Thursday, 30 June 2011

filem red riding hood

salam...

aku baru lepas tengok 1 filem ni. ni bukan review sangat lah. sebab aku takde masa nak tulis sinopsis, buat ulasan pasal cinematografi bagai. tak reti. cuma komen sikit-sikit je lah. sebab hell lain banyak lagi nak buat. masak CEKODOK, mesin rumput, gonyoh baju, korek telinga kucing. semua ni pending lagi ni.

cerita dia macam cerita dongeng red riding hood yang kita dengar masa kecik-kecik dulu jugak.
 kenapa telinga nenek besar?
SENANG NAK DENGAR KAMU, CUCU.
kenapa mata nenek besar?
SENANG NAK NAMPAK KAMU, CUCU.
kenapa mulut nenek besar?
SENANG NAK MAKAN KAMU, CUCU. KAHKAHKAH.*gelak jahat macam seth tan.

tapi kelainan cerita ni bila bukan nenek dia yang wolf tu. ada lah orang lain. pastu kita tak tau sape wolf sebenar sampai dia revealed sape wolf nye tu. so, ada la adegan teka meneka, fitnah memfitnah sikit kat situ.

director dia sama dengan director TWILIGHT. aku benci twilight. hampir 90% orang yang tengok kata cerita twilight ni best. tapi aku kata tak best. dengan si edward cullen tu cover macho, terbang-terbang kat pokok lah. aku memang tak minat cerita sengal bengal camtu. apa kau ingat kau burung tiung ke nak terbang bawak awek atas belakang?

director dia berjaya la jugak tak menampakkan character twilight dalam filem ni. jalan cerita kemas. ewahh. macam reti sangat. aku puas hati dengan keseluruhan cerita ni. dengan part romantik dia yang buat air liur menitik. *bukan air liur aku. air liur jiran sebelah. =)

tak rugi lah kalau download dan tunggu berejam semata-mata nak tengok filem ni even permulaan yang agak slow sebaya siput babi. terlampau best dari filem 2 alam. rozmey, makan hati lagi kau mak.

 *hai awek. jangan lari. nanti jatuh. awww.

*free kan diri layan trailer. slrrpp.

No comments:

Post a Comment