Thursday, 29 September 2011

jenis-jenis kawan di universiti

salam....

surely lah sape-sape yang masuk universitas tak kira gov or private mesti dapat kengkawan baru. ada yang kata kawan kat universiti ngan kawan kat skolah tak sama bestnya.

well..pendapat aku. kat sekolah korang lepak ngan membe 6 jam je. paling lama pun 8-9 jam. lepas skolah hangout tengok wayang, usha balak/awek, window shopping and blablabla. tapi kat U, korang jumpa pagi petang siang malam. so, kenal luar dalam. ada prangai tak best tuh dah susah nak selindung.

nak nak pulak bila sampai tang assignment. kat skolah kerja lu kerja lu. kerja wa, wa lah. takde sangkut paut maut. kat U banyak kerja nak teamwork. kat sini lah kawan U jadi tak best bila ada yang buat taikkk atau dalam kata ilmiah just as a passanger. lain orang buat penat lain orang tumpang sedap.

antara kawan-kawan kat universiti :

TINGGI MELANGIT
yang jenis ni bukan tinggi dari segi ketinggian. tapi dari segi percakapan. cakap nak gah aje. nak tinggi aje. bila part status, dia lah yang paling kaya, dia lah yang paling tinggi darjatnya, bila sampai tang kerja, dia boleh buat semua. event besaq gajah pun dia boleh handle sembangnya. type ini, cakap je tinggi, kadang-kadang apa pun tak bleh!

SEMUA OK JE
aku paling tak bleh blah ngan type ni.
"mangkuk ayun. ko bleh tak buat keje aku bagi ni?"
"haa..boleh.boleh.dah biasa buat dah."
tuptuppp.. "olyn..kau boleh tolong aku buat tak. aku bukan tak reti tapi bz lah."
kepala HO kau lah. bila orang bagi keje, takde yang tak boleh. takde yang tak reti. tapi bila sampai nak buat, arah orang lain.

AIRCON
ahahhh! yang ni.. yang ni bukan aku je nyampah tapi ramai lagi orang nyampah. rasa nak lempang je. aircon ni dalam bahasa lainnya kaki kipas, kaki ampu. type ni dia suka mendekati orang-orang yang ada pangkat macam MPP, AJK penginapan pelajar, Lecturer.
bila sembang dia cakap manis-manis je. muka senyum je manjang.. puiit!

KUAT BERTANYA
ada bagusnya sifat kuat bertanya nih. tak tanya nanti sesat jalan ye tak? tapi..tapi.. aku memang ada masalah gila ngan orang yang suka bertanya soalan merapu kat dalam kelas. wasting my time ngang oii. lecturer dah kata carry mark hanya ada assignment individu, japgi nak kluar kelas kau tanya lagi.. kelas ni takde presentation ke? kelas ni takde group asignment ke? nahooiiii! tak tau lah kau pekak ke, tak paham bahasa ke..

DIAM-DIAM UBI
haaa. diam tu tak bermakna bagus wehh. kadang-kadang ada jenis-jenisnya nampak macam loser je. macam loner je. tapi orang beginilah yang kadang-kadang ada bahayanya. stok bawak mulut, kaki report, ini lah kadang-kadang orangnya. bukan semua tapi ada aku jumpa. muka loser hati... perghhhh!

banyak lagi lah kawan-kawan kat U. bukan lah semua tak baik. ada yang baik tak terhingga pulak. tapi yang diterangkan kat sini mana yang tak elok sangat lah. well, nak cari kawan yang baik memang susah. aku ada beberapa kawan yang baik. yang maybe kalau orang lain tengok tambah-tambah yang suka JUDGE orang lain tanpa kenal hati budi akan kata kawan-kawan aku ni jahat orangnya. tapi itulah kawan dunia akhirat aku.

tak perlu jadi kawan yang lapar sangat. tak cukup makan nasik, kawan sendiri pun nak makan. tak perlu jadi kawan yang hipokrit depan cakap lain belakang lain cerita. kadang-kadang aku pun ada rasa tak syok ngan kawan sendiri. itu NORMAL. sebab bila kita dah rasa takde apa yang tak kena ngan kawan kita, whoooaaa.. mungkin kita tak bekawan ngan manusia lah tu.

No comments:

Post a Comment