Saturday 18 June 2011

selamat hari ayah

salam...

kenapa entri ni berbunyi selamat hari ayah? biasanya orang mesti tulis selamat hari bapa gitu. walhal kau panggil suami mak kau abah, papa, daddy dan sebagainya. so, nape tetibe hari nak meraikan ayah-ayah kita nak ber bapa tibe kan? aku panggil pak aku ayah. =)


aku tak tau kalau ada orang takde feeling sayang-menyayang (versi jamal abdillah ngan siti sarah plis) dengan bapak masing-masing. bapak ni biasanya jarang nak tunjuk dieorang punya sifat sayang ni. sebab?? dieorang lelaki. ada ke bapak feremfuan?  ada ego tersendiri. mungkin jugak kadang-kadang sebab bapak-bapak kita terasa jeless sebab mak selalu lebihkan anak dari suami. hikkk..


antara ciri egonya seorang ayah :


KES SATU
"ayah..err.errr...err.." gagap!


" ape bende nak cakap? gagap gagap ni mesti nak mintak sepak." ayah baca paper lepas sarapan.


"errr...nak keluar jap dengan kawan boleh tak?pastu nak mintak duit sikit." tangan pintal-pintal baju.


ayah mesti diam je. nak kata boleh tak nak kata tak boleh ke tak. tapi perasan tak bapak-bapak kita memang takkan YE kan apa yang kita mintak. dia setuju pun diam je. tau-tau apa yang anak mintak tu ada je depan mata.  tak macam mak. mintak something, pakej awal yang kita dapat mesti leteran 3 jam tanpa henti. leteran ada unsur lawak sikit, perli dan nasihat.


KES DUA
"ayah! akak dapat nombor dua dalam kelas." sambil pegang trofi pemenang tempat kedua manusia paling pintar dalam darjah 6 Gemilang.


"habis tu? nak suruh ayah buat apa? haa..bagus lah tu. tapi ayah nak nombor satu, bukan dua." cakap pun tak pandang muka kita. tahniah pun takde. mata tetap kat TV. hampeh.
tapi korang tau tak dalam hati dia macam mana?


macam pesta tahun baru. ada bunga api bagai weh! ada perarakan. ada artis menyanyi siap. jap gi dia pergi kat mak kita kat dapur bisik macam ni.


" konah. kau tak payah masak malam ni. abang nak bawak makan luar. anak kita periksanya dapat elok. ikut baka abang lah tu." sambil joget-joget masuk bilik air. 


KES TIGA
bila ayah kita hantar kita masuk asrama ke, universiti ke, korang tengok mak korang je ngobak teruk-teruk kan? *ngobak tu nangis. bapak korang cool je isap-isap rokok tepi longkang, buat-buat nak berkenalan dengan warden la, guard la, pakcik kantin la.
kenapa ek? sebab..kalau dia layan perasaan dia nak lepaskan anak-anak dia jauh dengan dia, aku rasa bapak-bapak kita ngobak lagi teruk. sebab tu ada dialog bapak-bapak kita yang berbunyi macam ni.


"hah..udah le mak nye. cepat la nak balik dah ni. alah, anak kite bukan tak balik dah. suka nak over drama air mata. jom balik jom balik. jalan jam japgi."


sebenarnya empangan air mata bapak-bapak kita ni dah tak terbendung dah. bagi lagi 5 minit, memang jejak kasih la korang anak beranak.


banyak lagi kes-kes yang kadang-kadang macam tunjuk ayah kita ni endah tak endah dengan kita. tapi hati sorang ayah tu kadang-kadang lebih sensitip dari hati sorang mak. kata aris ariwatan. rela berpayahan kasihnya ayah giteww. sweet kau aris.


hargailah bapak-bapak korang selagi depa dok ada. bila dah takdak nanti, jadilah anak yang soleh/solehah. hantaq doa hari-hari. bukan hantaq ayaq mawaq, daun pandan. reti?


p/s : hari-hari sebenarnya hari ayah. ada yang kata lari akidah dok celebrate hari ayah ni. habis tu hari guru, hari buruh.. apa beza??? *bingung



No comments:

Post a Comment