Monday 3 October 2011

universiti kau tak bagus

salam....

errrppp. gila kenyang makan burger marrybrown. sape tau burger marrybrown jauh lagi sedap dari burger mekdi? jauh lagi pejal dan tak banyak sampah sarap di dalamnya. yang penting jauh lebih murahhhh. cubalah!

okay. cite dia malam ni. ngumpat nak tak? gigil lah satu hari tak ngumpat. korang penah tau tak yang UM tu universiti yang jauh lagi best, berkaliber, gile kentang, dan lain-lain yang baik dari UUM. well.. masa aku dapat sambung study kat UUM ni ada member yang tanya.. UUM tu ape. terhinanya rasa. tapi lebih terhina kot kalau dok ngangkang kat rumah belajar taknak keje pun taknak. ye tak bang?

UUM tak tersenarai pun dalam research U kat malaysia ni. jadi al-kisah dia sape yang masuk UUM ni adalah lebih kurang pandainya dari bebudak UM, UPM, UKM, USM. gitew ke? BUSITT lah.

ada yang tanya aku sekarang belajar kat mana. aku jawab lah UUM. takde feeling bangga. sumpah kau! tapi..tapi..tapi.. japgi dia balas balik.. UUM je? kenapa tak masuk USM ke, UM ke. bukan apa.. UUM tu. (dia buat muka macam badak air)
aku senyum, terus blah. sebab kalau aku stay lebih lama dan tengok muka jerawat batu dia lebih lama lagi, risau aku terpatahkan ranting kayu dalam hidung dia.

apa bezanya tempat menuntut ilmu? UM memang terkemuka tapi student dia belum tentu terkemuka macam U nya. USM memang Uni APEX. tapi belum tentu student dia semua boleh nak tersenarai manusia terpintar atas planet bumi. pesal? ambik sains komputer kat UM kau punya lecturer alien pulak? ke saintis dari masa depan yang diimport dari doraemon? kalau belajar sains komputer kat Uitm lain la? nama sains komputer belajar pasal pokok getah? gitu?

mentaliti sempit, kuno, tak terbukak langsung. asal UM kau ingat semua hebat la? UUM macam aku ni stok SPM semua fail je masuk la?  ini lah melayu. nak bagi kata-kata semangat ke, nak bagi perangsang ke memang tak lah! yang penting masuk U terkemuka, kau jadi lahanat dalam tuh pun okay je bro. tak payah skor, yang penting kau pegang status budak research U, orang memang angkat kau sampai langit ke 7.

tapi yang best nya, bro yang sembang ngan aku tu bekeje sebagai kerani, lepasan SPM. aku tak kata keje kerani tak elok ke ape. rezeki orang lain-lain. aku ambik degree pun belum tentu aku akan sukses lebih dari seorang kerani. tapi bro.. lu sembang apa? lu belajar pun sampai SPM je. apa kata lu upgrade sikit diri lu dulu, lu gi sambung belajar macam noh hujan, nanti lu datang paku wa kaw-kaw ek. buat masa sekarang ni, lu takyah sibuk lah hal orang lain k bro..

kamon lah. stop lah mentaliti UM lebih bagus dari Uitm, UKM lebih hebat dari UUM.. mana pun sama je. pokok pangkal, pokok getah atau pokok pisang diri sendiri. kau nak sukses kat sekolah pondok kau ambik degree pun kau boleh sukses. bosan dah selalu dipandang rendah.

ini lah hidup. atas, bawah dan atas lagi esok bawah balik.

No comments:

Post a Comment