ni BINTANG. satu bintang je dah besar mana. (jahat lagi mulut.)


macam orang lain, aku pun tengok AF jugak. kenapa?


- nak tengok telatah pak nil. telatah kau! tak macam budak 3,4 tahun pulak guna pekataan telatah? hekk. pak nil memang kelakaw gila. tiap kali konsert especially time AF2, AF3 memang pak nil cukup menjadi. kenakan orang, kena kan juri. sampai sekarang pun aku memang minat dengan pak nil. takde AF, TOM TOM BAK kan ada. 


- nak tengok apa kejutan mingguan. kalau perasan, AF memang suka buat kejutan. orang sakit jantung, AWAS! tiada ruang untukmu di AF. kejutan yang paling aku ingat kejutan untuk zahid AF2 masa misha omar datang suapkan cekodok kat dia. alah, sweet! bukan misha or zahid yang sweet. tapi cekodok tu yang sweet okay. masa tu aku rasa tak lah bodoh sangat kejutan.. tekejut teruk jugak lah. tapi makin lama, kejutan makin suam-suam bangang pulak. kejutan yang dah terkeluar masuk balik. lagi tekejut bila jadi juara kan. kejutan bawak laki macam suara prempuan. beb, benda buat sekali best la. buat dua, tiga kali penonton muak. failed!


- takut kena booo. walaweh! kat sekolah dulu, masa aku form 1 AF1 keluar. masa tu pergi sekolah semua orang dok sokseksoksek, KHAI..sokseksoksek, VINCE.. sokseksoksek, SAHRI! aku pelik jugak. amende la dieorang ni cerita. khai muka macam yusri katanya. sape khai? aku tak tanya la. muka harus macam faham. malu weh tak tengok rancangan paling hot masa tu. yang bestnya ada dialog yang macam ni...


" susah betul aku nak bangun pagi ni. nangis nana keluar malam tadi." aku tengok mata takde pun bengkak.


" aahh.. sedih la nana keluar. sedihhh sangat." aku tau orang kedua yang cakap sedih ni takde astro kat rumah. hikkk..


motip nak nangis? aku pun sibuk-sibuk la cakap kesian kat nana. walhal, sape nana? nana norgaya aku tau la. so, AF2 aku tengok la sebab tak nak ketinggalan macam musim pertama tu dah. belajar sejarah tertinggal takpe, konsert AF harus jangan tinggal!


- nak tengok fesyen merapu. aku tak ingat apa fesyen merapu yang ada masa AF. tapi antara yang aku ingat, fesyen ikat tangan adam tu. apa namanya? bandangan?? gitu lah bunyi. gulung-gulung sapu tangan, jerut kat tangan macam tupac shakur gitu. adam! style lah brader. sekolah aku yang semua perempuan tu pun ramai yang ikut. tak menahan, lap peluh pakai bandangan. tak kotor poket katanya nak keluar masukkan sapu tangan. ikat je kat tangan, hingus meleleh, sappp.. terus lap tanpa membuang banyak masa. 


*kegilaan remaja tahun 2004. azroy moden


- nak dengar komen merapu juri. tak semua komen tu merapu. aku suka komen hattan, ogy, adlin, ramli MS.. orang tak suka tapi itu yang jujur. tak sedap cakap tak sedap. ada juri tu, sedap sangat menangis, tak sedap pun menangis. tisu kat tempat kau je yang selalu habis. 3 kotak kau bedal 1 konsert. ada 1 komen dari sorang juri ni.. "awak ni mampu menjadi pesona bintang." wahhh! mana pesona bintang nya? mana bintang nya? bintang bercahaya malap gitu. yang bagi komen pun jangan la cakap macam tu. macam bagi harapan palsu je kat budak-budak AF ni. sebab.. dieorang dah syok dah nak jadi femes. dah praktis dah apa dialog nak cakap kalau press tanya gosip. tak baik bagi harapan palsu. ibarat pelangin angan musnah gitu.


banyak je lah lagi AF ni punya hal. nak tulis sampai 16 september tak habis. 9 musim punya cerita kan. (walhal lupa semua benda.)


elok jugak lah AF ni dah habis. dah bersepah sangat dah artis kat malaysia ni. semua nak jadi artis sape nak jadi lawyer? sape nak jadi kerani? sape nak jadi cikgu? cuba contohi siti sifir tu, ada bakat.. buat kebaikan kat masyarakat. *motippp???


p/s: tahniah hazama sebab jadi juara AF yang last. berbaloi bang kau punya tunggu. berapa kali nak masuk tak lepas. suara tak cukup bagus, muka tak cukup kacak.. macam-macam hell lah. tapi last sekali dapek jugak ekau yo jang. congrats! 
ada kan peserta AF nama salima? adik dia suka main siku dia sebelum tido. sekali lagi..motif?

No comments:

Post a Comment