Thursday 29 September 2011

tudung pun jadi isu!

salam...

lately ni banyak gila isu pasal tudung. pakai tudung kena bahan, tak bertudung lagi orang bahan. yang bertudung katanya ada yang gaya macam biara gitu. yang tak bertudung jatuh kafir dah. pandai manusia-manusia ni jatuhkan hukum.

terbaru, yang membuatkan aku meronta-ronta nak tulis ni pasal RAFIDAH HJ.IBRAHIM kena bahan kat blog-blog sebab isu dia pakai serkup kepala ala-ala cap tu, pastu mamat rajalawak tu snap gambar dia. jadi isu gila-gila katanya sebab si fida ni dah berubah.

dah berubahhh?? yang cakap dia dah berubah tu betul-betul kenal ke ngan dia? whether dia dah berubah atau dia memang gitu tapi korang sentap ayam sebab tengok lakonan dia dalam kasih alia. dia bukan bukak tudung dia. dia dok dalam kereta and mamat snap gambar dia. ada gambar lain aku tengok gambar dia rambut tu still tersimpan dalam topi dia tuh.

pointnya.. apahal nak kecoh sangat ni. yuna masa baru keluar, tudung balut ala guni gitu.. sekarang? dah tinggal sarang tebuan je atas kepala. takde pun yang kata dia dah berubah. so, kenapa ramai sangat yang menggelabah dengan isu si fida ni.

FINE! berdosa tau bukak aurat. but, korang-korang yang memaki, mengumpat dalam komen blog takde la pulak berdosa? 
antara komen yang aku terbaca.

dah naik meluat aku ngan minah ni. tak cantek mana pun.
abang..or kakak. kau cantek ke? dia bukak aurat dia sikit, malaikat sebelah dia dah catit dosa dia. kau yang mengata kejadian tuhan tak cantek amacam? kau dengan orang yang bukak aurat, sama je.

ala dia pkai tudung cz nk masuk pantene tuh .. mayb ct suruh dia pkai untuk bg senang bg dia menang nt cuba kalau dia x pkai tudung blh ke dia menang??
alhamdulillah.. kes nya rafidah haji ibrahim bukak sikit auratnya. okay lah, tak sikit. bukak aurat senang cite. kau ni dah kira jatuh fitnah. fida tu memang dari zaman sekolahnya dia bertudung. apa ke hal pulak nak masuk bertanding siti suruh dia bertudung. baik kau bunuh je si fida tu sebab fitnah tu dosanya sama je ngan membunuh. dah lah kau jahat mulut, kau bagi pulak semua orang nampak persepsi yang jahat gila kat fida ni. kau, kalau bertudung, bukak je lah. mulut tak best punya langsung.

dia nie sweet manis. tapi…
sesuailah ngan dia..kampung lah katakan!
ni lagi sekoq keldai. aahh. aku baru panggil kau keldai. sebab keldai ni ngang sikit. kau pun sama ngang macam keldai. apa kena mengena ngan kampung tu? aku orang kampung. so, kau nak kata golongan macam kiteorang ni tak baik. gitu? kau yang bandar baik? suci? bersih? tudung labuh mengelap lantai? gitu?

tunggu masa nak dedah peha lak..berbogel terus kan senang..
ni type overdos pulak. ni type suka lebih-lebih. fida bukak tudung sikit, japgi nak cite hal bogel. sex maniac maybe???

wei aku suke betul org kutuk c fida kait2 dgn ct haha (mcm setan =D) ….
hmmm abes la ct da byk dosa org dia kne tanggung cz dia yg sebarkn fesyen tayang jambul n leher nie. mujur aku x terpengaruh … alhamdulilah …

haaa.. yang sekoq ni aku sarankan pi solat taubat. kau berani lagi nak letak kalimah suci ALHAMDULLILAH kat belakang tu ek? kau dah kata kau suka orang kutuk fida, japgi kau sebut kalimah Allah. orang lain mengumpat, mengeji, kau suka? bagi la nasihat samdol. bukan suka ngan umpatan dan caci maki orang. mesti kau type suka pegi ceramah atas nama ceramah agama, japgi dalam ceramah dok ngumpat, fitnah orang bagai kan? mesti kau antara manusia yang bertepuk gembira bila aib orang lain didedahkan kan? pi tobat maksiat pi. dah lah ngaku gelak macam setan. bangga?

Fida sayang, dalam dunia ni kan ada masa kita di bawah, ada masa kita di atas. masa di atas tulah kena hargai dan kita kena sayang. sebab masa kita di jatuh, tiada siapa dapat tolong kita melainkan diri kita . muhasabah , insyaallah ;D
boleh mati ek kalau bagi komen elok-elok macam ni? boleh dapat sawan? kusta? paru-paru berai? memang ada masalah cakap elok-elok ke? nak tegur orang yang silap, diri sendiri triple silap. malu la kat diri sendiri, orang sekeliling, tuhan. ini baru teguran. =)

sape lah kita nak bukak aib orang sampai letak gambar dia kat blog untuk jadi bahan kutukan. yang bukak aurat tuh dosa, kita yang mengata, bukak aib dia tak dosa? suci? putih? bersih? 1 jari dok tunjuk kat Fida, 4 jari lagi tunjuk diri sendiri.

aku penah jumpa Fida ni face to face. penah keluar dinner ngan dia. bukan sebab aku penah keluar ngan dia aku backup mati mati gini. tapi bagi aku, orang sebaik dia pun ada buat silap. tegur lah dengan cara yang elok. dia memang someone yang sangat sangat baik, very down to earth. (japgi ada pulak yang kata memang lah down to earth, sebab tak femes.)
well.. manusia memang tak penah cukup. tak cukup kutuk, tak puas kata macam macam, satgi kena fitnah pulak. ye tak?

ntah-ntah ada yang komen beria tu tudung pun tak pakai. lagi satu hal.. makin ramai artis yang pakai tudung kan? bagus lah. tapi tak payah lah nak beria sangat hari-hari nak kuar cite artis bertudung. sebab once dorang 'terdedah' sikit kang ramai pulak yang jadi hakim. dan takut kalau-kalau bertudung ni hanya trend semata dan bukan atas sebab tuntutan. kita doakan je yang terbaik.

untuk rafidah ibrahim.. lepas ni beringat lah. banyak mata yang memandang. tambahan pulak fida dah makin femes sekarang. ramai yang jelesss. ramai yang cari lubang nak jatuhkan fida kot. heee... semoga sukses dunia akhirat. peace yawww!

p/s : segala maklumat soheh diambil dari SINI. sila klik.

1 comment: