Thursday 15 September 2011

kadang-kadang cikgu juga makan penampar

salam....

lepas lama tak menulis, ambik masa sangat nak pikir balik topik merapu. malam tadi aku lepak dengan ex classmate aku yang sampai sekarang aku baik lagi ngan dia. tak main la masa sekolah baik macam sista sista, habis sekolah hilang gitu je. itu bukan kawan.


nota kaki : ada yang kata 'lepak' tu buang masa. bai, gi minum-minum pun orang panggil lepak. sembang dengan famili luar rumah pun orang panggil lepak. so, lepak tu bukan semuanya buang masa chor. 


sambil makan dan minum tu kiteorg bercerita lah balik pasal zaman sekolah punya hal. sekarang ni aku tengok dalam paper ramai betol cikgu kena lempang, kena terajang. bapak lah! budak-budak ni jadikan cikgu bahan ujian belajar silat gayung ape. tapi bila difikirkan balik... kenapa cikgu pun makan penampor?






kadang-kadang cikgu-cikgu ni tak gunakan ilmu psikologi nak tegur budak-budak ni. budak sekolah ni fikiran dia cetek lagi. nak tegur musti ada cara. jangan nak main sembur guna watercanon je. sebab zaman aku sekolah dulu aku antara budak yang selalu diperli ngan cikgu cikgu. sebab?


- aku suka tidur time addmaths. weh cikgu. kau ajar boring plus kau tak lawa. aku tido la. wahaha. actually ada sedikit perkara yang menyebabkan aku tak suka ngan cikgu itu!
- aku tak suka ikut rules yang aku rasa bangang. pegi tandas tak boleh lebih 5 minit. gila! aku jalan nak pegi toilet tu pun dah habis satu masa kot. rules apply tak ikut kejauhan kelas dengan toilet langsung.
- aku tak suka belajar. aku suka lari. biasalah! kita ada minat masing-masing ape. tak semua orang suka baca buku, study kuat-kuat. ada yang minatnya menyanyi, ada yang minat berlari, ada yang minat menari. kemon lah cikgu~ siti nurhaliza dulu pun bukan suka belajar sangat. dia ada bidang dia. dia dah kaya raya sekarang, amacam ex ex ex cikgu dia? ada jelesss? haha.


sebab pertama cikgu makan tangan student kat pipi or sometimes makan nasik guna kaki.


cikgu kuat PERLI
pergh!! kadang-kadang mulut cikgu-cikgu ni lagi bisa dari duri landak wooo.. nak tegur direct takut. perli la. apa lagi. member aku penah jumpa dengan member laki dia lepas sekolah. member tuisyen. nak bagi balik buku tuisyen kot. takkan semata taknak jumpa budak laki lepas sekolah dia kena guna pos laju pulak nak pulangkan balik. cikgu nampak! halamakkk. 
esok dalam kelas. baik punya ayat. " awak semua ni kena skor sejarah. pandai tackle soalan. jangan pandai tackle jantan je. dating lepas sekolah." mata cikgu aku tu menjeling ke arah member aku.
tak ke nama patut makan sound cikgu ni. tak tau hujung pangkal cite, masuk kelas bagi satu set perli. kadang-kadang cikgu cikgu ni tak bersikap pro lah. takyah lah perli-perli. direct la pi tanya sape laki tu, apa dia buat depan sekolah. nak dating takkan depan sekolah sengal!


nota kaki : sekolah aku semua prempuan. sebab tu bila nampak ada sekoq jantan, cikgu-cikgu boleh jatuh pitam. even di luar kawasan sekolah.


-cikgu kuat MAKI
ada cikgu kadang-kadang tak tahan dengan student yang over buas. pastu bila dah marah, menggila, cakap sedap lidah. ada kes cikgu makan tangan kat pipi sebab kaitkan mak bapak dalam hal student. 
"mak bapak awak tak ajar ke!" ayat macam ni tak best lah. yang buat salah orang lain, nak heret mak bapak sekali. nak nak pulak kalau salah sorang dari mak bapak budak tu dah takde. yang lagi tak tahan kadang-kadang ada student buas sikit bila mak bapak dipanggil jumpa cikgu, cikgu keluarkan kata-kata azimat. " patutlah. mak awak pun macam awak."
member aku penah kena ayat bakar taik telinga macam ni. tak ke patut cikgu tu makan penampor?


aku tak kata bagus korang sebab berjaya bagi mata cikgu lebam. tak! its not good. cikgu ni someone yang patut kita hormat. takde cikgu takde pensyarah. takde cikgu takde orang cerdik pandai. sebab cikgu ni subjektif. bukan yang mengajar dalam kelas je cikgu. mak ayah kita pun cikgu kita. ajar berdisplin, ajar macam mana jadi manusia. sebab kadang-kadang ada yang tak tau dieorg manusia. kalau tak di ajar akan bertindak macam binatang.


buku pun cikgu. sebab apa yang kita tak tau kita refer kat buku. cikgu ni satu nama besar dalam kehidupan. sebab tu adanya sambutan hari guru. taknak kata pulak sambutan ni lari akidah pulak???? tapi! cikgu pun kena ambik pusing tiap kata-kata, tiap perbuatan dieorg. dieorg pendidik. apa yang budak-budak ni nampak mungkin akan dieorg ulang kat orang lain. so, cikgu cikgu sekalian. tunjuklah tauladan yang baik. tegur kena dengan cara, kena dengan bahasa. bukan kena dengan tangan di pipi. 


p/s : u may read whatever that i've wrote. nama pun blog. taknak orang baca sila buat diari. tapi! baca suday. takyah nak rasa nak take over blog aku pulak suruh delete itu dan ini. ini blog aku, bukan blog kamu. okay? clear? coz sometimes apa yang kau cakap pun ada berbaur lucah tapi aku wattaktau sudah. so, takyah bajet sangat okay tak? tqvm.




No comments:

Post a Comment