Monday, 13 June 2011

pernah tak?

salam...

pernah tak korang rasa benda-benda macam ni dalam hidup korang :


- tengah hepy-hepy dengan lover korang, pastu tibe je ada hal kecik buat korang gaduh. hepy ala-ala stok nyanyi dalam taman. dah gaduh stok baling kuali pulak.


- korang suka makan something. korang beli something ni makan depan member korang. dia mintak sikit korang bagi. lepas tu dia komen. "tak sedap la tipah. sedap lagi mee yang aku makan kat chicago dulu. takde tandingan. yang masak tu orang siam menetap kat sana...blablabla..."


- korang bercita-cita nak jadi peguam. bila cerita kat jiran korang dia bagi respon macam ni. "ehh, peguam tu masuk neraka. bela orang yang salah. " terima kasih pakcik. kau sangat membina.


- korang ada satu-satu bakat. contohnya bakat lari laju-laju. tapi bila korang cerita kat kawan korang reaksi dia macam ni. "oh, aku dulu wakil negeri je. selalu menang nombor 1 je. tak lah kuat mana aku lari. kau lagi kuat." macam bangang.


- korang beratur panjang-panjang tapi ada orang lain yang muka macam sardin potong barisan korang. bila korang sound, dia buat tak reti. muka macam tembok.


- korang berhimpit-himpit dalam bas. dah lah bas aircon, ramai pulak. aircon sikit pun tak rasa. pastu ada pulak bau KETIBUS (ketiak busuk). rupa-rupanya orang sebelah korang yang mana kepala korang baik punya parking bawak ketiak beliau.


- korang minat something tahap dewa dewi. lepas tu ada orang lain cakap apa korang minat tu freemason.


- korang bersungguh-sungguh nak siapkan assignment. bila lagi 2,3 baris nak habis laptop korang habis bateri. auto save x save semua.


- korang excited nak tengok satu-satu cerita kat wayang. pagi-pagi dah sampai takut orang ramai. rupa-rupanya cerita tu langsung tak best. lawak langsung tak lawak. hantu macam katun.


- korang cerita pasal korang punya vacation kat satu-satu tempat ni. pastu kawan korang kata rugi korang pergi vacation kat situ. baik pegi kat tempat dia dengan family dia bercuti. lagi best katanya.


- korang tengah tension, tibe je ada orang pasang lagu justin bieber kuat-kuat.


- dalam bank ada lagi 40 ringgit. tapi pusing satu pekan semua ATM tak boleh keluar duit 10. minimum kena keluar 50 ringgit. korang pulak dah janji nak tengok wayang dengan lover korang. baki duit yang ada dalam wallet 2 ringgit.


- korang tengah bosan sangat sampai tahap kira bulu kaki sendiri. bukak TV astro tayang cerita yang korang dah ulang tengok 3,4 kali. semua channel macam tu.


kecuali bila gaduh dengan lover, yang lain nya semua aku rasa nak je masukkan gabus ke dalam ponggong orang-orang yang terlibat itu.


p/s : entri lewat malam. merapu kerapu. TQ.

No comments:

Post a Comment